Tuesday, September 30, 2008

Eid Greetings :)




Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar


La illahailallah huwallah hu akbar

Allahuakbar walillahilhamd'


Jendela ku buka seluasnya
Syawal meresap masuk ke sepelosok ruang yang ada
Mendayu-dayu puji-pujian bagi yang Hak
Segala pujian hanya untukNYA

Ramadan pun belalu
Membawa pergi seribu kenangan yang indah
Yang tidak mungkin akan berulang
Maklumlah, Demi masa, manusia itu selalu dalam kerugian


Semoga dapatlah bertemu Ramadan hadapan
Semoga diizinkan, dimakbulkan segala doa serta harapan

Sempena menyambut Syawal kali ini
Diri yang penuh khilaf ini
Memohon ampun, dan maaf
Diri ini turut memaafkan

Semoga kita semua dalam peliharaanNYA.

Jazakallahu Khair




Image hosted by Photobucket.com

Labels:

Monday, September 29, 2008

29 Ramadan



Dah 29 Ramadan.

This year hujung Ramadan paling best so far. Esp bila my 2nd eldest bro dtg dr Melaka dgn askar2 dia. Riuh rumah my mum. My dad n mum look so happy - walaupun I know diorang tak larat.

God Is Great. Ini la nikmat Ramadan yang I never before experienced, especially hari ni, I rasa la, 1st time jemaah subuh kat umah mak.

So, bagaimana pencapaian kita Ramadan kali ni. Walaupun buku akaun tu ALLAH je yang mengetahui, harap2 o la markahnye dan boleh maintain till next Ramadan.

Fasting is not just to refrain from eating during day time, tapi macam2 lagi. Orang kata pembersih jiwa - I say yes. Very subjective actually.

Ramadan is also about sharing and caring and loving and paling utama, bersyukur kepadaNYA. Dalam Quran banyak sekali mention about manusia itu sering tidak bersyukur. As for me, Ramadan is the best time to mula reflect diri sendiri dan bersyukur atas segala nikmat - besau, sedang mahupun yang kecik nikmat yang ALLAH kurnia pada kita. ALLAHUAKBAR. SUBHANALLAH.

So, dah 29 hari. Walaupun ade sehari lagi atau punlast day hari ni of Ramadan, its ok to be excited for Eid *esp utk mereka yang betul2 appreciate Ramadan dan practicenye* tapi marila kita belajar kontrol diri. Moderation *sini I nak remind myself jugak - adekala i overshoot gak 'moderation' i. hehe* is the key.

So, selamat menjalani hari ke 29 Ramadan 1429.

Jazakallahu Khair




Image hosted by Photobucket.com

Thursday, September 18, 2008

MEME'd by Shikin :) - aiyoh...

And so, a few days ago *make that 2 weeks?* I was meme'd by Shikin. Huhu. Kene TAG la kan? so apekah assignment mEmE kali ini??

*this tag require u to choose 10 most gorgeous picture u have in ur life*

aiyooo... 10 ?? MANA CUKUP!! ai memang JORJES ye.. so Shikin, entry ni I dedicate specially 4 u :)

Ha LKY, i know u have a lot on your plate at the moment, so adakah kali ini i telah kedepan sedikit dalam MEME ini? hehe.

Maka ambo nok royat ambo nok cito baghi atah dighi ambo ni kisoh gamba gamba paling jorjes buat dighi ambo... SAAAAAAA!!!

Kenangan dalam ketapi dr Venice ke mana ek? tahengat la pulok.. sebolah ai tu Jess @ Cheryl *bukan Samad* KB dari zaman MIRC. dengaq citer HAJJAH KECIK la ni.. huuuu.. hang p umrah tak habaq noh.....
Ni kat Tour Eiffel. Waktu malammelihat sekitar bandar PARIS.
Pose2 muncung kat Amsterdam, kat umah kawan kami, Amy.
Batu Keraih Amsterdam
Ngeeeee... Ni masa opening Edinburgh Festival tahun 2004. Past Tense sangat. Ini la sebonanye Jorjes Pic Of Me Nombor 1. hiks. Kenapa I rase I jorjes dalam gambaq ni? hurm, sebab I pakai kaler Orange dan membawa beg GAP. Beg yang telah disariap dari kereta I beberapa bulan lepas tu.

Ayoooolah awe wei.

Gambo ambo hok ni pulok masa ambo buak mekap utk show Tristan and Mr Poppins masa Edinburgh Fringe Festival. Kenangan sangak untuk ambo sebab ambo dapak keje denge ore ore ye sangat profesional. Idea ambo diterima pakai dan ambo suke dengan hasil yang ambo zahirke untuk produksi ni.
Haa, maso past tense jugok. Ni masa tunggu show bungo api Edinburgh Castle. Acaro kemuncok Edinburgh Festival. Masa ni ambo nok kelik Mesia doh.
Haa, ni potret ambo Jorjes No 2. Maso ni Raya Haji, dan maso ni ambo BENTAT tahap tattau tahap gapo dah. Tapi ambo seronok dapak pakai Baju Melayu dan Solat Eid kat King Fahd Mosque.
Ni Jorjes no 3. Masa ni ambo dekak Covent Garden. Tempat favurit ambo di London. Gapo? sebab Covent Garden adalah centre of performance arts dan disitu la terletoknyo segalo mak nenek West End theatre yang tersohor tu. Ni ambo pose2 depan panggung yang ado show Le Miserables. Ambo tak gi nengok show ni, tapi seingat ambo, esoknye tu ambo gi tengok BOMBAY DREAMS. meletup!
Ha.. gamba ni Jorjes 3.5 (bleyyy?) ni feeling feeling musim luruh. MAsa tunggu bas nak ke town. Masa ni baru tibo di Edinburgh, dale sebule duo awal2. ni jugok penah kua Salam Perantauan.. hehe.

Yoo lah. Mako gamba ini pula di dapur asrama kawan ambo. Ni salah satu hobi ambo, iaitu memasok.
Ini gambo kenange ambo semelum kelikke KL. Depe SPECTRUM, di Leith, Edinburgh. Umah ambo sini la last. Banyok kenange deh!!
Gambo ni paling jojes untuk ambo. Sebab gamba ni gambo ambo denge mok ambo. :) ini Gambo JOJES ke 4.

Ni acara selinge. Ni gambo ambo menari untuk Opening Gambit KL FASHION WEEK 2003 di PWTC. MAle tu ambo kongsi pentas denge Tok Ti. :D

Ni pulok gambo ambo2 mulo2 kelik KL de mulo betugah.

Ni sambute Aidilfitri pertamo ambo lepah kelik dari UK. Mu peghase dok sapo belah kiri ambo tu? hooo.. teko siapo? siapo teko betu, ambo bagi preseng, mau dok?? Ni semua ni studeng2 ambo, cikgu tetap OBER!



Ni pulok kenange masa Warisan 2005. Kami menari Asli Abadi. Saye sekali, perancangan de jemputan ke Festival Siak Bermadah 2008 tidok diluluhke oleh pihak2 tertentu, jadi kami nganga je dulu. mampan dok mekap ambo? HAHA

Haaa.. ari krismah 2004 ka 2005, ambo tokleh recall. Ni JORJES no 5. hehe. Gambo ni masa gi make make di Curve denge kawe ambo, Che We, dia guru MRSM Langkawi, kawe baik ambo di Edinburgh dulu.
Haaa.. gamba ni fotoshoot sendiri utk buku progreng WARISAN 2005.

Dua gamba ni JORJES no 6. Haa... ni pukul gamba ni maso bar pindoh ke Puncak. Zame ni ambo simpe ghambuk lagei. Eih, apo dekak telingo ambo atah tu? hiks~


Ini pulok denge Blogger terkenal. ni 2006 tak silap ambo. tempat dan acara dirahsioke.

Ni Gama Jojes no 7. Berani mati dok? Ini gambo ni pukul untuk RAM. Zame ambo simpe rambut panje. Kunun elok la.. haha.. RIMAS!
Jojes no LAPE. Pukul gambo untuk produksi mano pun ambo tok ingat doh. Tapi ambo meme suko gamba ni.

Ni lagi salah satu passion ambo. Mekap oghe. Ni mekapke anok mughid ambo nok menikoh. Dah beghapo anak lening pung tidok la aku tahu.
Kenange samo Adi, anok mghid ambo. Ni maso Muzikal Pi Mai Pi Mai Tang Tu di IB tahun 2006.Kenange samo Kak Dibah. Maso ni gi Carma denge budak2 Cok Cok Kendong Ensemble kat PJ HILTON.



Gambo ni masa tengoh recce untuk filem Waye. Nantike kehadirannyo di panggung bule 11 ni.


Kenange samo studeng ambo, Kak Wan lepah majlis konvo dia. Ini zaman2 hujung rambut panjang... hehhehehe


Ambo denge Mas Muharni, jugok bekas studeng ambo. Dia tercalon untuk Pelakon Harapan Wanita PFM 21 tahun ni.

Imej ni ambo mulo tahung lepah. Ringan dok rimah.



Eksperimentasi solekan untuk karektor JENTAYU.
Ni masa shooting PSA bule limo ari tu.

Ini pulok masa di rumah ODA, tengok shooting Rona Pesona.


Hat ni gambaq TERJORJES tangga ke 10 ! LOL. ambo pung sik tau napa ambo suke gilak pada gambao ni.


Kesimpulannya.

Bagi dighi ambo, 10 gambo paling jojes dale idop ambo selamo 32 tahung das nok gib mi jasteh *figure that out* Sebab gapo? sepanjang 32 tahung umo ambo yang ALLAH beri ni, ambo weng tru mace mace suko duko pahik manih. Ambo bersyukur sangat dapak kongsi denge mu oghe semuo serba sedikit memori ambo. Ambo ni buke le jenih masuk baku akak sediri *ado jugok sikit - sikit jah* haha. Tapi ambo melihat perkembangan diri ambo, ambo ade terbit ghaso insaf, ghaso kecil, ghaso rendoh diri padaNYA sebab DIA beghikat ambo mace-mace nikmat dale kehidupe ambo. Ambo dok tahu mace mano nak berike terimo kasih ambo padaNYA.

Shikin, ok kah???

So disini saye nak tag beberapa owrangs (plural ye)

  • Saat yang coba berhenti meroks
  • Isis Natasha ratu Heels
  • DBI tuan tabib
  • Rush Murad sang pengembara
  • Y! si penggerak mesin jahit
  • dan sesapa lagi yang terhengen nak buat entry ni *ade ke?*

Jazakallahu Khair
Image hosted by Photobucket.com

Labels: , , , ,

Sunday, September 07, 2008

Berbuke @ Laman MBSA. hmm...



Me berbuka kat luar? haha. Ekceli kirekan macam nak kurengkan, banyak la sebab musababnye. Salah satu, I nak spend time dgn my parents, I kan bongsu, so pepaham la, lagi pun depa dah in their 70's. Syukur kehadratNYA they are still around this Ramadan.

Pagi ni my fren ade pass kat i poster kecik bawah ni, hmm.. menurut beliau, makanannye fantastic. Wallahualam, tapi coming from him yang sangat picky about food, well, it should be good. Maybe I should try it out jugek kot?

So to right brainers berbuka commitee, kalau korang directed to my blog dari thread FB, so korang diskas2 la, yang penting, we can do our duties to HIM and get together bersama2.


So, ini cadangan aje... its up to you guys. Sambil berbuka, dapat gak ber'charity'. hehe

p.s: Shikin, nanti meme awak tu akan dibuat pretty soon.. i tgh usha my most JORJOS photos.. hiks~

Jazakallahu Khair


Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,

Friday, September 05, 2008

Ahlan Ya Ramadan Kareem

Assalamualaikum

Bulan mulia tiba lagi
Kurnia ALLAH Maha Memberi
Gunakan peluang tahun ini
Mensyukuri segala nikmat ILLAHI

Bulan mulia tiba lagi
Sunat terawih witir sekali
Tanda kasih abadi
Dari ALLAH Maha Mengetahui

Bulan mulia tiba lagi
Berlapar kita disiang hari
Iftarnya kemenangan bagi diri
Mengawal diri sepanjang hari

Bulan mulia tiba lagi
Tanda Kasihnya Rabbul Alamin
Buat semua muslimin
Sepelosok jagat raya ini

Bulan mulia tiba lagi
Sepurnama menahan diri
Moga segala penyerahan diri
Kekal bertemu setahun lagi.

*****

Ramadan

Kurniaan ILLAHI kepada kita
Dalam setahun sepurnama lamanya
Gunakan sebaiknya
Membalas budi kita kepadaNYA

Sepurnama tempohnya
Melipat ganda amalan kita
Buat bekalan dihari muka

Jarak sepurnama
Gunakan sebaiknya
Setiap ketika
Jangan kita alpa
Ganjarannya jangan ditanya

*****

Looks like blog ni pun nak kene revamp. Blog ni la ni ambil konsep ala2 blog kawan2 I, namely LKY dan Akak Diva Merah juge tak lupe Tuan Manager. Sape nak tolong I revamp?? hehe.

Masa untuk buat penghijrahan.

Kisah diri sendiri, anekdot seharian, pendapat, insya ALLAH ade la jugak bahan2 akademia, portfolio kreatif. Tapi bila nak mula tu, Wallahualam. Bila digerakkanNYA. Insya ALLAH.

Saya juga suka konsep: I WRITE U READ. hehe. Ye la kan, takkan I nak dictate ape orang soh i tulis kannn??

Anyways, back to Ramadan.

As I see it, Ramadan ni bulan barakah. Bulan yang dikurniakan macam2 tanda kasih ALLAH kepada umat Muhammad SAW. Kenapa saya kata tanda kasih ALLAH? sebab DIA bagi kita peluang tebus diri kita. Dia bagi sebulan untuk focus padaNYA. Mana tidaknya, Malam 1 Ramadan kita dah terawih, 8 rakaat ke, 20 rakaat ke, bulan-bulan lain tak de kita dapat mcm ni. Ramadan je la dapat kita serahkan diri kita, hati kita bulat bulat padaNYA, Insya ALLAH. Bayangkan 30 malam dah dapat berapa rakaat? But jangan la pulak lupa yang 5 tu. Ini peringatan untuk diri saya sendiri jugek. Apa-apapun, lakukan seikhlas hati. Buat masuk buku akaun untuk bekalan masa depan. Tak payah la motivasikan diri dengan 'ganjaran tertentu pada malam tertentu', mengapa? kerana ALLAH pasti akan memberikan sesuatu yang baik, insyaALLAH. Wallahualam.

Bukan setakat tu, digalakkan bertadarus. Membaca ayat-ayatNYA yang diturunkan dalam BULAN RAMADAN juga. Mengingatkan diri sendiri akan hukum hakam serta kehendakNYA daripada kita. Selain dari membaca dalam bahasa Arab yang asal, Terjemahannya pun elok dibaca, supaya kita tahu apa yang hendak disampaikan. Pada saya, itu satu anugerah ALLAH yang menjadikan pelbagai bangsa dan bahasa dan diizinNYA ayat-ayatNYA dialih bahasa. At least we get rough idea. Tapi sebaiknya, kalau kita boleh faham bahasa Al Quran tu sendiri. Semoga saya dapat memahami ayat-ayatNYA - secara langsung- suatu hari kelak. Amin.

Ramadan ni juge bulan Rezeki. Ish, banyak betul nikmatNYA bila datang Ramadan kan?

*CHOP* jom kita sama2 sebut

SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH
LA ILAHAILALLAH ALLAHU AKBAR !!!


Bulan rezeki sebab ape? Dapat buat xtra pocket money *lala - I jual kuih Raye tawwww - nantikan entry yang akan menyusul* Dapat rasa macam2 juadah , Dapat solat terawih, Dapat bayau Zakat Fitrah dan Dapat menyambut Eid, hari kemenangan kita kontrol diri kita selama sebulan. Dan selepas Eid? mohon ALLAH peliharalah usaha usaha kita Ramadan ni sehingga tiba Ramadan sekali lagi. Insya ALLAH. Amin.

Siapalah diri kita ni ye? Seperti saya, yang dilahirkan Islam, sebaiknya saya gunakan peluang yang diberi setahun sekali ini sebaik-baiknya. Belum tentu kita dapat jumpe Ramadan tahun depan. Itu adalah hakikat ketentuanNYA. Apa2 pun, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbit dalm hati kita. So, kalau ade yang kata saya ni alim kucing ke, ape ke, tq la. Sebab, saya pakai kasut saya sendiri, so saya tahu saiz kasut saya. Saya tak perlu nak 'mencuba' kasut orang lain, sebab saya takde hak pun, walaupun dah mintak izin. Kaki manusia ni takde dua yang serupa. Eh, melalut lak. hehe.

Its all about me. Semua perihal diri saya yang seadanya. Dah lama tak datang angin nak tup tap keyboard macam ni. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.

***

Kebetulan, Malam ni saya chat dengan kawan lama masa kat Art n Design ITM dulu. Dia ade hamper raya. Lawa dan vasss sekali hamper2nya. Yang best, ada travelling sejadah dan tasbih sekali. :) So, siapa berkenan and untuk info lagi tentang harga serta lain2, leh la telefon Maslina 0173278704 / maslinamalik@yahoo.com atau Email Puteri Noraini di : putriaini77@yahoo.com















ok semua

Jazakallahu Khair :)

Image hosted by Photobucket.com

Labels: ,