Sunday, May 28, 2006

Demam AF Kembali



Was just on the phone with Leez. She called me up to check up on me to see that I'm OK or not because she knew that I had plans to fly off to Jogja this fateful weekend. I texted my contact in Jogja and asked him how things were. He said he was hungry, and it was raining. Electricity was still down, communications too. He had not shed a tear yet. I believe that he is still in shock, and asked me to pray for their well being. ALLAH knows best. At 4 a.m he would be sending Aris to SOLO for his flight home. I would probably only see Aris in a day or two, not too soon. I know he would be overwhelmed and still in shock, so I better let him be with his family first. Gosh. I am still speechless. Astaghfirullah.

I also got my first Caller Ringtone from Hotlink. Siapa nak dengar, telefon la I yer. No need for me to EXPOSE my mobile number here, so siapa ada nomor I, mrasalah call.

Ok, demam AF dah mula, so malam ini terpilih sudah 12 peserta ke Akademi Fantasia 4. Pemilihan peserta malam ini berdasarkan kepada merit dari juri profesional. Di sini kelihatan kematangan pihak ASTRO untuk memartabatkan artis-artis serta format pertandingan yang menjadi topik secara semiotik di Bicara Seni kelolaan Rosyam Noor jam 9.30 tadi (isu Artis SMS) *mati la flipping channel nak tengok MY TEAM, AF dan Bicara Seni.

Saya rasa tidak adil untuk saya komen berkenaan dengan persembahan dan penyampaian peserta, tetapi saya lebih cenderung untuk memberikan pandangan terhadap pakaian dan solekan mereka.

Secara keseluruhannya, pakaian yang dipakai perserta Konsert Prelude AF4 ini dari sudut warna, menampakkan pihak Wardrobe berhati-hati terhadap pewarnaan supaya tidak terlalu ekstrim atau melampau untuk pencahayaan yang diaplikasi dalam persembahan malam ini. Kelihatan di kaca televisyen pakaian peserta sangat subtle dan tidak silau mata memandang.

Bagi peserta wanita, silhouette pakaian mereka yang pelbagai bukan sahaja menambah tekstur kepada ruang persembahan, namun ada yang membuat peserta wanita tampak yakin dan juga sebaliknya (akan dikupas dengan lebih lanjut di bawah). Di sini, saya dapati jika pihak penganjur memberikan garis panduan atau mengenakan tema tertentu untuk konsert prelude ini bagi menampakkan kesama-rataan peserta dan memudahkan Juri Profesional memilih mereka yang layak ke peringkat akhir BUKAN ATAS DASAR IMEJ yang terpamer di arena pertandingan. Bukankah lebih menarik jika pakaian peserta wanita ini di hadkan kepada warna hitam, ataupun padanan Denim dan Putih (Denim and Whites)?

Ini juga berlaku kepada peserta lelaki. Dengan gaya GENERIC padanan jaket, kemeja T/Kemeja dan Jeans telah mengalih pandangan penulis kepada penyampaian lagu dan bukan kepada aspek-aspek lain yang mungkin akan mengganggu persembahan. Jika diaplikasikan dengan permainan warna yang sesuai, ia pasti akan menjadi lebih menarik.

Penulis telah mencatat beberapa perkara berkenaan pakaian yang digayakan oleh peserta pada malam ini menurut susunan persembahan.

Hazama

Padanan jaket denim, kemeja puth dan seluar denim menampakkan gaya simple. Beliau kelihatan konfiden sekali. Walaupun padanan tidak begitu kena dengan lagu yang disampaikan, namun ia telah jelas menampakkan keselesaan kepada penampilan diri beliau jesteru itu, memberikan keyakinan kepada pesreta ini untuk beraksi.


Tasha

First Impression saya ialah MATERNITY DRESS. Warna tie and dye coklat- mustard itu tidak langsung memberi kesan psikologi kepada Tasha. Pakaiannya jelas tidak membantu beliau tampak yakin.

Amirul

Warna pakaiannya seolah-olah menarik energy persembahannya turun. Padanan yang agak bercelaru dan kelihatan ALA KADAR serta malas (bukan bersahaja atau sempoi). Beliau boleh kelihatan lebih yakin jika menegenakan sedikit warna cerah pada mana-mana bahagian pakaiannya seperti lencana-lencana pada jaket beliau. Tahniah kerana terpilih ke AF4.

Lynn


Pilihan black top merupakan pilihan yang selamat, bukan sahaja Lynn kelihatan anggun, malah menyerlahkan persembahan beliau. Penulis juga agak berkenan dengan subang persegi yang digayakan serta sedikit elemen BLING pada pakaian Lynn pada konsert Prelude AF4 ini.

Liya
Ramlah Ram Silhouette? beliau tidak langsung tampil yakin kerana terlalu memberikan perhatian kepada kain beliau. Tidak perlu menyingsing kain jika pakaian itu selesa. Warna pakaian yang digayakan Liya juga menarik energy persembahan serta penyampaiannya ke bawah.

Shaz

Peserta yang mendendangkan lagu Mungkir Bahagia ini telah diwakilkan dirinya ke pentas dengan pakaian yang begitu cocok dengan karektor lagu. Warna-warna yang digunakan secara semiotiknya menggambarkan isi lagu ini. Padanan yang dikenakan amat berseuaian dengan imej yang cuba diipaparkan oleh peserta ini.

Leez

Seorang lagi yang memilih menggayakan sepersalinan pakaian hitam. Jelas menggambarkan mood lagu serta bersesuaian dengan fizikal Leez untuk tampil yakin dihadapan audien.

Rich

Pilihan jaket suede dan imej rugged beserta rambut yang dilepaskan benar-benar sesuai dengan lagu dendangan Rich. Gaya berani dan bersesuaian dengan karektor yang ditampilkan. Jelas pakaian beliau banyak membantu persembahan beliau malam ini.

Faizal

Diharap pihak solekan ASTRO mengambil berat akan penampilan wajah peserta. Faizalkelihatan chucky dan agak ketara bila wajah beliau disorot lampu pentas. Mukanya kelihatan tidak natural dan mungkin boleh di ubah sedikit gaya rambutnya. Warna padanan pakaian Faizal amat bersesuaian dengan psikologi serta rentak lagu yang disampaikan. Tahniah !

Farhan

Saya akui, bukan sekadar persembahan beliau mantap, namun, beliau mempersembahkan diri beliau dengan penuh yakin dengan baju sontok rona koko. Penampilan beliau oleh penulis katakan sebagai paling berani dan yakin antara peserta-peserta lain pada konsert malam ini. Imej yang dipaparkan beliau sangat menetapi konsep lagu pilihan beliau.

Haider

Persoalan saya tentang peserta ini aialah, tidakkah dia mahu mencuba untuk memikat juri dengan keterampilan beliau? Penuli mendapati beliau kelihatan tidak selesa langsung dengan pakaian yang digayakannya. Vest kuning itu langsung tidak membantu menonjolkan diri beliau dan tidak kena dengan lagu Oh Ibu yang disampaikan.

Karen

Cek Mek Molek dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini tampil dengan gaya separa ranggi untuk menyampaikan lagu kesukaan penulis, Di Muara Sepi. Padanan ringkas beliau, menampakkan beliau sebagai seorang gadis yang ringkas serta ia secara tidak sedar mencerminkan lagu yang dipopularkan oleh Fauziah Latiff yang bersifat melankolik yang disampaikan dalam nada ceria melaui gabungan warna merah tua dan hitam. A very simple song, and very simple presentation, with very simple outfit.

Velvet

Satu lagi pilihan bijak. Pakaian yang digayakan gadis dari Sabah ini bukan sekadar membantunya menonjolkan keyakinan diri beliau yang tinggi, malah, padanan skirt potongan saputangan beserta jaket dari fabrik ringan ini turut menyumbang kepada persembahan beliau yang bertenaga dan kemas.

Jeff

Terlalu banyak lip gloss. Ternyata gaya metrosexual yang duba ditonjolkan oleh jejaka Subang Jaya ini berjaya, namun begitu, wajah beliau juga didapati chucky. Penampilan kemas dan lain dari yang lain terutama dari pemilihan warna.

Nora

Bak kata Aznil, konsert Prelude pada penggal ini bersifat Past Tense *mati la blog Past Tense. Dress merah berpotongan assymetrical berlapis chifon di bahagian lutut ke bawah, tidak dilupakan dengan jaket lace kecil tidak langsung membantu imej peserta ini. Mengapa tidak beliau menggayakan sesuatu yang lebih ringkas dan bertemakan 70an seperti lagunya?

Haziq

Penampilan berkarektor. Jaket nehru beserta pashmina di leher menampakkan kelainan. Ia menampakkan jatidiri Melayu serta amat membantu beliau membentuk persembahanyang bertenaga. Walaupun jelas tangan beliau menggigil ketika kamera membuat Close Up, pada hemat penulis, pakaian dipakai beliau membantu beliau mengatasi rasa gemuruh. Di sini, imej beliau sebagai penggemar irama Melayu jelas dan tara.

Diddy

Ketrampilan beliau dalam konsert Prelude ini agak selamat. Mungkin akan lebih dramatik jika beliau tidak memakai t-shirt dibawah kemeja merah jambu dari kain jens kasa itu, dan beberapa butang dibahagian dda dibiarkan terbuka. Kesesuaian warna pakaian beliau ini jelas menggambarkan mood lagu yang dipopularkan oleh Ibnor Riza.
Tahniah pada Diddy yang melangkah ke Akademi Fantasia 4 bermula esok.

Zila

Goyang Inul! Pilihan busana serba hitam dan ringkas. Seluar baldu membantu menampakkan goyang versi Zila! Satu sahaja komen penulis, elemen BLING pada talipinggang beliau akan lebih menarik jika dipakai pada paras pinggul. Efek visual yang tersahil dari gelekan Zila akan lebih menyerlah jika demikian. Tahniah!

Lotter

Seorang lagi peserta berkarektor. Pilihan padanan amat bersesuaian dengan lagu yang disampaikan. Tahniah.

Salima

Imej seorang gadis Muslim diterjemah oleh Salima dengan baik sekali. Ikatan tudung yang ringkas dan tidak serabut membantu pembinaan imej beliau malam ini. Warna padanan gadis Ipoh ini turut mencerminkan isi kandungan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu. Solekan Salima pula didapati tidakkena dengan penampilan keseluruhan beliau. Seeloknya warna-warna yang lebih natural serta teknik Smokey eyes serta maskara tebal menjadi pilihan untuk beliau. Bukan pembayang mata keunguan yang langsung tidak membuatkan mata beliau kecil dan tidak berkuasa. Penulis mendapati hampir kesemua peserta wanita tidak dapat berkomunikasi dengan lirikanmata mereka kerana solekan mata mereka tidak diberi penekanan. Adalah penting bagi seorang penghibur berkominukasi dengan mata mereka dalam menyampaikan maksud lagu. Diharap pihak ASTRO dapat memberikan perhatian terhadap detailing sepeti ini.Tahniah Salima, si gadis berhijab PERTAMA ke Akademi Fantasia!



Keseluruhannya, penampilan peserta AF4 dalam konsert Prelude ini agak memuaskan. Namun, diharap pihak-pihak yang berwajib menata gaya pelajar-pelajar ini tidakbergantung kepada sponsor sahaja. Adalah lebih indah jika pakaian yang dikenakan kepada pelajar-pelajar ini mencerminkan mood, genre, konsep serta karektor sesebuah lagu.

Maka, mrasalah kita tunggu konsert pertama AF 4 yang akan datang! Ada rezeki, akan saya memberikan pandangan terhadap pakaian serta dandanan mereka.

Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com

Saturday, May 27, 2006

Alhamdulillah!


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji 2 bagi Allah, Rabb semesta alam

Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Yang menguasai hari pembalasan

Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan

Tunjukilah kami jalan yang lurus,

jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat .


About 8 pm tadi, I managed to call Raja Alfiraindra of Institut Seni Indonesia to ask about him and of course, my Abang Aris. Alhamdulillah, they are unhurt in the massive 6.2 richter scale earthquake that shook Yogyakarta (they were cooking Indomie when I managed to get through) .

Last week, I made a decision to fly off to Yogya before Aris comes back but after thinking for a few days, checking the air fare, contemplating and my instinct pulling me away from flying to Yogya THIS PARTICULAR weekend. Subhanallah.

I just sat speechless looking at ALLAH's will on Yogya on the internet. Entahlah. speechles terus. Lets la doa supaya mereka di Yogya dikurniakan kesabaran menempuhi ketentuan ALLAH ini. It is time for us too, to reflect back on ourselves and who we are and our purpose on earth.

I do not know whether I am depressed or not. By logic, I should not, because I am MILES away. But seeing images over the net and on telly, I still cant tell why am I feeling like this. Remembering my readings from the Quran Translation ( I could not recall which sura) Everything happen for a reason, and the reason is not for us to know. It is all ALLAH's will. Like in the Surah Yassin, Kun Fa Ya Kun, which means What Ever Happens, Happens. This is to prove that ALLAH is in control of everything. He does what He wishes, and He, Knoweth best.
I just could not stop saying the tasbih everytime I see a dead body, or an injured child, or an injured person on telly. I also could not stop shedding a tear. Ya ALLAH, please calm and make my fellow brothers and sisters in Yogya strong to face the coming days.
To my readers, Jazzakalahu Khair for reading my thots.

Image hosted by Photobucket.com

NAMA... what is there in a NAME?


Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Ada apa pada nama? Salahkan mencari nama? Salahkah menempa nama?
Bukankah bila nama ditempa dan dikenali ramai itu anugerah ALLAH?
Adakah mudah untuk mengekalkan nama pada taraf yang sama pada taraf yang ditempa? Adakah kita menggunakan peluang yang diberi ALLAH setelah dikenali dengan baik? Adakah kita BERSYUKUR akan nikmat ALLAH ini?


ATAU


Adakah lebih mudah jika tidak dikenali? Adakah hidup akan lebih bahagia jika tidak dikenali?
Penting sangatkah untuk dikenali? Apa OBJEKTIF seseorang untuk dikenali? Adakah ALLAH mengizinkan seseorang itu untuk dikenali? Adakah mereka yang tidak dikenali TIDAK BERHARGA? Adakah rezeki mereka yang tidak dikenali KURANG dari yang DIKENALI?


Apa ada pada nama?


Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

ALLAH sahaja yang memberi.

Segala izin datang dariNYA.


Saya bahagia menjadi diri saya sendiri. Apa yang saya lakukan, atas kehendakNYA. Saya REDHA akan segala apa kekurangan yang ada, kerana saya tahu, ALLAH lebih mengetahui sesuatu yang tidak saya ketahui dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Saya sekadar menggunakan segala apa yang diberi ALLAH kepada saya untuk mencari keredhaanNYA.

Ya ALLAH Tuhanku yang satu.
Terima kasih atas segala nikmatMu.
Terima kasih atas segala ilmuMu.
Terima kasih atas segala apa yang Kau kurniakan kepadaku.
Ibu Bapaku, Keluargaku, Kerjaku, Kawan-kawanku, Roh ku, Kehidupanku.
Sesungguhnya siapalah aku disisiMU,
adakah tempat ku di syurgaMu atau di jahannam?

Ya ALLAH,
pimpinlah aku.
Tiada yang lain untukku memohon pertolongan.

Perkenankanlah.




Image hosted by Photobucket.com

Sunday, May 21, 2006

Happy 46th Anniversary!



21st May 1960 - 21st May 2006
My parents yang apit my Sis n Bro Inlaw, taken in 2003 before sending my sis to my Bro inlaw's place in Gombak.
Happy 46th Anniversary
to my parents.


May Allah bless the both of you, in life and in the here after.
So just now, my bro inlaw brought my parents, me and my sis to Thai Corner at PJ New Town for dinner. It was good food. Alhamdulillah. Then after that, we took a drive to TESCO Shah Alam to get ink for my printer, as I just realised the ink tank running low, and, I am in the midst of printing my MFA Portfolio. Anyways, Alhamdulillah sebab dapat jugak ink tu. IDOP TESCO!

To Mak and Bapak, happy 46th anniversary.
Jazzakallahu Khair


Image hosted by Photobucket.com

Saturday, May 20, 2006

EKA... apa tu?

What is this picture all about? nantikan update seterusnya, SOON.. (bile la tu?)
 Posted by Picasa

Saturday, May 13, 2006

Weddings.. Shows....








Firstly nak ucapkan TAHNIAH kat my students, Remy and Zura for tying the knot baru2 ni (last week infact), I sempat pi majlis nikah depa kat Semenyih. So here are a few of their wedding pix i took.

Dalam sibuk-sibuk dengan EKA, sompek la jugak tolong Oda buat show untuk NONA nyer pageant untuk mak-mak..mrasala dinch ingat tajuk besau show itu kan? but ini la hasilnya...

Mrasala Opening Gambit Pandanglah Lihatlah by Sheila Majid, siap promo Aura Seri ok... hik hik...mrasa mintak sponsor kat depa next showcase, bole? Emcee untuk show t was Bro Richie and Kak Adibah Noor. Suuuuuuuke sangat dapat amik gambaq dengan kak Diba. Nanti ade time, mrasaa la hapdatekan gegambaq EKA piuler.

Jazakallah

ps: untuk seorang kawan,

if you happen to read this entry:

semoga u ol dipimpinNYA dan berdampinglah denganNYA, after reading one of your entries, It just occured to me that, I went through what you went through and I hope you get your copy of the Quran, Pronto. Insya ALLAH.

Image hosted by Photobucket.com

Friday, May 05, 2006

Past Tense Entry.. bole?

some pics from IQP - Very past tense kan? dah seminggu ni event ni..baru le ado maso nak hapdate katanya... hiks... so mrasalah gegambar from my camera.
tribute utk kengkawan yang masuk I dah buat entry earlier this week... so ni entry gegambars sajork. no celoteh celotoh celatah... oops..

makanan yang ditimbun atas pinggan..hiks.. *mati la bentart

Miss Puerto RrriCcO!!

Miss Perrrruuuuuu!!!


Q&A session Miss Peru and Puerto Rico

Sunina, BS and Moi

Showtime Adibah Noor

Barisan TOP 5 dan also Miss Greece, International Queen 2006.

and last but not least.....

Moi and Lea

tu sajork!!

Jazakallah for dropping by. Cheers and have a great weekend.


Image hosted by Photobucket.com

Wednesday, May 03, 2006

EKA.. apa itiew?



Photobucket - Video and Image Hosting

Mari adik, mari akak, mari abe....
Kampus Puncak Perdana
9 dan 10 Mei 2006.
Ade Mok Yung, ade Menora, ade teater kanak2, ade tarian
LETS U OLS!!!

Image hosted by Photobucket.com

Monday, May 01, 2006

IQP 2006

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

saje nak update, dari CC Melati kat sec 2. Last night pi IQP kat Ampang. It was a memorable event, and the first yang I rasa siapa sahaja yang menang, layak untuk menang.

Tahniah kepada Miss Greece, adik to Gee L Karangkraf, Miss Puerto Rico iaitu Ginger De La Loca, Miss Singapore, Miss Russia and Miss Indonesia.

Tahniah kat top 10, terutama sekali cik Lea Laurielle dan juger Miss Antigua and apetah..hiks *mati la aku... Mrasa ahli keluarga KJ dapat ranking top 10. I was so happy Lea dapat masuk top 10, walaupun Q&A session utk Lea agak kurang memberangsangkan, namun, Lea tetap STAR... mrasa....

Untuk Ginger, sonok tengok u ol pose2 sebelah kerusi Queen itiew... hiks... The way u answered the question tu sangat bagus and made me think seketika about my friends yang ada kat dunia ni. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan kita dengan macam2 rahmat dan rezeki, baik dari aspek emosi dan juge fizikal. Sungguh besar kuasa ALLAH ke atas kita, dan, tiada yang sia-sia dalam apa yang diciptakanNYA.

Malam tadi pun seronok dapat jumpe bloggers dan chatters di TB kawan-kawan. Yazri was the first yang I jumpe... *nak nyanyi lagu Syafinaz sat* *mati la mak awan terpilu langit ketujuh...

well, sampai sini dulu. Later2 bile dah settle satu perkara yang dok memerlukan tumpuan I (which I lost for the past 3 days... *mati la aku...) akan di upload pixies dari malam bersejarah itiew.

Untuk event organiser, Sedare Ejad, keep up the good work. ok...catch up later mater.

Jazakallah

Image hosted by Photobucket.com