Peha kanan dicubit, peha kiri turut terasa...
Maha Suci Allah, Pencipta Alam Raya, yang Berkuasa atas segala.
Perjalanan hidup saya yang ditentukan ALLAH ini saya terima dengan seadanya,dengan redha, dengan penuh kesyukuran, saya tidak mampu mengubah apa-apa, melainkan dengan usaha sendiri, itupun dengan kehendakNYA mengizinkan saya mengubah nasib saya sendiri.
Hijab yang mengelubung diri ini seakan terbuka sejak saya mendekatkan diri saya dengan kitabNYA, berseorangan berkhalwat didalam bilik, diatas katil, megadap Qiblat yang ditentukan untuk diri ini, membaca terjemahan Kitabullah. Linangan air mata mengiringi perjalanan saya membaca tiap kata-kata yang tersurat. Diri terus berserah kepadaNYA, sedar akan kerdilnya diri ini dan perasaan takut muncul dan terbit dihati terhadapNYA, Pencipta Jagat Raya. Orang selalu berpesan (alim ulama' etc) "takutkan Allah'...apakah perasaan takut secara literal yang dimaksudkan? Hanya setelah membaca dan dengan izin ALLAH saya dapat memahami apa yang ingin disampaikan sebagai pedoman hidup, barulah saya dapat mengetahui apa perasaan 'takut' itu...itu adalah pada tafsiran diri saya sendiri, tidak perlu saya menceritakannya disini, gusar gulana hati ini jika ada orang cop saya sebagai 'ustaz' (dah ada dah pun). Begitu mudah cucu cicit Adam A.S. memberi 'title' pada manusia lain.....Saya tetap dengan pendirian saya.
Berkenaan diri saya, yang saya anggap seorang yang 'artistic' dan 'creative'...saya pun tak tahu nak kata bagaimana, tetapi ini semua kurniaNYA. Istilah manusia mengatakan saya ini anak seni... dan tanggapan masyarakat terhadap orang-orang seperti saya seolah-olah menjijikan dan tidak perlu. Mengapa manusia mudah menjatuhkan hukum? Berkenaan seksualiti saya pula, hanya ALLAH yang mengetahui lebih DARI ANDA YANG MEMBACA blog ini. Please dont get offended ya? sebab itu adalah fakta yang sangat kukuh. Apa-apa sahaja yang 'unexplained' dalam dunia ini, ALLAH sahaja yang tahu 'explaination'nya, buat apa susah-susahkan diri, pening-pening kepala cuba untuk membuktikan sesuatu yang sudah pasti ALLAH adalah penentunya dan penciptanya?
Kembalilah kita kepada kepada Al Quran, sesungguhnya, terkandung pelbagai keistimewaan didalamnya. Berserah dan mohonlah perlindungan dari ALLAH agar bisikan syaitan yang direjam itu lenyap sama sekali bila membaca terjemahan kitab ALLAH mahupun membaca kitab ALLAH yang penuh mu'jizat itu di dalam bahasa yang asal, sepertimana diturunkan dari ALLAH kepada Jibrail dan kepada utusan terakhir, Rasulullah SAW. Apa gunanya akal fikiran yang diberi ALLAH jika tidak di gunakan secara maksimum, terutama dalam mencari Nur ALLAH dan keredhaanNYA, hanya ALLAH yang akan memberi Syafa'at di padang Masyar esok... bukan guru-guru, ustaz-ustaz dan manusia.
Apalah keistimewaan pada diri ini. Tiada apa yang istmewa, hanya ALLAH yang istimewa dan teragung. Segala puji bagiNYA dan RasulNYA.
Kepada saudara 'ELOK/BAIK', saya dan Leo bukan nak cari pasal, apa lagi berdebat atau membidas berkenaan hal ehwal yang berkaitan Ad Din, tetapi hanya sekadar ingin berkongsi rasa, namun saudara seolah-olah tidak dapat menerima langsung apa yang kami katakan atau ceritakan kepada saudara. Secara peribadi, hati saya masih tertanya kenapa diri ini masih teringatkan saudara dan kenapa dengan kehendakNYA dipertemukan. Sejak berkenalan dengan saudara, semakin saya sedar akan kepelbagaian pendapat dan point of view manusia tetntang hal Ad Din, dan memang kelihatan 'ketaksuban' serta 'kemabukan' terhadap ilmu yang diperolehi serta keegoan yang dtang dalam bentuk pakej yang lengkap. Semoga ALLAH membimbing kita dan menunjukkan kita ke jalanNYA, sepertimana dikehendakiNYA.
Rasa miang tangan dan siku, Kemuncup penuh kaki seluar; Orang kenyang jangan dijamu, Lauk yang sedap dikata tawar. (time kasih kat Asta untuk pantun ni)
BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
Bacalah dengan nama Rabbmu Yang menciptakan, (QS. 96:1)
Dia telah menciptakan manusia dengan segumpal darah. (QS. 96:2)
Bacalah, dan Rabbmulah Yang Paling Pemurah, (QS. 96:3)
Yang mengajar dengan perantaraan kalam . (QS. 96:4)
Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (QS. 96:5)
Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (QS. 96:6)
karena dia melihat dirinya serba cukup. (QS. 96:7)
Sesungguhnya hanya kepada Rabbmulah kembali. (QS. 96:8)
Bagaimana pendapatmu tentang orang yang melarang, (QS. 96:9)
seorang hamba ketika dia mengerjakan shalat (QS. 96:10)
bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu berada di atas kebenaran, (QS. 96:11)
atau dia menyuruh bertaqwa (kepada Allah) (QS. 96:12)
Bagaimana pendapatmu jika orang yang melarang itu mendustakan dan berpaling? (QS. 96:13)
Tidakkah dia mengetahui bahwa sesungguhnya Allah melihat segala perbuatannya? (QS. 96:14)
Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti niscaya Kami tarik ubun-ubunnya 1592, (QS. 96:15)
(yaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi durhaka. (QS. 96:16)
Maka biarkanlah dia memanggil golongannya , (QS. 96:17)
kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah (QS. 96:18)
sekali-kali jangan, janganlah kamu patuh kepadanya; dan sujudlah dan dekatkanlah (QS. 96:19)
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LA ILAHAILALLAH ALLAHUAKBAR
SUBHANALLAH AWNI WAHASBI
0 Comments:
Post a Comment
<< Home