Thursday, March 31, 2005

EMOTIONS

Subhanallah Walhamdulillah Wa La Ilahailallah Allahuakbar

Sesungguhnya, Allah itu amat Berkuasa, dan Maha Suci Allah yang menentukan segala-galanya. Hari ni emosi saya ibarat sedang bertriathlon... kejap ok, kejap ting tong, kejap sayu, kejap seronok... macam dalam satu perlumbaan yang menggunakan banyak tenaga... so semua emosi ini berbaur antara satu sama lain.

Pagi tadi, saya ditunjukkan gambar Cikgu Ahmad Omar, saya pernah bekerja dibawahnya ketika terlibat dengan Citrawarna 2 tahun lalu. Cikgu Ahmad Omar sekarang dalam keadaan tenat, kerana beliau diserang kanser tulang. Maha Suci Allah. Dari sesihat tubuh manusia, kini hanya tinggal tulang dan kulit. Perasaan sayu dan sebak menyelubungi diri ini kerana beliau dahulu sgt aktif dan celotehnya dalam loghat Terengganu, kini hanya menanti masa. Yang mampu untuk saya lakukan kini, hanya memohon pada yang Esa supaya beliau tenang, redha dengan apa ketentuanNya dan apa keputusanNya.

Hari ini juga, saya telah menguruskan persembahan untuk 9 April ini, terlalu banyak masalah orang lain yang perlu saya selesaikan. Alhamdulillah, hampir selesai kerja-kerja itu, namun, keadaan emosi yang tak terkawal inilah yang mendorong saya menyelesaikan masalah. Masalah ke? Allah sahaja yang Mengetahui.

HAti saya juga semakin kuat bertanya-tanya berkenaan beberapa perkara yang bersangkut paut dengan perasaan sesama manusia. Sukar untuk dikatakan, apa lagi di paparkan dalam tulisan. Saya jadi keliru, lara namun Alhamdulillah, tetap ingatkan yang Satu, Kekasih hati saya. Ya Allah, terima kasih kerana memberi kurnia rasa emosi pada diri ini Ya Allah. Tak tahu bagaimana lagi hendak aku memanjatkan rasa ini kepada Mu. Difikirkan kembali, emosi saya 'terangkat' setelah Leo mengepaste kan potongan dari shout box blog ini...dari Death Starla. Segala pujian yang diberi hanyalah untuk Allah, saya tak berhak dipuji, hanya Allah yang layak dan harus dipuji.

DEBU....satu kumpulan nasyid dari Indonesia, di mana mereka mendendangkan puji puji bagi Allah, menyerahkan diri pada Allah. Lagu2 yang saya letak kat blog ni semuanya dari album pertama DEBU. Lagu DEBU juga banyak menggambarkan perasaan saya.

Subhanallah Awni Wahasbi
Maha Suci Allah, Penolongku, memadai bagi ku.
Sebenarnya, update saya kali ini seakan tergantung dan bukan saya, hanya Allah yang Mengetahui lebih dari saya.