NAMA... what is there in a NAME?
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh
Ada apa pada nama? Salahkan mencari nama? Salahkah menempa nama?
Bukankah bila nama ditempa dan dikenali ramai itu anugerah ALLAH?
Adakah mudah untuk mengekalkan nama pada taraf yang sama pada taraf yang ditempa? Adakah kita menggunakan peluang yang diberi ALLAH setelah dikenali dengan baik? Adakah kita BERSYUKUR akan nikmat ALLAH ini?
ATAU
Adakah lebih mudah jika tidak dikenali? Adakah hidup akan lebih bahagia jika tidak dikenali?
Penting sangatkah untuk dikenali? Apa OBJEKTIF seseorang untuk dikenali? Adakah ALLAH mengizinkan seseorang itu untuk dikenali? Adakah mereka yang tidak dikenali TIDAK BERHARGA? Adakah rezeki mereka yang tidak dikenali KURANG dari yang DIKENALI?
Apa ada pada nama?
Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.
ALLAH sahaja yang memberi.
Segala izin datang dariNYA.
Saya bahagia menjadi diri saya sendiri. Apa yang saya lakukan, atas kehendakNYA. Saya REDHA akan segala apa kekurangan yang ada, kerana saya tahu, ALLAH lebih mengetahui sesuatu yang tidak saya ketahui dan sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri saya. Saya sekadar menggunakan segala apa yang diberi ALLAH kepada saya untuk mencari keredhaanNYA.
Ya ALLAH Tuhanku yang satu.
Terima kasih atas segala nikmatMu.
Terima kasih atas segala ilmuMu.
Terima kasih atas segala apa yang Kau kurniakan kepadaku.
Ibu Bapaku, Keluargaku, Kerjaku, Kawan-kawanku, Roh ku, Kehidupanku.
Sesungguhnya siapalah aku disisiMU,
adakah tempat ku di syurgaMu atau di jahannam?
Ya ALLAH,
pimpinlah aku.
Tiada yang lain untukku memohon pertolongan.
Perkenankanlah.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home