Thursday, April 28, 2005

Alhamdulillah...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah atas segala kurniaNYA keatas diri ini.

Saya kini berada di Utagha Semenanjung, di Kedah Darul Aman di atas arahan bertugas untuk mengujibakat dan menemuduga pelajar bagi Jabatan Teater bagi intake Julai 05. (Eh, saya masuk ITM dulu Julai 95! - dah 10 tahun dah!) Saya bertugas bersama Prof Madya Raja Ahmad Alauddin bagi Jabtan Skrin.

Kepala saya tengah ting tong buat masa ni, ni sure sebab tak cukup tido, mane taknye... malam semalam baru selsai Soft Launch sambutan 50 tahun UiTM. It was great show and saya terlalu bersyukur dan terlalu banyak terima kasih saya kepada ALLAH kerana diberi keizinan serta dengan kehendakNYA semuanya berjalan lancar dan berjaya menambat hati mereka yang hadir malam semalam (guest of honor: DYMM SPB Y Di Pertuan Agong dan Permaisuri). Sekali lagi, saya menyaksikan sejarah di hadapan mata saya. Hanya ALLAH yang mengetahui perasaan saya pada ketika itu. Terima kasih juga pada Kak Wan, Reza dan Ell serta Zurra yang banyak membantu to hwlp place everything in order. Alhamdulillah.....

Selesai punggah barang di stadium kira-kira jam 1 pagi, saya terus hantar Kak Wan dan Reza pulang ke Perdana, kaedahnya, digital camera saye lak tertinggal di dalam beg reza, so melilau saya mencari mereka di D.E. Alhamdulillah, dapat juga digital camera tu. Alhamdulillah...

Flight saya ke Aloq Staq jam 0745 pagi, bermakna saya kena keluar dari rumah Mak saya di PJ jam 530 pagi...Ado? he he he...sebab terlalu letih, saya terlajak sedikit, Alhamdulilah, Mak saya kejutkan saya, nasib baik dah mandi awal-awal lagi tadi time pulang dari Shah Alam (ade la kul 2 30 pagi)...

hmmm... Alhamgdulillah sampai KLIA ontime dan dapat naik flight ke Aloq Staq...... pas tu amik teksi ke Kampus Merbok, sampai sana dalam kul 10 pagi, dengan beg tarik ala2 stewardess itu, kene lakk menapak ke bangunan lain utk sesi temuduga tu. Ala-ala tetap la propah dgn bunting Salina dan buku program TEST dan Salina sebagai bahan promosi dan tarikan kepada Jabatan saya. Again, Alhamduillah.

Bukan senang ye nak temuduga calon-calon pelajar di fakulti saya, tanggungjawab ini tersangat besar dan harus di lakukan dengan teliti. Di sini saya memohon pertolongan dari ALLAH supaya diberi petunjuk untuk membuat pemilihan. Sesungguhnya hanya DIA yang menentukan segala, saya sebagai manusia amat gementar melakukan tugas ini, namun ia telah dipertanggungjawabkan ke atas bahu ini. It is very scary kerana siapa saya untuk menentukan tempat mereka di menara gading? namun dari sesi temubual dan ujibakat yang saya laksanakan hari ini, ketara nampaknya seperti segala kuasa berada di tangan saya untuk masa hadapan mereka. Mereka begitu mengharapkan saya supaya memberi mereka peluang untuk ke menara gading, it is not me who decides all this and it is not my will to do so, hakikatnya segala yang ada pada diri ini digerakkan atas kehendakNYA. Diri ini milikNYA. Begitu juga dengan diri pembaca sekelian, kerana itu adalah yang Hak dari pencipta kita.

Semoga diberi petunjuk dariNYA. Dengan Izin NYA.

lagi satu....

UNDILAH ZEQHTY !!!!!!!!

malam Sabtulepas, saya dan Kak Wan pegi beri sokongan pada Zeqhty (Z.t) Audition 2. Alhamdulillah dia sampai ke Semi Final. So, Undilah Zeqhty ye u ols!!!! kalau ada rezki u ols, dpt la tgk pics kami dgn Razali....he he he

akhirkata dari Park Avenue Sungai Petani....

Subhanallah Awni Wahasbi La Illahailahu

Thursday, April 21, 2005

sibuk-sibuk... 12 Rabiul Awal 1426H

Segala Puji bagi Maha Pencipta,

Selawat dan Salam keatas Muhammad SAW....

selang beebrapa hari lagi nak show...costume tak siap-siap lagi, Alhamdulillah, Reza dan Elia ade membantu, tak lupa Kak Wan...

Lusa Director nak dye the costumes lak!!! ALAMAK!!! pengsannn!!! ok je...lama dah tak main celup2 ni anyway...

insya ALLAH akan update sooner or later...

Semoga ALLAH merahmati kita semua.

Friday, April 15, 2005

Catitan perjalanan pertama...

Maha Suci ALLAH, segala Puji dalam dunia ini milikMU, Tuhanku yang SATU.

Sepulangnya saya ke rumah dari Shah Alam malam tadi, setlah membersihkan diri dan berjumpa Kekasih Cinta hati, tangan ini mencapai naskhah terjemahan Quranul Kareem yang ebrbungkus di dalam kain destar Jawa, yang ku sering kelek kehulu dan kehilir....

Helaian demi helaian muka surat ku buka, dan ku terlihat sekeping kertas nota, yang tercatit surah dan nombor ayat, yang membuatkan hati ini teguh lagi terhadap kekuasaanNYA, berikut adalah senarai yang tercatit pada kepingan kertas post it berwarna pink....

Surah Al Baqarah ayat 45, 46, 147-152, 186
Surah Al Maidah ayat 100
Surah Al An'aam ayat 17, 32, 71, 149, 151, 153, 161-163
Surah Al A'raaf ayat 43, 178, 199-206
Surah Al Anfaal ayat 38, 53
Surah At-Taubah ayat 126
Surah Yunus ayat 104-109
Surah Hud ayat 112, 118, 120, 123
Surah Ar Rad ayat 11, 19, 28, 29
Surah Ibrahim ayat 4
Surat An Nahl ayat 43
Surat Maryam ayat 97
Surat Fushilat ayat 30-37


untuk renungan bersama:

Surah Al Baqarah:

Kebenaran itu adalah dari Rabb-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang ragu. (QS. 2:147)

Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah kamu kebaikan. Di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian. Seungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. 2:148)

Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke Masjidil Haram; Sesungguhnya ketentuan itu benar-benar sesuatu yang haq dari Rabb-mu. Dan Allah sekali-kali tidak lengah atas apa yang kamu kerjakan. (QS. 2:149)

Dan dari mana saja kamu berangkat, maka palingkanlah wajahmu ke Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak hujjah manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Kusempurnakan ni'mat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk. (QS. 2:150)

Sebagaimana Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan mensucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Hikmah, serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui. (QS. 2:151)

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingatkepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu mengingkari Ku. (QS. 2:152)


Surah Al Maidah:

Katakanlah: "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu, maka bertaqwalah kepada Allah hai orang-orang berakal, agar kamu mendapat keberuntungan". (QS. 5:100)

Surah Ibrahim:

Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan 780 siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Rabb Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 14:4)



Sekadar buat tatapan pembaca2 blog ini, semoga kita dilimpahi NUR-NYA.

Itulah catitan perjalan saya yang pertama ke suatu daerah yang tidak pernah saya lewati, walaupun sering didengari dan sering dilihat. Terima kasih kepadaNYA kerana memberikan jemputan serta tiket perjalanan ini. Sememangnya, pintaku supaya perjalanan ini takkan berakhir.

Dan ingatlah, kita ini sering diperingatkan olehNYA akan kekuasaanNYA, maka, ingatlah kita.

Alhamdulillah, pagi ini hati agak tenteram, walaupun tahu ayah saya dalam keadaan yang tidak sihat. Semoga ALLAH memberikan ketenangan pada ayah saya dan dilegakan sakitnya. Sesungguhnya, pertolongan yang paling utama adalah dari ALLAH. DariNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

Sedara 'ELOK/BAIK' kalau sedare membaca posting ni, just nak habaq kat hang, yang cheq ni masih ingat kat hang, cheq dah try nak lupa, tapi tak leh jugak, hanya ALLAH yang mengetahui lebih dari sedare. Cheq takmo habaq lebey2...kang over lak...nak bersederhana saja dalam hal ni, semoga ALLAH memberi petunjuk pada kita semua, insyaALLAH.

Rehearsals untuk soft launch 50 tahun UiTM sedang rancak berjalan, cuma bahagian saya je yang masih tersekat2, petang ni ada meeting di Twin Towers UiTM, nak bentang budget... Would they accept my proposal? Ya ALLAH, permudahkanlah meeting hari ini, sesungguhnya segala keputusan yang bakal diketahui, ENGKAU yang mengetahui lebih dariku dan hanya kepadaMU ku pohonkan pertolongan itu. Amin.

SUBHANALLAH AWNI WAHASBI LA ILAHAILAHU

Thursday, April 14, 2005

tak tahu apa tajuknya....am very confused...

Puji dan Syukur kehadratNYA yang menganugerahkan rezeki tanpa mengira sesiapa yang akan diberikan rezekiNYA.

Maha Suci ALLAH.

diri ini mula terasa suatu tanggungjawab, yang terlalu besar untuk digalas, ku hanya mampu memohon pertolongan dariNYA dalam menguruskan tanggungjawab ini. Tidak mungkin aku berhalusinasi atau berilusi, kerana ia datang terus ke lubuk hati. Subhanallah, Allahuakbar!

Diikutkan hati, memang tidak mahu saya berkongsi rasa yang saya rasa masa ini, terutama dengan pernyataan saya diatas. Bertitik tolak dari sms dan chatting di YM bersama seseorang dan pernyataan-pernyataannya yang diri ini merasakan agak pelik. Adakah salah jika saya hendak mengenali hati budi hamba ALLAH seorang ini dengan lebih mendalam, bukan sekadar paparan di situs webnya sahaja? apakah yang hamba ALLAH seorang ini hendak sembunyikan dari diri ini? Tapi ingat. ALLAH Maha Mengetahui, walaupun apa yang terdetik di hati. Diri semakin keliru dengan diri ini sendiri. Tidak lekang memohon pertolongan dariNYA untuk ditunjukkan jalanNYA.

Diri ini amat bersyukur kehadrat ALLAH kerana mengurniakan diri ini sehari lagi untuk melihat akan keESAanNYA...isk...I am so confused with myself! why? erk...this is utterly ODD! verry ODD! Pohonku padaMU, Yang Pengasih dan Penyayang, peliharalah diriku, keep me in line and dont turn me around. Only to YOU i myself bow.

Wednesday, April 13, 2005

4 Rabiul Awal 1397 - 4 Rabiul Awal 1426 = 29

Puji dan Syukur ku panjatkan kepada Maha Pencipta dan selawat kepada Muhammad, SAW.

Setelah 29 tahun, baru tahun inilah yang paling bererti dalam hidup saya, dapat saya rasa bagaimana menyambut hari aku ditunjukkan ke dunia dengan kehendakNYA mengikut kalendar Islam, agama ku. Jika sebelum ini, begitu berbangga dan beriya-iya menantikan bulan Februari 22 hb, tapi kegirangan kali ini berbeza dan sukar untuk digambarkan. Cuma terlalu bersyukur kerana ALLAH memberikan saya peluang hingga cecahnya angka 29 pada usia ini, dan saya tak tahu bagaimana hendak menyatakan rasa syukur itu, terasa seperti hendak berteriak merata-rata, tapi kang, riak lak jadinye....

Jika mengikut kalendar Gregorian, umur saya baru 28, tetapi bila diikutkan kalendar Hijrah, sudah 29. Ya ALLAH, thank YOU for getting me this far, what ever that lies ahead of me, aku hanya mampu berserah dan memohon pertolongan dariMU.

Hati dan perasaanku adalah milikMU, segala yang berlaku atas diriku adalah dariMU. Terima Kasih wahai Pencipta ku, yang memegang copyright atas roh ku kerana MU aku berada di sini.
Ya ALLAH, Ya Rahmanirrahim, lapangkan dadaku dari sebarang gangguan musuh nyata bagi manusia Ya Tuhanku, ku juga memanjatkan kepadaMU Ya Rabb, yang Berkuasa atas kerajaan langit dan bumi, hajat ku, yang sememangnya Engkau lebih mengetahui dari diri ku. Amin.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

13. 8. Allah mengetahui apa yang dikandung oleh setiap perempuan, dan kandungan rahim yang kurang sempurna dan yang bertambah. Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.

22. 5. Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan,maka , sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan di antara kamu yang dipanjangkan umurnya sampai pikun, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatupun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah.

23. 14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

16. 78. Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur.



53. 32.orang-orang yang menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan keji yang selain dari kesalahan-kesalahan kecil. Sesungguhnya Tuhanmu maha luas ampunanNya. Dan Dia lebih mengetahui mu ketika Dia menjadikan kamu dari tanah dan ketika kamu masih janin dalam perut ibumu; maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.

46. 15. Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdo'a: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".


31. 14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu- bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah- tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.

14. 41. Ya Tuhan kami, beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mu'min pada hari terjadinya hisab


Subhanallah Awni Wahasbi La Ila Haillahu

Tuesday, April 12, 2005

Peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa...

Maha Suci Allah, Pencipta Alam Raya, yang Berkuasa atas segala.

Perjalanan hidup saya yang ditentukan ALLAH ini saya terima dengan seadanya,dengan redha, dengan penuh kesyukuran, saya tidak mampu mengubah apa-apa, melainkan dengan usaha sendiri, itupun dengan kehendakNYA mengizinkan saya mengubah nasib saya sendiri.

Hijab yang mengelubung diri ini seakan terbuka sejak saya mendekatkan diri saya dengan kitabNYA, berseorangan berkhalwat didalam bilik, diatas katil, megadap Qiblat yang ditentukan untuk diri ini, membaca terjemahan Kitabullah. Linangan air mata mengiringi perjalanan saya membaca tiap kata-kata yang tersurat. Diri terus berserah kepadaNYA, sedar akan kerdilnya diri ini dan perasaan takut muncul dan terbit dihati terhadapNYA, Pencipta Jagat Raya. Orang selalu berpesan (alim ulama' etc) "takutkan Allah'...apakah perasaan takut secara literal yang dimaksudkan? Hanya setelah membaca dan dengan izin ALLAH saya dapat memahami apa yang ingin disampaikan sebagai pedoman hidup, barulah saya dapat mengetahui apa perasaan 'takut' itu...itu adalah pada tafsiran diri saya sendiri, tidak perlu saya menceritakannya disini, gusar gulana hati ini jika ada orang cop saya sebagai 'ustaz' (dah ada dah pun). Begitu mudah cucu cicit Adam A.S. memberi 'title' pada manusia lain.....Saya tetap dengan pendirian saya.

Berkenaan diri saya, yang saya anggap seorang yang 'artistic' dan 'creative'...saya pun tak tahu nak kata bagaimana, tetapi ini semua kurniaNYA. Istilah manusia mengatakan saya ini anak seni... dan tanggapan masyarakat terhadap orang-orang seperti saya seolah-olah menjijikan dan tidak perlu. Mengapa manusia mudah menjatuhkan hukum? Berkenaan seksualiti saya pula, hanya ALLAH yang mengetahui lebih DARI ANDA YANG MEMBACA blog ini. Please dont get offended ya? sebab itu adalah fakta yang sangat kukuh. Apa-apa sahaja yang 'unexplained' dalam dunia ini, ALLAH sahaja yang tahu 'explaination'nya, buat apa susah-susahkan diri, pening-pening kepala cuba untuk membuktikan sesuatu yang sudah pasti ALLAH adalah penentunya dan penciptanya?

Kembalilah kita kepada kepada Al Quran, sesungguhnya, terkandung pelbagai keistimewaan didalamnya. Berserah dan mohonlah perlindungan dari ALLAH agar bisikan syaitan yang direjam itu lenyap sama sekali bila membaca terjemahan kitab ALLAH mahupun membaca kitab ALLAH yang penuh mu'jizat itu di dalam bahasa yang asal, sepertimana diturunkan dari ALLAH kepada Jibrail dan kepada utusan terakhir, Rasulullah SAW. Apa gunanya akal fikiran yang diberi ALLAH jika tidak di gunakan secara maksimum, terutama dalam mencari Nur ALLAH dan keredhaanNYA, hanya ALLAH yang akan memberi Syafa'at di padang Masyar esok... bukan guru-guru, ustaz-ustaz dan manusia.

Apalah keistimewaan pada diri ini. Tiada apa yang istmewa, hanya ALLAH yang istimewa dan teragung. Segala puji bagiNYA dan RasulNYA.

Kepada saudara 'ELOK/BAIK', saya dan Leo bukan nak cari pasal, apa lagi berdebat atau membidas berkenaan hal ehwal yang berkaitan Ad Din, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi rasa, namun saudara seolah-olah tidak dapat menerima langsung apa yang kami katakan atau ceritakan kepada saudara. Secara peribadi, hati saya masih tertanya kenapa diri ini masih teringatkan saudara dan kenapa dengan kehendakNYA dipertemukan. Sejak berkenalan dengan saudara, semakin saya sedar akan kepelbagaian pendapat dan point of view manusia tetntang hal Ad Din, dan memang kelihatan 'ketaksuban' serta 'kemabukan' terhadap ilmu yang diperolehi serta keegoan yang dtang dalam bentuk pakej yang lengkap. Semoga ALLAH membimbing kita dan menunjukkan kita ke jalanNYA, sepertimana dikehendakiNYA.

Rasa miang tangan dan siku, Kemuncup penuh kaki seluar; Orang kenyang jangan dijamu, Lauk yang sedap dikata tawar. (time kasih kat Asta untuk pantun ni)

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM


Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan, (QS. 96:1)

Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. (QS. 96:2)

Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. 96:3)

Yang mengajar dengan perantaraan kalam . (QS. 96:4)

Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS. 96:5)

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (QS. 96:6)

karena dia melihat dirinya serba cukup. (QS. 96:7)

Sesungguhnya hanya kepada Rabbmulah kembali. (QS. 96:8)

Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, (QS. 96:9)

seorang hamba ketika dia mengerjakan shalat (QS. 96:10)

bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, (QS. 96:11)

atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah) (QS. 96:12)

Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? (QS. 96:13)

Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? (QS. 96:14)

Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti niscaya Kami tarik ubun-ubunnya 1592, (QS. 96:15)

(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (QS. 96:16)

Maka biarkanlah dia memanggil golongannya , (QS. 96:17)

kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (QS. 96:18)

sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (QS. 96:19)


SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LA ILAHAILALLAH ALLAHUAKBAR

SUBHANALLAH AWNI WAHASBI

Monday, April 11, 2005

Assalamualaikum
Beban tertanggung dek bahu ini terasa ringan, dan rasa syukur kehadrat ALLAH SWT amat tak terhingga. Maha Suci ALLAH, terima kasih kerana mengizinkan saya menggalas tangungjawab sebagai pengurus persembahan utama Ekspo Kongres Warisan Melayu...
CHOP! baru dapat SMS, Cikgu Ahmad Omar telah meninggalkan dunia ini selama-lamanya. AL Fatihah.... SMS diterima dari rakan sekerja saya Tini.
Erk....
The show went on smoothly, Alhamdulillah. I made a lot of friends and established a lot of contacts. I am very surprised to be in this in position at the moment. Subhanallah!
I am also proud of my semester 04 students who took over the task from me, and carried it out smoothly, as well as my students who participated in the overture, as well to my friends and colleagues who gave full support through out the process in making the show a reality and a success. But i owe it most to ALLAH, only He could make things happen. Subhanallah.
hmmm... saya tak tahu nak kata ape lagi dah ni! heheh..cuma nak say thank you to ALLAH, and to Wati, Ayu, Che Mael, Tn Aji, Kawan2 PESKA....sekali lagi pada ALLAH...
2. 255. Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
Ingatlah ALLAH selalu, sebutlah ALLAH selalu, bacalah kitabNYA dan ingatlah pada ALLAH. selalu.
Subhanallah Walhamdulillah Walaillahailallah Allahuakbar.

Thursday, April 07, 2005

OSTRICH

Subhanallah....

Saya rasa macam seekor burung unta waktu dan ketika ini. Terasa diri seperti mahu mengorek sebuah lubang, dan memasukkan kepala saya kedalam lubang itu dan mengambusnya. hehehe...

Selesai Kongres Warisan Melayu ini, bermula kerja-kerja untuk soft launch sambutan 50 Tahun UiTM. Akan update later, insya ALLAH.


Subhanallah Walhamdulillah Wa Lailahaillalah Allahuakbar
hmm.... hati saya masih menaruh harapan pada seseorang, walaupun saya tahu orang itu tak interested dengan diri saya (tapi hanya ALLAH yang lebih mengetahui), but i dont know... kenapa hati saya masih kuat mengharapkan orang itu. Entahlah.... saya serahkan kepada ALLAH. Apalah kuasa saya untuk menuruh orang menerima diri saya ini.

Wednesday, April 06, 2005

KEKOSONGAN

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM

Segala Puji Bagi Pencipta Jagat Raya ini, kepadaNYA kita datang, kepadaNYA kita kembali.

ini nasihat saya kepada seseorang yang istimewa, saya pun tak tahukenapa orang ini istimewa pada diri ini....

'isikan kekosongan itu dengan mengingati pencipta kita, yang mengurniakan nyawa kepada kita....'


Tak banyak yang dapat saya update kerana kesibukan menguruskan persembahan utama Ekspo Warisan Melayu yang akan berlangsung Sabtu ini, tapi yang penting!! Saya amat bersyukur dan gembira kerana segala perancangan (terutama bagi persembahan pembukaan) menampakkan hasil. Alhamdulilah! Subhanallah!. Persembahan ini juga telah menyatukan kembali diri ini dengan rakan-rakan seperjuangan saya yang telah terpisah sejak saya ke UK tahun 2002 dahulu. Sesungguhnya ALLAH itu MAHA BERKUASA atas segala sesuatu. Subhanallah! Saya juga amat bersyukur kerana dapat berlatih kembali menari dengan kumpulan yang banyak berjasa dalam pembentukan diri saya kini (Terima Kasih yang paling TAK TERHINGGA kepada ALLAH SWT especially)

Insya ALLAH, akan bertemu di tarikh akan datang. Insya ALLAH.

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILALLAH ALLAHU AKBAR
SUBHANALLAH AWNI WAHASBI

Tuesday, April 05, 2005

Puji dan Syukur....

Segala Puji Bagi Yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini telah selamat saya turunkan kerja-kerja yang membelenggu fikiran saya selama beberapa minggu berkenaan Kongres Warisan Melayu kepada pelajar-pelajar pengurusan semester 04, dan saya amat bersyukur kerana mereka menerima dan menjalankan tugas seperti mana yang dihajati. Alhamdulillah. Persembahan ini akan berlangsung pada 9 April ini di Padang Kawad UiTM bermula jam 845 malam selepas Azan Isya', Insya ALLAH.

Dua hari lepas saya telah menerima forwarded sms dari Leo, ia berbunyi:

" Akum..I met IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived safely"

Saya terpesona dengan sms itu, so saya forwardkan kepada ramai orang....dan bermacam feedback saya perolehi. Yang paling menyentuh saya ialah dari seorang teman sekerja saya, dia terlalu terharu menerima sms itu daripada saya, dan ada juga yang meminta saya memberikan keterangan mengenai sms ini. Well, ia adalah doa saya yang ikhlas untuk semua insan yang saya kenali dan kasihi, semoga dikurniakan ALLAH dengan Iman, Taqwa, Kesabaran, Ketenangan, Kebahagiaan, Kasih-Sayang dan Di Murahkan Rezeki. Insya ALLAH.

Apa-apa sekalipun, sangat besar kuasaNya kepada kita, apa yang boleh kita lakukan untuk membalas jasaNya kepada kita, atas kurniaNya kepada kita? Fikirkan...

Just want to share this with you fellow readers

Bismillahirrahmanirrahim

1. Katakanlah: " Dialah Allah Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu
3. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia "

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILALLAH ALLAHUAKBAR

Sunday, April 03, 2005

Betul atau Salah

dengan nama Allah, aku berlindung dari syaitan yang direjam,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.

Siapa kita? kita ini diciptakanNya, segala perilaku kita adalah dari Dia. Mana saya mendapat kefahaman ini? It is from my understanding from the Quran. Hanya untuk kegunaan saya sendiri. Bukan nak 'kemut' pengetahuan saya dari bacaan saya, tetapi saya tak berani untuk menyatakan apa2, baik dari sudut ibadah atau hukum kepada orang lain, mahupun ibu bapa saya sendiri. Segala apa yang kita buat, pada pendapat saya, tiada manusia lain yang layak dan berhak menjatuhkan hukum, terutama didalam bab Agama. Kita hanya akan mendapat keputusan akhir (Diploma, Degree, Masters, PhD, Proffesor, Prof Emeritus) apabila di Padang Masyar, bila tiba masanya. So jangan la kita sesama manusia nak kata 'aku betui hang salah, hang salah aku betui' when it comes to religious understanding.

*************************************************************************************
I KNEW I LOVED YOU

Maybe it's intuition
but some things you just don't question
Like in your eyes, I see my future in an instant
And there it goes,
I think I found my best friend
I know that it might sound
more than a little crazy
but I believe...

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

There's just no rhyme or reason
Only the sense of completion
And in your eyes, I see
the missing pieces I'm searching for
I think I've found my way home
I know that it might sound
more than a little crazy
but I believe...

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

A thousand angels dance around you
I am complete now that I've found you

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life

I knew I loved you before I met you
I think I dreamed you into life
I knew I loved you before I met you
I have been waiting all my life


I use to love this song for some other reason, but i see it now in another direction. It is very meaningful to me now, terlalu bererti dalam hidup saya sekarang. Ada komentar di shoutbox saya, mendoakan saya konsisten dalam mencintai Allah. Dengan izinNya dan kehendakNya, tapi siapalah saya untuk menetapkan perjalanan hidup saya, saya hanya hambaNya.

Ini lagi satu lagu yang agak hit, sampai saya jadikan ringtone telefon saya 2 tahun dulu, sebelum saya berangkat ke UK. Never Had A Dream Come True, sung by S Club 7.




Ooh...

Everybody's got something they had to leave behind
One regret from yesterday that just seems to grow with time
There's no use looking back or wondering (or wondering)
How it could be now or neither been (or neither been)
All this I know but still I can't find ways to let you go

Chorus
I never had a dream come true
Till that day that I found you
Even though I pretend that I've moved on
You'll always be my baby
I never found the words to say
You're the one I think about each day
And I know no matter where love takes me to
A part of me will always be with you

Somewhere in my memory I lost all sense of time
Amd tomorrow can never be
'Cause yesterday is all that fills my mind
There's no use looking back or wondering
How it should be now or neither been (or neither been)
Oh this I know but still I can't find ways to let you go

Chorus

You'll always be the dream that fills my head
(Yes you will, say you will, you know you will, baby)
You'll always be the one I know (I'll never forget)
There's no use looking back or wondering (or wondering)
Because love is a strange and funny thing
No matter how I try and try
I just can't say goodbye
No no no no

Chorus

A part of me will always be with you...

dengan kuasa Allah, dan dengan izinNya, mimpi itu sudah tercapai, tetapi mimpi utama saya, diharap Allah menunjukkan saya ke jalan itu. Ya Allah, janganlah palingkan aku dari jalan yang telah Kau berikan ini, sesungguhnya, Engkaulah yang Berkuasa dan paling Berhak atas diriku. Perkenankanlah.

Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Allahuakbar

Subhanallah Awni Wahasbi

Friday, April 01, 2005

A Very Quiet Day...

Bismillahirrahmanirrahim......

Hectic, busy in the morning and by 3 pm.... I was knocked out. What ever it is, Syukur ke hadrat Nya, segala apa urusan berjalan lancar.

Sunyi. tu je saya boleh katakan. Saya tiba-tiba merasa sunyi. Allah sahaja yang tahu kesunyian itu. Tak tahu kenapa. Leo pun rasa cam tu jugak.

Adalah sebabnye kesunyian itu melanda. Allah lebih mengetahui.


"Ya Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi " (QS. 3:8)
Well, saya rasa kesunyian yang melanda sebaik-baiknya digunakan untuk memperlihatkan diri sendiri dan cuba untuk memperbaiki lagi diri ini, smua dgn izin Allah. Itu yang pasti.

Demi masa. (QS. 103:1)
Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, (QS. 103:2)
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (QS. 103:3)
Subhanallah Walhamdulillah Wa LA Ila Hailallah Allahuakbar
Subhanallah Awni Wahasbi
renungkanlah.