Re: Fw: Imam Wanita... <>
Assalamualaikum warrahmatullah, segala pujian bagi Allah SWT yang menguasai kerajaan langit dan bumi, yang menduduki Arasy yang tertinggi.
Cuba kita lihat setiap konteks pembidasan oleh mereka-mereka yang menggelar diri mereka beriman/alim ulama'/pakar agama etc, bagaimana mereka mengatasi masalah ini.
Di sini kita dapat lihat siapa yang menentukan hukum hakam Allah SWT. Cara penyampaian judgement mereka itu seolah-olah mereka yang boleh menentukan hukum hakam itu.
Dalam pemerhatian saya, tiada percanggahan dalam apa yang telah berlaku, cuma percanggahannya ialah, di mana letaknya hukum hakam Allah itu sedangkan mereka meletakannya pada diri mereka sendiri. Siapalah kita, hamba Allah harus menghukum hambaNya yang lain, yang sujud taat padaNya sedangkan kita sendiri tidak dapat menilai apa yang Allah akan hisabkan pada kita akhirat kelak. Ia kelihatan lebih kepada "tradition" daripada "Great Tradition". Dalam konteks ini, saya maksudkan dengan hujah-hujah mereka lebih berdasarkan budaya turun temurun bukan daripada apa yang difirmankan oleh Allah SWT.
My point is, kita solat sebenarnya untuk apa? Kita solat adalah untuk sujud dan melahirkan rasa syukur terhadap kurniaNya kepada kita setiap waktu dan mengEsakanNya bukan atas dasar siapa yang mengimamkannya (solat itu). Adakah kita solat kerana mengikut imam dihadapan atau hukum hakam yang dimaksudkan oleh manusia sendiri? contohnya, seorang bapa memaksa anaknya untuk bersolat, lalu anaknya bersolat kerana takut dipukul oleh bapanya, maka, solat itu untuk apa? Fikirkanlah......
Al Quranul Kareem dan Hadis
Ramai yang tidak memahaminya. Mereka hanya tahu mengikut Hadis, sedangkan Al Quran diketepikan. Hadis sering dijadikan asas tanpa pengolahan (tafsir/halusi/penerangan/analisis)setiap kali Hadis-hadis digunapakai dan Al Quran pula ditafsiri/dihalusi/diterangkan/dianalisa ayat-ayatnya itu kembali sedangkan apakah hak dan kuasa kita untuk berbuat demikian terhadap ayat2 dari kitab Allah. Hasilnya, banyak terjadi percanggahan pendapat sehingga memecah belahkan umat Islam sendiri......
Jika kita memahami konsep Islam sebenar, segala apa yang kita lakukan dan perlakukan sebenarnya menunaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. Maka, kita perlu mengetahui apa itu ibadah dan ibadat, hanya untukNya. Bukan kerana kita diimamkan oleh sesiapa. Renungilah kata2 ini....
antara Terjemahan & Tafsiran kitab Al-Quran...
aku naik saksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan sesungguhnya nabi Muhammad itu rasul Allah
catatan ini tiada kena mengena dengan sesiapa sama ada masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia, ia berdasarkan lintasan fikiran yang telah dianugerahkan Allah s.w.t kepada kita untuk berfikir menggunakan akal fikiran atas kurniaanNYA. Ini bukan sekadar pendapat tetapi hakikat yang perlu kita semua fikirkan menggunakan akal fikiran sendiri, bersyukurlah atas akal fikiran yang telah dikurniakan kepada kita dengan memikirkan setiap yang difirmankan kepada nabi Muhammad s.a.w bagi petunjuk kepada umat manusia. Berfikirlah sendiri atas kesyukuran yang telah dianugerahkan…
Terjemahan & Tafsiran kitab Al-Quran…
Terjemahan kitab Al-Quran diterjemahkan dari bahasa Arab kepada bahasa Melayu mahupun bahasa lain seperti kitab-kitab, buku-buku dll. dalam bahasa asing kemudian diterjemahkan kedalam bahasa Melayu oleh mereka-mereka yang mahir dan berpengetahuan dalam bahasa tertentu…
Tafsiran kitab Al-Quran ditafsirkan oleh manusia terdahulu yang telah memahami terjemahannya mahupun yang telah dipelajari oleh umat manusia diperingkat tertinggi, maka mereka mentafsir atau lebih senang difahami, mereka menerangkan atau mengulas atau menceritakan lebih lanjut atau mendalami ayat-ayat kitab Al-Quran…
Kesimpulannya Pertama…
Telah penulis baca terjemahan, setakat ini penulis memiliki dua kitab Al-Quran terjemahan, maka terdapat dua orang penterjemah & pentafsiran berasingan…
Kedua-duanya menterjemah ayat Al-Quran, maka penterjemahannya tiada bezanya cuma mengunakan ayat atau perkataan yang sering digunakan, maksudnya seakan-akan atau sama apabila difahami…
Kedua-duanya juga mentafsir atau lebih dikenali sebagai penerangan ayat atau keterangan ayat yang dicatatkan dibawah pada sesetengah muka surat kitab Al-Quran yang telah diterjemahkan mahupun diletakan didalam ayat terjemahan yang berada didalam kurungan seperti ini (kurungan), antara kedua-dua ini terdapat beberapa perbezaan tafsiran…
Kesimpulan Kedua…
Terima kasih atas terjemahan yang telah dibuat, kepada para penterjemah, semoga Allah merahmati kamu, Amin! Kerana kamu dan dengan izin Allah s.w.t., kami dapat memahami ayat-ayat yang difirmankan kepada Nabi Muhammad s.a.w sebagai petunjuk kepada umat manusia seperti kami…
Kenyataannya… tidak perlu rasanya para perterjemah mentafsir atau mengulas atau menerangkan ayat-ayat Allah s.w.t. cukup sekadar menterjemah sahaja. Boleh dikatakan, mentafsir atau menerangkan atau mengulas atau menceritakan ayat-ayat Allah s.w.t itu tidak dapat diterima oleh akal fikiran kerana, Quran, Injil, Zabur dan Taurat telah diketahui oleh kita semua bahawa Allah s.w.t telah firmankan kepada para nabi/rasul untuk dijadikan petunjuk kepada umat manusia, maka ia bukan sebarang kitab atau buku yang ditulis mengikut pemikiran penulisan itu sendiri, ia adalah kitab Allah s.w.t. yang hanya boleh diterjemah, bukan mentafsir dengan memberi keterangan ayat mengikut kitab lain selain empat kitab yang telah dinyatakan tadi, atau mengikut umat manusia sebelum kita, atau mengikut hadis, atau mengikut mazhab, atau mengikut alim ulama ataupun mengunakan akal fikiran sendiri untuk difahami oleh para pembaca kitab terjemahan.
Pemerhatian… Hadis dan Mazhab mempunyai kitab-kitab tersendiri yang ditulis oleh sahabat-sahabat nabi dan para penyebar agama islam suatu ketika dulu mahupun penyebar masa kini sekiranya masih ujud, terdapat banyak kitab-kitab dan buku-buku yang dihasilkan oleh umat manusia sebelum kita, alim ulama serta yang telah membaca terjemahan kemudian membuat tafsiran, mereka semua umat manusia seperti kita yang tidak mendapat sebarang kemuliaan seperti para Nabi dan Rasul. Ianya tiada kesahihan yang dapat dibuktikan melainkan mendapat persetujuan dari jabatan atau orang tertentu, maka ianya diguna pakai selepas dipersetujui mereka atau umat manusia yang menerimanya…
Kesimpulan Ketiga…
Terjemahan & Tafsiran kitab Al-Quran perlu diasingkan sama ada pengasingan dari bacaan oleh para pembaca atau pengasingan antara kitab suci Allah s.w.t. itu, hanya Terjemahan sahaja dan Tafsiran diujudkan berasingan supaya dijadikan kitab lain atau sekadar buku atau bahan rujukan. Ini mengikut penerimaan para pembaca itu sendiri sama ada ingin meneruskan pembacaannya kepada kitab atau rujukan lain…
Padangan… kitab-kitab yang diturunkan Allah s.w.t. bukan kitab-kitab atau buku-buku sebarangan, kitab Allah s.w.t. adalah kitab suci, suci dari segalanya, segalanya telah dinyatakan pada setiap ayat-ayat yang difirmankanNYA, tidak perlu dikurangkan atau ditambahkan atau ditafsirkan atau diterangkan atau dinyatakan kerana segalanya telah dinyatakan olehNYA. Atas kesyukuran kita kepadaNYA perlulah kita membaca terjemahan dan memikirkan mengunakan akal fikiran yang telah dianugerahkan kepada kita semua, tidak perlu untuk kita kongsi fikiran orang lain untuk memahami kitab-kitabNYA kerna, ibadah itu telah dinyatakan olehNYA disetiap kitab yang diturunkanNYA, maka ibadah juga tidak dapat dikongsikan bersama, tiada sebarang mala petaka yang diterima sekiranya kita cuba memahami ayat-ayatNYA seperti yang dinyatakan oleh sesetengah umat manusia bahawa sesiapa cuba memahami kitab Al-Quran boleh mendatangkan ketidak warasan fikiran tanpa penerangan ayat mahupun berguru. Allah s.w.t. meliputi keseluruhan MAHA, maka Allah s.w.t. maha berkuasa atas segalanya, Allah s.w.t. maha mengetahui setiap hambanya. Insyallah, Allah s.w.t. tidak menginaya habanya melainkan mereka menginaya diri mereka sendiri. Sekiranya cuba untuk memahami ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan sebagai petunjuk umat manusia, maka cuba untuk memahami terjemahan ayat-ayatNYA, Insyallah mendapat perlindungan dan rahmat dariNYA dengan mengunakan akal fikiran untuk memikirkannya, Insyallah…
Kesimpulan Keempat…
Jangan berlebihan dan Jangan berkurangan dalam apa jua yang dikerjakan, bersederhanalah dalam apa jua yang dilakukan…
Bacalah terjemahan kitab Al-Quran sahaja, fahamilah isi kandungannya mengunakan akal fikiran sendiri untuk memahami sebagai kesyukuran kita kepada yang ESA Allah.s.w.t. KepadaNYA kita dijadikan dan KepadaNYA jugalah kita dikembalikan. Usah mencari ilmu tinggi menggunung atau seluas lautan sekiranya masih tidak lagi cuba membaca terjemahan Al-Quran untuk memahaminya. Al-Quran petunjuk kepada umat manusia atas muka bumi ini, maka panjangkan kesyukuran dengan membaca terjemahan dan memahami mengikut akal fikiran yang dikurniakan kepada kita. Usah mempedulikan kata-kata sesiapa kerana kita kepunyaanNYA dan tiada sesiapa atas muka bumi ini termasuk makhluk ciptaanNYA selain manusia yang dapat menentukan islam dan kafir, ibadat dan ibadah, dosa dan pahala, neraka dan syurga melainkan sehingga hari khiamat dan dibangkitkan semula. Hanya ALLAH s.w.t maha mengetahui segala-galanya…
Pemberitahuan… tidak perlu nyatakan disini potongan ayat yang telah diterjemahkan sebagai dorongan atau menerima catatan ini, cukup sekadar catatan ini untuk difikirkan sendiri sebagai mengetahui sedikit sebanyak apa yang berlaku pada diri penulis. Inilah salah satu sebab yang pernah dinyatakan oleh penulis blog ini, kepelikan pada diri pada posting sebelumnya. Harapan agar, usah dijadikan ini sebagai pegangan atau sandaran atau ikutan atau kemuliaan kepada diri penulis, agaplah ianya sebagai sekadar pengetahuan pada diri penulis, penulis sekadar insan dan umat manusia biasa yang diciptakanNYA serta penulis bersyukur atas segalan-galanya yang telah dikurniakan… Syukur Alhamdullilah!
Kesimpulan Kelima…
ALLAH MAHA BESAR!!!
kuza@teliti.com wrote:
Imamkan solat Jumaat: Dr Amina berpandukan akal semata-mata
19 Mac -Sembahyang yang diimamkan oleh wanita yang makmumnya terdiri
daripada lelaki dan wanita adalah tidak sah.
Bekas Imam Besar Masjid Negara Ustaz Taib Azamudden Mohd Taib berkata,
begitu juga apabila wanita menjadi imam dan membaca khutbah dalam solat
Jumaat, maka sembahyang pada hari itu tidak menjadi sembahyang Jumaat.
Jelasnya, perempuan tidak wajib berjemaah malah tidak dituntut mengerjakan
solat Jumaat, dan apabila perkara tidak diwajibkan maka ia adalah satu
kelonggaran yang diberikan agama Islam kepada umatnya.
Menurut Ustaz Taib, dalam hukum fiqh wanita Islam tidak boleh menjadi imam
solat kecuali jika ia dimakmumkan oleh wanita sahaja.
"Kalau di dalam jemaah itu ada lelaki maka lelaki itu harus menjadi imam,"
Katanya, misalnya di luar negara umat islam adalah golongan minoriti mereka
dibolehkan menunaikan solat Jumaat tetapi ia wajib diimamkan dan
dikhutbahkan oleh kaum lelaki dengan syarat dalam jemaah itu ada kaum
lelaki.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan yang mengatakan seorang
professor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University mengimamkan
dan menyampaikan khutbah solat Jumaat di New York semalam.
Sementara itu, Yang Di-Pertua Persatuan Ulama Malaysia, Ustaz Salleh Ahmad
berkata, professor itu tidak ada asas ajaran Islam dan tidak faham ilmu
fiqah, beliau hanya berpandukan akal semata-mata dan tidak berpijak kepada
wahyu.
Jelasnya, wanita tidak wajib berjemaah begitu juga dalam mazhab-mazhab lain
dan wanita tidak dibenarkan mengimami jemaah yang terdapat kaum lelaki.
"Apa yang dibuat oleh Dr Amina itu tidak munasabah langsung, Dr Amina hanya
melihat kepada Islam liberal dan pandangan yang berasaskan akal
semata-mata," katanya.
************************
Wanita Muslim Amerika pimpin sholat Jumat
Wanita dan pria ditempatkan terpisah dalam sembahyang Jumat
Seorang profesor di Amerika Serikat diperkirakan menjadi wanita Muslim
pertama yang memimpin sholat Jumat pria dan wanita.
Lebih dari 100 pria dan wanita menghadiri sholat dan khutbah yang diberikan
Amina Wadud, profesor Studi Islam di Virginia Commonwealth University.
Lokasi sholat dipindahkan ke sebuah gedung Gereja Anglikan di New York
setelah beberapa mesjid menolak menjadi tempat sholat Jumat mereka.
Kegiatan itu dikritik sejumlah pemimpin Muslim yang mengatakan bertentangan
dengan ajaran Islam.
"Masalah kesetaraan gender sangat penting dalam Islam. Dan umat Islam
sayangnya menggunakan penafsiran terbatas terhadap sejarah sehingga menjadi
mundur," kata Wadud sebelum sholat dimulai.
"Dengan sembahyang ini kita bergerak maju. Tindakan tunggal ini simbolisme
mengenai kemungkinan dalam Islam," lanjutnya.
Mereka yang hadir dalam sembahyang Jumat mengatakan saat berlangsung sholat
pria dan wanita terpisah.
Beberapa mesjid menolak menjadi tempat sholat Jumat yang dipimpin Amina
Wadud
Sebagian besar wanita mengenakan jilbab dan jubah.
Sekitar 15 pengunjuk rasa berkumpul di luar Synod House, Katedral St John
the Divine, dimana sholat berlangsung.
Salah satu poster yang dibawa mereka menyerukan agar Allah menjatuhkan
kutukan terhadap penyelenggaranya.
Wartawan BBC untuk Timur Tengah menyatakan, kontroversi itu mejadikan Wadud
mendapatkan liputan luas jaringan televisi Arab.
'Kelas dua'
Sembahyang Jumat itu diselenggarakan sekelompok pegiat, wartawan dan pakar
yang berharap untuk mendorong pembahasan mengenai tradisi yang sudah
berabad-abad memisahkan tempat sholat pria dan wanita dan menempatkan imam
hanya untuk pria.
Salah seorang penyelenggara, Asra Q Nomani, mengatakan mereka akan
menantang status wanita "kelas dua" dalam kehidupan ruhani Muslim.
Namun, sheih Mesjid Al Azhar Kairo yang menjadi salah satu lembaga utama
Islam, mengatakan Islam tidak mengijinkan wanita berkhutbah untuk pria.
"Ketika dia memimpin sholat, adalah tidak pantas bagi mereka melihat tubuh
wanita di depannya," ujar Sayed Tantawi dalam kolom surat kabar
Mesir,Al-Ahram.
***********************
Imam wanita hina Islam
Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Usaha segelintir umat Islam di New York menganjurkan solat
Jumaat diketuai imam wanita disifatkan sebagai tindakan melampau dan
menghina Islam.
Pensyarah Jabatan Usuluddin dan Falsafah Fakulti Pengajian Islam Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Mohammed Yusoff Hussein, berkata
perbuatan itu tak sepatutnya berlaku kerana ajaran Islam melarang umatnya
berbuat demikian.
Katanya, sungguh menyedihkan apabila umat Islam cuba menidakkan hukum
ditetapkan Islam apabila melakukan perbuatan yang jelas haram.
“Wanita tidak boleh menjadi imam kepada lelaki, melainkan wanita itu
mengimamkan wanita lain.
“Hukum itu termaktub dan apabila ada segelintir umat Islam berbuat
demikian, mereka seolah-olah menghina Islam,� katanya.
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu berkata demikian sebagai mengulas
tindakan pengarang dan bekas wartawan Wall Street Journal, Asra Q Nomani,
menganjurkan solat Jumaat khas diimamkan seorang wanita iaitu Profesor
Pengajian Islam Universiti Komanwel Virginia, Amina Wadud.
Usaha itu disokong ketua kumpulan Muslim Wake Up!, Ahmed Nassef yang
mendabik dada mengatakan tiada siapa berani melakukan perbuatan seperti
itu.
Solat Jumaat itu bertujuan menarik perhatian terhadap â€کstatus kelas kedua’
wanita dalam kehidupan kerohanian dan umum masyarakat Islam.
Mohammed Yusoff berkata, perjuangan memartabatkan status wanita sepatutnya
tidak dilakukan dengan cara sedemikian, sebaliknya perlu dilakukan
berlandaskan ajaran Islam.
Katanya, dikhuatiri mereka yang melakukan perbuatan itu dipengaruhi pihak
tertentu yang ingin menghancurkan Islam.
“Tidak dinafikan di sesetengah negara, hak wanita dinafikan. Namun, untuk
memperbetulkan keadaan seperti itu bukan melalui perbuatan yang karut dan
tidak mendatangkan hasil.
“Banyak lagi usaha lebih berkesan boleh digunakan. Sebagai contoh, di
negara kita, wanita mampu mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang
tanpa berbuat perkara seperti dilakukan mereka,� katanya.
Pemimpin Islam seluruh dunia, termasuk pemimpin masyarakat Islam Amerika,
Sheikh Universiti Al-Azhar di Kaherah Mesir, Sheikh Sayed Tantawi dan
Menteri Hal Ehwal Agama Jordan, Abdul Aziz al-Khayyat menentang usaha Asra.
*************************
Al-Qaradawi kecam profesor wanita imam solat Jumaat
DOHA: Ulama Sunnah berpengaruh, Sheikh Yussef al-Qaradawi, mengecam
tindakan seorang profesor wanita menjadi imam solat Jumaat di New York
dengan berkata Islam melarang wanita mengimamkan solat kecuali kepada
jemaah wanita saja.
Semua sekolah agama â€کbersetuju wanita tidak boleh mengimamkan lelaki dalam
solat, kata Qaradawi, dalam fatwa yang disiarkan akhbar tempatan.
Bagaimanapun, wanita dibenarkan mengimamkan solat yang hanya dihadiri
golongan itu saja seperti yang tercatat dalam hadis, kata ulama kelahiran
Mesir itu.
“Harapan kami ialah wanita Islam yang ghairah dengan hak wanita akan
menghidupkan semula amalan wanita menjadi imam jemaah wanita dalam solat
berbanding menjadi imam kepada jemaah lelaki.
“Solat dalam Islam memerlukan bangun, duduk dan melutut. Ia tidak sesuai
untuk wanita melakukan pergerakan itu dengan kehadiran lelaki apabila
bersolat itu sendiri menghendaki keamanan fikiran dan tumpuan kepada
komunikasi dengan Allah,� katanya.
Qaradawi, anggota terkemuka pergerakan Ikhwanul Muslimim dikenali dengan
sokongannya terhadap pengebom berani mati pejuang Palestin dan diharamkan
mengunjungi Amerika Syarikat sejak tahun 1999.
Kira-kira 150 jemaah, kebanyakannya wanita, menghadiri solat Jumaat yang
diimamkan oleh Amina Wadud, profesor pengajian Islam di Universiti Komanwel
Virginia.
Wadud meneruskan tindakan mengimamkan solat walaupun ditegah ulama dan
menerima ancaman maut.
Solat itu diadakan di Synod House di Gereja Besar Episcopal St John di
Manhattan.
Tiga masjid tempatan enggan menerima Wadud sebagai imam dan rancangan
mengadakan solat Jumaat di galeri seni terpaksa dibatalkan berikutan
ancaman bom. – AFP
0 Comments:
Post a Comment
<< Home