Friday, September 05, 2008

Ahlan Ya Ramadan Kareem

Assalamualaikum

Bulan mulia tiba lagi
Kurnia ALLAH Maha Memberi
Gunakan peluang tahun ini
Mensyukuri segala nikmat ILLAHI

Bulan mulia tiba lagi
Sunat terawih witir sekali
Tanda kasih abadi
Dari ALLAH Maha Mengetahui

Bulan mulia tiba lagi
Berlapar kita disiang hari
Iftarnya kemenangan bagi diri
Mengawal diri sepanjang hari

Bulan mulia tiba lagi
Tanda Kasihnya Rabbul Alamin
Buat semua muslimin
Sepelosok jagat raya ini

Bulan mulia tiba lagi
Sepurnama menahan diri
Moga segala penyerahan diri
Kekal bertemu setahun lagi.

*****

Ramadan

Kurniaan ILLAHI kepada kita
Dalam setahun sepurnama lamanya
Gunakan sebaiknya
Membalas budi kita kepadaNYA

Sepurnama tempohnya
Melipat ganda amalan kita
Buat bekalan dihari muka

Jarak sepurnama
Gunakan sebaiknya
Setiap ketika
Jangan kita alpa
Ganjarannya jangan ditanya

*****

Looks like blog ni pun nak kene revamp. Blog ni la ni ambil konsep ala2 blog kawan2 I, namely LKY dan Akak Diva Merah juge tak lupe Tuan Manager. Sape nak tolong I revamp?? hehe.

Masa untuk buat penghijrahan.

Kisah diri sendiri, anekdot seharian, pendapat, insya ALLAH ade la jugak bahan2 akademia, portfolio kreatif. Tapi bila nak mula tu, Wallahualam. Bila digerakkanNYA. Insya ALLAH.

Saya juga suka konsep: I WRITE U READ. hehe. Ye la kan, takkan I nak dictate ape orang soh i tulis kannn??

Anyways, back to Ramadan.

As I see it, Ramadan ni bulan barakah. Bulan yang dikurniakan macam2 tanda kasih ALLAH kepada umat Muhammad SAW. Kenapa saya kata tanda kasih ALLAH? sebab DIA bagi kita peluang tebus diri kita. Dia bagi sebulan untuk focus padaNYA. Mana tidaknya, Malam 1 Ramadan kita dah terawih, 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, bulan-bulan lain tak de kita dapat mcm ni. Ramadan je la dapat kita serahkan diri kita, hati kita bulat bulat padaNYA, Insya ALLAH. Bayangkan 30 malam dah dapat berapa rakaat? But jangan la pulak lupa yang 5 tu. Ini peringatan untuk diri saya sendiri jugek. Apa-apapun, lakukan seikhlas hati. Buat masuk buku akaun untuk bekalan masa depan. Tak payah la motivasikan diri dengan 'ganjaran tertentu pada malam tertentu', mengapa? kerana ALLAH pasti akan memberikan sesuatu yang baik, insyaALLAH. Wallahualam.

Bukan setakat tu, digalakkan bertadarus. Membaca ayat-ayatNYA yang diturunkan dalam BULAN RAMADAN juga. Mengingatkan diri sendiri akan hukum hakam serta kehendakNYA daripada kita. Selain dari membaca dalam bahasa Arab yang asal, Terjemahannya pun elok dibaca, supaya kita tahu apa yang hendak disampaikan. Pada saya, itu satu anugerah ALLAH yang menjadikan pelbagai bangsa dan bahasa dan diizinNYA ayat-ayatNYA dialih bahasa. At least we get rough idea. Tapi sebaiknya, kalau kita boleh faham bahasa Al Quran tu sendiri. Semoga saya dapat memahami ayat-ayatNYA - secara langsung- suatu hari kelak. Amin.

Ramadan ni juge bulan Rezeki. Ish, banyak betul nikmatNYA bila datang Ramadan kan?

*CHOP* jom kita sama2 sebut

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
LA ILAHAILALLAH ALLAHU AKBAR !!!


Bulan rezeki sebab ape? Dapat buat xtra pocket money *lala - I jual kuih Raye tawwww - nantikan entry yang akan menyusul* Dapat rasa macam2 juadah , Dapat solat terawih, Dapat bayau Zakat Fitrah dan Dapat menyambut Eid, hari kemenangan kita kontrol diri kita selama sebulan. Dan selepas Eid? mohon ALLAH peliharalah usaha usaha kita Ramadan ni sehingga tiba Ramadan sekali lagi. Insya ALLAH. Amin.

Siapalah diri kita ni ye? Seperti saya, yang dilahirkan Islam, sebaiknya saya gunakan peluang yang diberi setahun sekali ini sebaik-baiknya. Belum tentu kita dapat jumpe Ramadan tahun depan. Itu adalah hakikat ketentuanNYA. Apa2 pun, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbit dalm hati kita. So, kalau ade yang kata saya ni alim kucing ke, ape ke, tq la. Sebab, saya pakai kasut saya sendiri, so saya tahu saiz kasut saya. Saya tak perlu nak 'mencuba' kasut orang lain, sebab saya takde hak pun, walaupun dah mintak izin. Kaki manusia ni takde dua yang serupa. Eh, melalut lak. hehe.

Its all about me. Semua perihal diri saya yang seadanya. Dah lama tak datang angin nak tup tap keyboard macam ni. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.

***

Kebetulan, Malam ni saya chat dengan kawan lama masa kat Art n Design ITM dulu. Dia ade hamper raya. Lawa dan vasss sekali hamper2nya. Yang best, ada travelling sejadah dan tasbih sekali. :) So, siapa berkenan and untuk info lagi tentang harga serta lain2, leh la telefon Maslina 0173278704 / maslinamalik@yahoo.com atau Email Puteri Noraini di : putriaini77@yahoo.com















ok semua

Jazakallahu Khair :)

Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,

3 Comments:

At Sat Sep 06, 06:51:00 AM 2008, Blogger i'm mr. y2020 said...

saya pakai kasut saya sendiri, so saya tahu saiz kasut saya. Saya tak perlu nak 'mencuba' kasut orang lain, sebab saya takde hak pun, walaupun dah mintak izin. Kaki manusia ni takde dua yang serupa. Eh, melalut lak. hehe.

LOL! statements menariks! LOL!

 
At Sat Oct 04, 10:36:00 AM 2008, Blogger yazrie said...

rasanya konsep ni pun ok lah..konsep yg sedia ada nih..

 
At Sat Oct 04, 10:54:00 AM 2008, Blogger 5th_E Taib said...

ya kah? rasanya perlu suntikan botox sket lah.. makin kendur.. HAHA

 

Post a Comment

<< Home