Demam AF Kembali
Was just on the phone with Leez. She called me up to check up on me to see that I'm OK or not because she knew that I had plans to fly off to Jogja this fateful weekend. I texted my contact in Jogja and asked him how things were. He said he was hungry, and it was raining. Electricity was still down, communications too. He had not shed a tear yet. I believe that he is still in shock, and asked me to pray for their well being. ALLAH knows best. At 4 a.m he would be sending Aris to SOLO for his flight home. I would probably only see Aris in a day or two, not too soon. I know he would be overwhelmed and still in shock, so I better let him be with his family first. Gosh. I am still speechless. Astaghfirullah.
I also got my first Caller Ringtone from Hotlink. Siapa nak dengar, telefon la I yer. No need for me to EXPOSE my mobile number here, so siapa ada nomor I, mrasalah call.
Ok, demam AF dah mula, so malam ini terpilih sudah 12 peserta ke Akademi Fantasia 4. Pemilihan peserta malam ini berdasarkan kepada merit dari juri profesional. Di sini kelihatan kematangan pihak ASTRO untuk memartabatkan artis-artis serta format pertandingan yang menjadi topik secara semiotik di Bicara Seni kelolaan Rosyam Noor jam 9.30 tadi (isu Artis SMS) *mati la flipping channel nak tengok MY TEAM, AF dan Bicara Seni.
Saya rasa tidak adil untuk saya komen berkenaan dengan persembahan dan penyampaian peserta, tetapi saya lebih cenderung untuk memberikan pandangan terhadap pakaian dan solekan mereka.
Secara keseluruhannya, pakaian yang dipakai perserta Konsert Prelude AF4 ini dari sudut warna, menampakkan pihak Wardrobe berhati-hati terhadap pewarnaan supaya tidak terlalu ekstrim atau melampau untuk pencahayaan yang diaplikasi dalam persembahan malam ini. Kelihatan di kaca televisyen pakaian peserta sangat subtle dan tidak silau mata memandang.
Bagi peserta wanita, silhouette pakaian mereka yang pelbagai bukan sahaja menambah tekstur kepada ruang persembahan, namun ada yang membuat peserta wanita tampak yakin dan juga sebaliknya (akan dikupas dengan lebih lanjut di bawah). Di sini, saya dapati jika pihak penganjur memberikan garis panduan atau mengenakan tema tertentu untuk konsert prelude ini bagi menampakkan kesama-rataan peserta dan memudahkan Juri Profesional memilih mereka yang layak ke peringkat akhir BUKAN ATAS DASAR IMEJ yang terpamer di arena pertandingan. Bukankah lebih menarik jika pakaian peserta wanita ini di hadkan kepada warna hitam, ataupun padanan Denim dan Putih (Denim and Whites)?
Ini juga berlaku kepada peserta lelaki. Dengan gaya GENERIC padanan jaket, kemeja T/Kemeja dan Jeans telah mengalih pandangan penulis kepada penyampaian lagu dan bukan kepada aspek-aspek lain yang mungkin akan mengganggu persembahan. Jika diaplikasikan dengan permainan warna yang sesuai, ia pasti akan menjadi lebih menarik.
Penulis telah mencatat beberapa perkara berkenaan pakaian yang digayakan oleh peserta pada malam ini menurut susunan persembahan.
Hazama
Padanan jaket denim, kemeja puth dan seluar denim menampakkan gaya simple. Beliau kelihatan konfiden sekali. Walaupun padanan tidak begitu kena dengan lagu yang disampaikan, namun ia telah jelas menampakkan keselesaan kepada penampilan diri beliau jesteru itu, memberikan keyakinan kepada pesreta ini untuk beraksi.
Tasha
First Impression saya ialah MATERNITY DRESS. Warna tie and dye coklat- mustard itu tidak langsung memberi kesan psikologi kepada Tasha. Pakaiannya jelas tidak membantu beliau tampak yakin.
Amirul
Warna pakaiannya seolah-olah menarik energy persembahannya turun. Padanan yang agak bercelaru dan kelihatan ALA KADAR serta malas (bukan bersahaja atau sempoi). Beliau boleh kelihatan lebih yakin jika menegenakan sedikit warna cerah pada mana-mana bahagian pakaiannya seperti lencana-lencana pada jaket beliau. Tahniah kerana terpilih ke AF4.
Lynn
Pilihan black top merupakan pilihan yang selamat, bukan sahaja Lynn kelihatan anggun, malah menyerlahkan persembahan beliau. Penulis juga agak berkenan dengan subang persegi yang digayakan serta sedikit elemen BLING pada pakaian Lynn pada konsert Prelude AF4 ini.
Liya
Ramlah Ram Silhouette? beliau tidak langsung tampil yakin kerana terlalu memberikan perhatian kepada kain beliau. Tidak perlu menyingsing kain jika pakaian itu selesa. Warna pakaian yang digayakan Liya juga menarik energy persembahan serta penyampaiannya ke bawah.
Shaz
Peserta yang mendendangkan lagu Mungkir Bahagia ini telah diwakilkan dirinya ke pentas dengan pakaian yang begitu cocok dengan karektor lagu. Warna-warna yang digunakan secara semiotiknya menggambarkan isi lagu ini. Padanan yang dikenakan amat berseuaian dengan imej yang cuba diipaparkan oleh peserta ini.
Leez
Seorang lagi yang memilih menggayakan sepersalinan pakaian hitam. Jelas menggambarkan mood lagu serta bersesuaian dengan fizikal Leez untuk tampil yakin dihadapan audien.
Rich
Pilihan jaket suede dan imej rugged beserta rambut yang dilepaskan benar-benar sesuai dengan lagu dendangan Rich. Gaya berani dan bersesuaian dengan karektor yang ditampilkan. Jelas pakaian beliau banyak membantu persembahan beliau malam ini.
Faizal
Diharap pihak solekan ASTRO mengambil berat akan penampilan wajah peserta. Faizalkelihatan chucky dan agak ketara bila wajah beliau disorot lampu pentas. Mukanya kelihatan tidak natural dan mungkin boleh di ubah sedikit gaya rambutnya. Warna padanan pakaian Faizal amat bersesuaian dengan psikologi serta rentak lagu yang disampaikan. Tahniah !
Farhan
Saya akui, bukan sekadar persembahan beliau mantap, namun, beliau mempersembahkan diri beliau dengan penuh yakin dengan baju sontok rona koko. Penampilan beliau oleh penulis katakan sebagai paling berani dan yakin antara peserta-peserta lain pada konsert malam ini. Imej yang dipaparkan beliau sangat menetapi konsep lagu pilihan beliau.
Haider
Persoalan saya tentang peserta ini aialah, tidakkah dia mahu mencuba untuk memikat juri dengan keterampilan beliau? Penuli mendapati beliau kelihatan tidak selesa langsung dengan pakaian yang digayakannya. Vest kuning itu langsung tidak membantu menonjolkan diri beliau dan tidak kena dengan lagu Oh Ibu yang disampaikan.
Karen
Cek Mek Molek dari negeri Cik Siti Wan Kembang ini tampil dengan gaya separa ranggi untuk menyampaikan lagu kesukaan penulis, Di Muara Sepi. Padanan ringkas beliau, menampakkan beliau sebagai seorang gadis yang ringkas serta ia secara tidak sedar mencerminkan lagu yang dipopularkan oleh Fauziah Latiff yang bersifat melankolik yang disampaikan dalam nada ceria melaui gabungan warna merah tua dan hitam. A very simple song, and very simple presentation, with very simple outfit.
Velvet
Satu lagi pilihan bijak. Pakaian yang digayakan gadis dari Sabah ini bukan sekadar membantunya menonjolkan keyakinan diri beliau yang tinggi, malah, padanan skirt potongan saputangan beserta jaket dari fabrik ringan ini turut menyumbang kepada persembahan beliau yang bertenaga dan kemas.
Jeff
Terlalu banyak lip gloss. Ternyata gaya metrosexual yang duba ditonjolkan oleh jejaka Subang Jaya ini berjaya, namun begitu, wajah beliau juga didapati chucky. Penampilan kemas dan lain dari yang lain terutama dari pemilihan warna.
Nora
Bak kata Aznil, konsert Prelude pada penggal ini bersifat Past Tense *mati la blog Past Tense. Dress merah berpotongan assymetrical berlapis chifon di bahagian lutut ke bawah, tidak dilupakan dengan jaket lace kecil tidak langsung membantu imej peserta ini. Mengapa tidak beliau menggayakan sesuatu yang lebih ringkas dan bertemakan 70an seperti lagunya?
Haziq
Penampilan berkarektor. Jaket nehru beserta pashmina di leher menampakkan kelainan. Ia menampakkan jatidiri Melayu serta amat membantu beliau membentuk persembahanyang bertenaga. Walaupun jelas tangan beliau menggigil ketika kamera membuat Close Up, pada hemat penulis, pakaian dipakai beliau membantu beliau mengatasi rasa gemuruh. Di sini, imej beliau sebagai penggemar irama Melayu jelas dan tara.
Diddy
Ketrampilan beliau dalam konsert Prelude ini agak selamat. Mungkin akan lebih dramatik jika beliau tidak memakai t-shirt dibawah kemeja merah jambu dari kain jens kasa itu, dan beberapa butang dibahagian dda dibiarkan terbuka. Kesesuaian warna pakaian beliau ini jelas menggambarkan mood lagu yang dipopularkan oleh Ibnor Riza.
Tahniah pada Diddy yang melangkah ke Akademi Fantasia 4 bermula esok.
Zila
Goyang Inul! Pilihan busana serba hitam dan ringkas. Seluar baldu membantu menampakkan goyang versi Zila! Satu sahaja komen penulis, elemen BLING pada talipinggang beliau akan lebih menarik jika dipakai pada paras pinggul. Efek visual yang tersahil dari gelekan Zila akan lebih menyerlah jika demikian. Tahniah!
Lotter
Seorang lagi peserta berkarektor. Pilihan padanan amat bersesuaian dengan lagu yang disampaikan. Tahniah.
Salima
Imej seorang gadis Muslim diterjemah oleh Salima dengan baik sekali. Ikatan tudung yang ringkas dan tidak serabut membantu pembinaan imej beliau malam ini. Warna padanan gadis Ipoh ini turut mencerminkan isi kandungan lagu Syurga Di Telapak Kaki Ibu. Solekan Salima pula didapati tidakkena dengan penampilan keseluruhan beliau. Seeloknya warna-warna yang lebih natural serta teknik Smokey eyes serta maskara tebal menjadi pilihan untuk beliau. Bukan pembayang mata keunguan yang langsung tidak membuatkan mata beliau kecil dan tidak berkuasa. Penulis mendapati hampir kesemua peserta wanita tidak dapat berkomunikasi dengan lirikanmata mereka kerana solekan mata mereka tidak diberi penekanan. Adalah penting bagi seorang penghibur berkominukasi dengan mata mereka dalam menyampaikan maksud lagu. Diharap pihak ASTRO dapat memberikan perhatian terhadap detailing sepeti ini.Tahniah Salima, si gadis berhijab PERTAMA ke Akademi Fantasia!
Keseluruhannya, penampilan peserta AF4 dalam konsert Prelude ini agak memuaskan. Namun, diharap pihak-pihak yang berwajib menata gaya pelajar-pelajar ini tidakbergantung kepada sponsor sahaja. Adalah lebih indah jika pakaian yang dikenakan kepada pelajar-pelajar ini mencerminkan mood, genre, konsep serta karektor sesebuah lagu.
Maka, mrasalah kita tunggu konsert pertama AF 4 yang akan datang! Ada rezeki, akan saya memberikan pandangan terhadap pakaian serta dandanan mereka.

Jazakallahu Khair
0 Comments:
Post a Comment
<< Home