Friday, September 05, 2008

Ahlan Ya Ramadan Kareem

Assalamualaikum

Bulan mulia tiba lagi
Kurnia ALLAH Maha Memberi
Gunakan peluang tahun ini
Mensyukuri segala nikmat ILLAHI

Bulan mulia tiba lagi
Sunat terawih witir sekali
Tanda kasih abadi
Dari ALLAH Maha Mengetahui

Bulan mulia tiba lagi
Berlapar kita disiang hari
Iftarnya kemenangan bagi diri
Mengawal diri sepanjang hari

Bulan mulia tiba lagi
Tanda Kasihnya Rabbul Alamin
Buat semua muslimin
Sepelosok jagat raya ini

Bulan mulia tiba lagi
Sepurnama menahan diri
Moga segala penyerahan diri
Kekal bertemu setahun lagi.

*****

Ramadan

Kurniaan ILLAHI kepada kita
Dalam setahun sepurnama lamanya
Gunakan sebaiknya
Membalas budi kita kepadaNYA

Sepurnama tempohnya
Melipat ganda amalan kita
Buat bekalan dihari muka

Jarak sepurnama
Gunakan sebaiknya
Setiap ketika
Jangan kita alpa
Ganjarannya jangan ditanya

*****

Looks like blog ni pun nak kene revamp. Blog ni la ni ambil konsep ala2 blog kawan2 I, namely LKY dan Akak Diva Merah juge tak lupe Tuan Manager. Sape nak tolong I revamp?? hehe.

Masa untuk buat penghijrahan.

Kisah diri sendiri, anekdot seharian, pendapat, insya ALLAH ade la jugak bahan2 akademia, portfolio kreatif. Tapi bila nak mula tu, Wallahualam. Bila digerakkanNYA. Insya ALLAH.

Saya juga suka konsep: I WRITE U READ. hehe. Ye la kan, takkan I nak dictate ape orang soh i tulis kannn??

Anyways, back to Ramadan.

As I see it, Ramadan ni bulan barakah. Bulan yang dikurniakan macam2 tanda kasih ALLAH kepada umat Muhammad SAW. Kenapa saya kata tanda kasih ALLAH? sebab DIA bagi kita peluang tebus diri kita. Dia bagi sebulan untuk focus padaNYA. Mana tidaknya, Malam 1 Ramadan kita dah terawih, 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, bulan-bulan lain tak de kita dapat mcm ni. Ramadan je la dapat kita serahkan diri kita, hati kita bulat bulat padaNYA, Insya ALLAH. Bayangkan 30 malam dah dapat berapa rakaat? But jangan la pulak lupa yang 5 tu. Ini peringatan untuk diri saya sendiri jugek. Apa-apapun, lakukan seikhlas hati. Buat masuk buku akaun untuk bekalan masa depan. Tak payah la motivasikan diri dengan 'ganjaran tertentu pada malam tertentu', mengapa? kerana ALLAH pasti akan memberikan sesuatu yang baik, insyaALLAH. Wallahualam.

Bukan setakat tu, digalakkan bertadarus. Membaca ayat-ayatNYA yang diturunkan dalam BULAN RAMADAN juga. Mengingatkan diri sendiri akan hukum hakam serta kehendakNYA daripada kita. Selain dari membaca dalam bahasa Arab yang asal, Terjemahannya pun elok dibaca, supaya kita tahu apa yang hendak disampaikan. Pada saya, itu satu anugerah ALLAH yang menjadikan pelbagai bangsa dan bahasa dan diizinNYA ayat-ayatNYA dialih bahasa. At least we get rough idea. Tapi sebaiknya, kalau kita boleh faham bahasa Al Quran tu sendiri. Semoga saya dapat memahami ayat-ayatNYA - secara langsung- suatu hari kelak. Amin.

Ramadan ni juge bulan Rezeki. Ish, banyak betul nikmatNYA bila datang Ramadan kan?

*CHOP* jom kita sama2 sebut

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
LA ILAHAILALLAH ALLAHU AKBAR !!!


Bulan rezeki sebab ape? Dapat buat xtra pocket money *lala - I jual kuih Raye tawwww - nantikan entry yang akan menyusul* Dapat rasa macam2 juadah , Dapat solat terawih, Dapat bayau Zakat Fitrah dan Dapat menyambut Eid, hari kemenangan kita kontrol diri kita selama sebulan. Dan selepas Eid? mohon ALLAH peliharalah usaha usaha kita Ramadan ni sehingga tiba Ramadan sekali lagi. Insya ALLAH. Amin.

Siapalah diri kita ni ye? Seperti saya, yang dilahirkan Islam, sebaiknya saya gunakan peluang yang diberi setahun sekali ini sebaik-baiknya. Belum tentu kita dapat jumpe Ramadan tahun depan. Itu adalah hakikat ketentuanNYA. Apa2 pun, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbit dalm hati kita. So, kalau ade yang kata saya ni alim kucing ke, ape ke, tq la. Sebab, saya pakai kasut saya sendiri, so saya tahu saiz kasut saya. Saya tak perlu nak 'mencuba' kasut orang lain, sebab saya takde hak pun, walaupun dah mintak izin. Kaki manusia ni takde dua yang serupa. Eh, melalut lak. hehe.

Its all about me. Semua perihal diri saya yang seadanya. Dah lama tak datang angin nak tup tap keyboard macam ni. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.

***

Kebetulan, Malam ni saya chat dengan kawan lama masa kat Art n Design ITM dulu. Dia ade hamper raya. Lawa dan vasss sekali hamper2nya. Yang best, ada travelling sejadah dan tasbih sekali. :) So, siapa berkenan and untuk info lagi tentang harga serta lain2, leh la telefon Maslina 0173278704 / maslinamalik@yahoo.com atau Email Puteri Noraini di : putriaini77@yahoo.com















ok semua

Jazakallahu Khair :)

Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,

Friday, September 14, 2007

2 Ramadan



Haha.. im not publishing the whole thing tho. Ni I copaste dari entry kat blog Sang Ratu, hehe. Well, also COPASTE dari COMMENT SECTION Sang Ratu... hehe.

FEBRUARY = ATTITUDE

Abstract thoughts. Outgoing. Loves reality and abstract. Intelligent and clever. Changing personality. Attractive. Fun to be around with. sexiest out of everyone. A real speed demon. Has more than one best friend. Able to cheer anyone up and make them laugh. Amazing smile. An awesome kisser. Temperamental. Honest. A very good girlfriend/ boyfriend and loyal. Determined to reach goals. Loves freedom. Rebellious when restricted. Loves aggressiveness. Too sensitive and easily hurt. Gets angry really easily but does not show it. Dislikes unnecessary things. Loves making friends. Daring and stubborn. Ambitious. Realizing dreams and hopes. Sharp. Loves entertainment and leisure. Romantic on the inside not outside. Superstitious and ludicrous. Spendthrift. Tries to learn to show emotions.

Repost this in 5 minutes and you will talk to someone new and realize that you are a perfect match

HAHAHAHA!! I LAUGHED HARD ok bace.. well, ada antaranya KEBETULAN. Well, only GOD has HIS say, for me takdemakne nak analyse orang or nak buat judgement on people according to this sorta thing, adekale takut gak kalau terSYIRIK. :P die die die *tutup switch board TNB* dan kalau kene SEB dgn DIA how?? hhehe

so ni komen I kat ruangan komen Sang Ratu (sampai Dec 2007 je *matilamek) Heehehe.. I SOOOO cannot wait for the White Dress siap TABURAN DIAMONTE ala INTAN itiewwwwwwwww... dan juga gaun sontok biru firus ala Chanel itiewwwwww.... huhuhuhuhuhu.. matching banget sama crown itieww.. :P

HAHAHAHAHAHAH!!!!! i LAUGHED out SO LOUD.. nyaris tak batal posa mak ok! paling mak setuju ialah SPENDTHRIFT... ekekek... matila nak cari SPONSOR lagi..hahahah

Abstract thoughts << so me hahaha!!

Has more than one best friend<< hehehe... tula, aku tak reti MONOGAMY.. OPS

Gets angry really easily but does not show it. << ask my students.. HAHAHAHA!!

An awesome kisser.<< AWWW.. ade sesape nak try me? and tell me str8 in the face whether its good or it just SUCKS?? OOPS again

A very good girlfriend/ boyfriend and loyal << berbalik kepada statement di atas..hehehe..

Loves aggressiveness. << hehehe.. yes i do, but where and how? tatau!? *matila Abg Frenli*

Changing personality << Lea, help me with this one *die la YM!!*

HAHAHHA I better stop!! mrasa i copaste letak kat blog i lak... AKKEKEKEKE... tq 4 this entry, its really a good start for my day


Takpe ke ek posa posa cheque salin-tampal mende alah ni.. LAGHA tak?? Prof Imah, pls komen? hik hik *ade ke Prof Imah bercemar duli ke blog yang..ugh..bersawang ini??*

Rase nak tambah lagi, tapi.. takpelah... next time.

***************************************************

Semalam, berbuka paling sempoi dgn my mom. Dates n kuih. thats all :) Thank ALLAH for giving me the chance to fulfill Day 1. Hopefully the fasting is being put into my ASA account. A min. As for sahur, brown rice and chicken soup, plus keropok sayur pedas beli kat Mydin Hypermart USJ. Nyum. Selamat ebrpuasa n berbuka and semoga tercapai nikmat dikala berbuka. Insya ALLAH.

Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,

Thursday, September 13, 2007

1 Ramadan



Assalamualaikum. Terinspirasi oleh entry Mak Merah.

Hari ini 1 Ramadan. Alhamdulillah bertemu juga. Masuk je 1 Ramadan, Gempa kat Sumatera. SMS Ricko di Padang, dia kata dia mengalaminya. Abang Raja di Jogja pula tak reply lagi SMS.

Pagi tadi, lepas je Subuh, terus ZOOOM ke opis. Haha, 1st one to clock in. Semoga diizinkanNYA utk begini sampai bila2.

Semalam EL. Bapak tetibe rase kebas tangan dan lengan bila bangun pagi semalam. Mak tepon HP i kul 7 lebih, telling me ape jadi. Terus KIV pegi opis. So kul 9 bawak Bapak pegi UH, jumpe Dr Sajar. Alhamdulillah nothing to worry about, tapi tetap la worried kan. :P

So semalam jugak masak 2 dish tempoyak.. haha, buat pembuka selera sepanjang Ramadan ni esp utk Sahur.

dish 1:
Masak Tempoyak dgn pucuk2

dish2:
Sambal Tempoyak Perak style, kak nam dari buku resipi my mom.

Hope Ramadan tahun ni would change me spiritually.

Ok, nak masuk kelas.

Jazakallahu Khair.



Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,