Tuesday, April 05, 2005

Puji dan Syukur....

Segala Puji Bagi Yang Maha Mengasihani dan Maha Penyayang.

Alhamdulillah, hari ini telah selamat saya turunkan kerja-kerja yang membelenggu fikiran saya selama beberapa minggu berkenaan Kongres Warisan Melayu kepada pelajar-pelajar pengurusan semester 04, dan saya amat bersyukur kerana mereka menerima dan menjalankan tugas seperti mana yang dihajati. Alhamdulillah. Persembahan ini akan berlangsung pada 9 April ini di Padang Kawad UiTM bermula jam 845 malam selepas Azan Isya', Insya ALLAH.

Dua hari lepas saya telah menerima forwarded sms dari Leo, ia berbunyi:

" Akum..I met IMAN, TAQWA, PATIENCE, PEACE, JOY, LOVE & WEALTH today. They need a permanent place to stay, I gave them your address. Hope they arrived safely"

Saya terpesona dengan sms itu, so saya forwardkan kepada ramai orang....dan bermacam feedback saya perolehi. Yang paling menyentuh saya ialah dari seorang teman sekerja saya, dia terlalu terharu menerima sms itu daripada saya, dan ada juga yang meminta saya memberikan keterangan mengenai sms ini. Well, ia adalah doa saya yang ikhlas untuk semua insan yang saya kenali dan kasihi, semoga dikurniakan ALLAH dengan Iman, Taqwa, Kesabaran, Ketenangan, Kebahagiaan, Kasih-Sayang dan Di Murahkan Rezeki. Insya ALLAH.

Apa-apa sekalipun, sangat besar kuasaNya kepada kita, apa yang boleh kita lakukan untuk membalas jasaNya kepada kita, atas kurniaNya kepada kita? Fikirkan...

Just want to share this with you fellow readers

Bismillahirrahmanirrahim

1. Katakanlah: " Dialah Allah Yang Maha Esa
2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadanya segala sesuatu
3. Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan
4. dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia "

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILA HAILALLAH ALLAHUAKBAR