Friday, October 10, 2008

Anugerah Eid Ul Fitr :)




pada 7 Syawal lepas, masa tu cuti *waittttt - 7 Syawal = 7 okt kan?* die la KANTOI ~ops~ ngenge i cuti till 6th sajorks........ huihuihui

Red Diva buat la posting dari Penang dan dia buat la kompetisi yang ad-hoc impromtu instante katanya, so. I yang tgh ting tong raya mood ni, sahut cabaran Red Diva yang i dok follow blognye tu sekian lama *dan never la bertemu muka* and so, semalam, kuaq lah resultnye...

Makanye....



MRASA!! tak sangke lak menang.

And so, here goes my acceptance speech.

Alhamdulillahibaril alamin. Atas kurniaNYA dan kehendakNYA, nukilan saya terpilih sebagai pemenang menulis karangan di laman REDMUMMY.COM.

Ilham itu datang dariNYA, saya hanya menggunakan apa kurniaNYA kepada saya untuk meluahkan rasa hati bertepatan tajuk

10 sebab kenapa saya suka blog Red Diva.
dan
10 sebab kenapa saya tak suka blog ashterix.blogspot.com



Tajuknya tampak mudah, namun, ia tidaklah semudah yang disangka. Menyelami isi kandungan blog Redmummy.com dari zaman blogspot sehingga kini sudah pasti ada LEBIH dari 10 sebab mengapa saya setia mengikuti blog beliau.

Meringkaskan kesukaan dalam 10 sebab juga berkehendakkan saya menggunakan pengalaman saya sebagai peserta Bloggers Idol 1, juri Bloggers Idol 2 dan juga dari penghayatan pelbagai ragam blog di alam maya ini dalam menyediakan karangan untuk pertandingan ini.

Idea menggunakan gaya sastera serta prosa klasik ini pun saya tidak tahu dari mana datangnya. Mungkin saya mahukan kelainan daripada karangan biasa. Tapi yang penting ialah, menyampaikan seikhlas hati apa yang ingin disampaikan dalam apa gaya sekalipun. Pemilihan gaya yang digunakan adalah semata-mata mahu menimbulkan kelainan, terutama kepada pemilik blog Redmummy.com untuk memilih mana yang dirasakan sesuai untuk meraih hadiah.

Alhamdulillah, gerak hati serta dengan izin yang dikurniakan olehNYA, nukilan saya berjaya mencuri perhatian pemilik Redmummy.com lalu terpilih sebagai Pemenang Utama.

Kepada pembaca setia blog Redmummy.com yang sama-sama menyahut cabaran Red Diva @ Sang Ratu Kerajaan Merah Berdaulat dalam pertandingan impromtu ini, tahniah juga kepada kalian semua kerana menyokong usaha Red Diva kita.

Semoga gaya karangan saya ini mampu mendorong generasi muda menghayati khazanah budaya sendiri yang semakin hari, makin luput.

Saya akhiri nukilan saya ini dengan penuh rasa syukur kehadratNYA kerana memberikan saya peluang ini untuk merasa nikmat sebagai pemenang utama. Alhamdulillah.

Buat pengelola pertandingan, terima kasih memberikan peluang kepada saya menggerakkan otak dan pemikiran saya dalam waktu libur lebaran. Didoakan semua rakyat yang setia di Kerajaan Merah Berdaulat sentiasa didalam rahmatNYA.

Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,

5 Comments:

At Fri Oct 10, 08:44:00 AM 2008, Blogger yazrie said...

dapat crown 7 tengkat keww???

 
At Fri Oct 10, 08:50:00 AM 2008, Blogger 5th_E Taib said...

tak.. Kak Red habaq dapat KLCC je.. hik hik

 
At Fri Oct 10, 10:35:00 AM 2008, Blogger Munirah Abd said...

hikss...mmg suka baca karangan En.
sbb sgt klasik gitu..
anyway tahniah!!!

 
At Fri Oct 10, 10:38:00 AM 2008, Blogger 5th_E Taib said...

Thank you. :) Alhamdulillah. :)

 
At Fri Oct 10, 02:51:00 PM 2008, Blogger Aliah said...

tahniah..tahniah..bravo..bravo... sangat klasikal ayat-ayat itu...

 

Post a Comment

<< Home