Monday, March 26, 2007

R E S I P I


Tadi sementara nak tggu letrik ado balik kat bilik, sempat la chill-chill tengok ASTRO, suatu vacation yang jarang saya lakukan sebab tv tu selalu didominasi oleh Bapak saya. So sempat la tengok this Party Planner program thingy. Insta-Perty temanya, dalam 30 minit nak kene siapkan satu party, party harijadi ke 40 sorang minah susly di Manhattan. MRASA! *terus feeling SATC*.

Memandangkan segala set up tema Palm Beach ke Palm Springs kene dilakukan dalam masa 30 minit, so makanan jari *matila finger foods* atau Au D'urve *matila CA carut I* nye pun harus la dipreparasi dalam masa yang singkat. Ada satu resipi yang dikongsi bersama oleh hos rancangan itiew David Tutera dan jugak sorang Celeb Chef, yang juga penulis buku SLOB in THE KITCHEN *pi cari sendirik nah authornye - Duffy kot nama dia, bukan Daffy duck ek* I takleh recall nama resipi tu, tapi ia sangat sangat sangat mudah dan pasti Lea akan BUAT ENTRY lepas baca entry ini.. *matila i*

kita perlukan:

Roti Putih
Mayonis
Parmesan Cheese
Chopped Onion

Roti putih tu wud act as the base for the Canape, so boleh la pakai shot glass atau cookie cutter utk acukan base for the canape.

Kemudian, gaulkan chopped onion, Parmesan cheese (grated nah, bukan serbuk) dengan Mayonis *matila GEMUK* dan kemudian concoction ini di BLOB kan saje atas kepingan roti yang telah diterap. Masukkan dalam oven selama 4 minit sehingga ia keemasan. Aiyoh, leh imagine rasa dia.. NYUM!

ok ade lagi satu resipi, dia pakai udang instead of wings ayam. Ala2 Buffalo Wings lah katanya.

Bahan2

Udang hat besaq
melted 4 table spoon of butter
4 table spoon hot sauce *peri peri nando's tu ok u ols - i rasa dia pakai mende tu pun, sebab shape botol dia mcm botol peri peri sauce tu*

gaulkan hot sauce dan butter, kemudian masukkan udang itiew. Gaulkan, pas tu, letak atas baking sheet, bakaq 3 minit. SIAP!

Mudah kan? and I am very surprised, I MEMORISED the recipes! hehe. Alhamdulillah for that :). Mrasa la try. I nak try la buat Buffalo Wings - pakai Peri Peri sauce :D nyum nyum.

Ok la people. Have a great week ahead, insya ALLAH it wud be better dari yang lepas-lepas. To APEK, selamat memulakan tugas baru ye!

OH YE! ari ni besday Volks. So tadik singgah umah dia sat, bagi dia 3 tart dari Kings. Happy Besday u ols. :).

oklah semua.

JAZAKALLAHU KHAIR

Image hosted by Photobucket.com

Friday, March 23, 2007

31 ?! - r u kidding?

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

First and foremost nak TQ to ALLAH sebab I got to see the world again today. Hari ni kalau ikut Hijri Calendar, is 4 Rabiulawal 1428H. 31 years ago at about Maghrib time today *kire i patut sambut dr waktu Maghrib semalam.. lupe lak* I was brought to this world. I guess Im lucky to born a Muslim, why? sebab I dapat 2 tarikh lahir. Kalau ikut kalendar Gregorian (yang menjadi ikutan satu dunia) I was born on the 22nd of February 1977, which kalau follow Muslim Calendar falls on the 4th of Rabiulawal 1397Hijrah. Kalau ikut website ni *CLICK HERE* kat situ katanya 3 Rabiulawal, tapi ade error sket in term of 1 day. Memandangkan I lahir waktu Maghrib, so jadila 4hb Rabiulawal.

So, technically dan tak salahlah, hari ni my Birthday! till Maghrib that is. Kirenye sebak jugak terfikir, dah 31 tahun diberi oxygen, ade I give back ke kat supplier oxygen I tu? tsk tsk tsk. Takpelah. DIA tahu.

I meminta-minta padaNYA supaya diberi rahmat kepada kedua my parents, didunia dan di akhirat. I so so so so adore and love them and they deserve to be in ALLAH's gardens. Thank you ALLAH for everything. thank you for giving me a supportive family, true friends and a good job. Please help me go thru the rest of my oxygen-breathing days, at YOUR WILL.

Dearest Lea, thanks for your entry, yang hadiah u ols beri ari tu yang menyabung nyawa u ols tu pun i tak sempat publish lagi, isk isk. Thanks ye gal for your well wishes. Thank you also kat Apek yang SMS I tadi, also ABBY kat TB Ginger as well as Husz *I nak birthday present tawww - and u bloody know what I want!* Also to to Volks yang memberikan uchapan dan teguran berkenaan lahirhari saya :D. Tak lupa kat SOFEA di cbox Lea. May ALLAH bless you guys with wellness, kindness and prosperity.

JAZAKALLAHU KHAIR
Image hosted by Photobucket.com

Labels: , ,

Thursday, March 22, 2007

"oohhh lari! kepit karang baru tau!"


Entry Nan Ado Gambau


Ni baru sampai umah dari main campus. Tadi bebudak skrin buat Promosi Filem, so this time around, filem terbaru Shuhaimi Baba, WARIS JARI HANTU (WJH) menjadi filem yang dipertontonkan dihadapan 1000 lebih siswa dan siswi dan sisrai dan siskid *matilakau Aumm! dari fakulti kami dan juga dari fakulti lain.

Sebelum I nak say anything about WJH, nak habaq sket la, awat la takdak usherer dalam dewan yang on standby? mana la tau ada pelawat ke ape ke mai kan, tak la terpinga-pinga nak dok mana kan? very tak hospitable, kang siapa yang malu? mereka dan keluarga mereka. Lagi satu, kalau buat opening tu, jangan la SYIOK SENDIRI, buat malu je. An opening act or gambit should be high paced and the ending should end with an explosive end, not a flat one. Oh yeah, dressing up in Puteri Perak costume to receive guests? OMG! Anak Raja ade ke menyambut orang? maybe kurang arif akan budaya sendiri, jadi la lagu tu. Oh ye, lagi satu, bab cakap dalam telefon, kalau tak tau siapa call, beradab la sedikit ye, jangan la dok jerit jerit tanya siapa, dan bila diberi salam, dibuat tak tahu. Isk, budak-budak sekarang, bakal lepasan Universiti, biasalah macam tu, kalau hat yang jantan dok tepon lagu tu leh laa dimaafkan, ni ANAK DARA sapa tatau?! kuang ajaq, terasa ati. So lain kali, please take note.

Ape laa pulak aku membebel ni, I'm not Fiebie yer, so takut lak terikut style penulisan dia lak kan? anyways, It is a very good effort la membawa masuk WJH untuk ditayangkan untuk pertama kali ke audien di DSB UiTM.

NAK TAU APA CITER WJH? CLICK HERE ONLY. *matilah ai AUMMMMM

Para pelakon-pelakonnyer piuler CLICK HERE and not anywhere else *die again AUMMM!

Para Pendokong Produksi WJH PICIT SINI! *matila Finger Therapy AUMMM

Ok la, u ols dah click HERE, HERE dan HERE kat ataih kan? so ini my view of WJH.

WJH bagi saya merupakan filem COMEBACK untuk Shumi. Saya merindui tekstura dan rasa dalam SELUBUNG dan kemewahan yang skandalisius dalam RINGGIT KASSORGA. Saya tidak terasa atau disentuh langsung dalam filem-filem arahan beliau selepas itu (Sedikit dalam Layar Lara) dan setelah PONTY I and II, inilah buah tangan dari Shumi yang benar-benar menyentuh rasa deria serta sanubari saya.

Isu-isu yang dipaparkan benar-benar berpijak dibumi yang nyata. Susunan plot dan sub-plotnya sangat bijak, ibarat menjalin helaian mengkuang dan akhirnya terhasil sebuah kelarai yang bermutu dan bernilai tinggi. Hati saya tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti apakah yang akan berlaku seterusnya. Saya diberi masa untuk mengimbau scene-scene awal WJH untuk mendapatkan gambaran yang lebih luas tentang setiap watak dan perjalanan filem ini. Walaupun saya merasakan sesetengah karektor tidak dikembangkan serta dipertontonkan dengan baik, namun bagi saya tidak mencacatkan penceritaan dan kesan visualnya.

Pelakon-pelakon yang menyedapkan lagi rasa filem ini juga wajar saya berikan STANDING OVATION. Berani saya katakan bahawa barisan pelakon bagi WJH SANGAT KUAT! Pujian harus diberikan kepada Rusdi Ramli yang membawa watak ARI/ ARINA dengan jayanya. Pada awalannya, Rusdi kelihatan agak kaku membawa watak LELAKLEM, namun proses pertukaran diri Ari ke Arina *matilah SPOILER kan?! bak kata Tok Wan, macam baru keluar kepompong, is so true. Lakonan Rusdi memang lain dari lakonan beliau sebelum ini. Saya juga memberi tunduk hormat pada Rusdi kerana berani membawakan watak ini. Kalau beliau tidak dicalonkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di PFM 2007, SAYA TATAU NAK KATA APA dah. Azean Irdawaty juga harus diberi pujian atas lakonan beliau. Berbaloi sangat lah Primadiva Malaya ini sampai lebam-lebam menjayakan WJH. Kasih seorang nenda kepada warisnya saya dapat rasakan, begitu juga seksanya beliau yang menyimpan saka keluarga. Pelakon-pelakon lain juga hebat. Nanu sebagai contoh, saya sangat suka lakonan beliau dikala Ari pulang ke kampung. Ketegangan dan kekecewaan tidak hanya zahir dari mimik wajah dan bahasa tubuh, namun cara beliau melontarkan vokalnya serta gestur yang halus dibuat, ADUH! menyentuh sekali! Inilah antara filem Melayu yang mengumpulkan pelakon-pelakon hebat. Tahniah kepada jurulatih lakon, Fatimah Abu Bakar. Sesungguhnya ketokohan beliau dalam membimbing pelakon untuk memberikan seperti apa yang saya tonton tadi kepada audien SANGAT MENYERLAH. Tahniah untuk semua pelakon WJH!

Isu-isu kemanusiaan seperti kekeluargaan, darah daging, identiti diri, seksualiti, perasaan, cinta, kasih dan sayang tak dilupa isu-isu berkenaan dengan MELAYU itu divisualkan dan dipersembahkan dengan baik sekali. Say amengharap, para penonton yang bakal menonton WJH dapat membaca dicelah-celah *not u lalat bernama CELAH* visual yang disajikan. Saya sendiri banyak belajar dan mengmuhasabah diri saya sendiri sepanjang menonton WJH. Saya berharap bagi mereka yang bakal menonton WJH akan demikian juga. Lihatlah diri sendiri, jadilah seorang yang analitikal serta berpendirian untuk menjadi manusia yang berguna. Tataplah visual, dengarkan suara, baukan perasaan, rasalah jiwa setiap karektor dan manfaatkannya.

apa lagi?... *gigih ni*

Sesungguhnya, filem yang mendapat sokongan dari KeKKWA ini menjadi kenangan akan bangsa Melayu yang sering diselubungi oleh hal ehwal dunia ghaib, yang ALLAH sahaja tahu akan kewujudannya.

Secara peribadi saya berani memberi 4 bintang untuk filem Waris Jari Hantu.

I would really suggest you readers to have time and watch WJH. InsyaALLAH, it would open up your minds about life and being human. Quoting from Sami Yusuf's ALLAHU:

He knows what is apparent and what is hidden
All of the fate of creation has already been written
His Will is always done
And can never be undone

The lyrics are actually excerpts from the HOLY QURAN, tak percaya? go read the translation!

Ok, mata dah mengantuk, badan miang, nak mandi manda sebelum roh dicabut buat sementara.

Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com




Labels:

Tuesday, March 13, 2007

Oh! what a weekend - a posting w/out gambaq


Entry tanpa gambaq



Gigih. That is all I could say. I took the extra length to go to Alor Star to get costumes for the coming showcase. So my mission took off on Saturday night, on board a Transnasional *bukan Trans America ek* off to Loq Staq. Kebetulan, Taj also going balik kampung that weekend sebab KB dia masa kecik2 dia nak kawin. Nama kawan dia Rohaya. So, jam 530 pagi dosi kesampaian di Shahab PErdana, lalu Rohaya dan kak nya mai la jemput kami. Pagi tu, lepaih morniang kopi O KAU cicah dengan Kuih Bangkit (or the other way round?) Sebelum ke umah Tok si Taj tu, mrasalah menjejaki kedai BUNDLE kat Gunung Kriang itiew. Ternampak sahaja tembok BERBENDERA MALAYSIA itiew.. hati jadi GIRANG, lebih girang bila melihat LONGGOKAN BAJU BAJAN SELUARANS BAGAI kat bahagian tengah bundle itiew. Click here here and here kalau nak tengok gambaq BUNDLE! *ai pinjam gambaq dari blog MW 2006, hik hik.. boleh nahh?? *

Kirenya, pagi tu, sesampai di rumah pusaka Tok si Taj neh, I pun DASZ! sambung ZZZZ sat, sambil ditemani kicauan burung, unggas desa, angsa dan juga suara-suara kanak-kanak bermain-main. Aiyo, lama sangat laa tak berada dalam keadaan macam tu. Memang relaxing! Lepas tu dalam kul 9 lebih, Taj ajak breakfast - TU DIAH! kuih setalam, also ado nasik lemak. Masa tu jugak la dok beramah mesra dgn Tok si Taj, Mak Ngah dia also. Sangat2 friendly dan hospitality mereka, hanya ALLAH ajelah yang membalasnya. Bila fikir balik kan, teringat masa kecik2 dulu kat Bukit China. Syahdu lak sat. Apa yang I tau, they made sure I did not go hungry and thirsty! hehe. Thank youuu sangat!

Lepas borak borak *semestinya I felt kekok sebab depa cakap utagha pekat aih! dah tu plak, Tok taj dok ask me this n that *alamak, I lupe lak, die kem salam kat my parents* hik hik. I plak, never la sangat pernah mrasa attention from a nenek kan? *I ada nenek tiri kat Melaka, she is my only surviving nenek around :)* kirenye rasa kekok la, dok maintain jer..hehe.

Lepas mandi manda dalam bilik aiyaq konsep Desa ye *last time was at Dik Ja's wedding* teruss la ke Bundle itiew.. kira-kira jam 11 pagi. Mak aihhhh..... NAIK GILA sat tengok segala baju yang ado. pilih pi, pilih mai, dok la hangkut macam2 ni! sedar tak sedar 3 jam kat situ! perut pun dosi DONDANG SAYANG. So, sementara dok pi mai pi mai cari baju kat situ dok la SMS dgn Lea, so kami janji, *BUKAN JANJI KIE ye* jumpa kat town, dekat area Menara Loq Staq for lunchies, so Taj pun memacu kereta pengantin ke arah sana, dimana, pada masa yang sama, Lea laa pulok sms, katanya kedai makan itu sangat ramai, so mrasalah kami dok mengekoq keta Lea ke mana tatau?! untuk Lunchies.

Yang ada masa lunchies itiew ialah Lea, Chef Aduka dan juge Rang*gedey*, me and Taj. So had lunch consist of nasik *matila sentap tgk Moon la ni* and lauk pauk rasa utara. Kat ne noh Lea tempat itiew? Sedap u ols! I hambek lauk yang takde kene mengena dgn seafood *now im allergic to prawns, sotong* Sedap and arasa mcm home cooked food.

Me and Taj took different roads lepaih tu. I went on dgn Lea, CA n Rang manakala Taj kesana kesini menyettlekan hal kenduri si Rohaya *matila pelamin pasang MALAM*

JALAN JALAN SAMBIL MAKAN

So mission petang itu adalah untuk repair PDA Lea kat Sentosa AKA Low Yat Loq Staq. So kami ke Sentosa, dah tu tak dapat lak apa dia nak, kami ke City Plaza, semata2 nak cari housing utk telefon dia. Lepas dok pi mai pi mai City Plaza, singgahlah di Uno Cafe yang wajib disinggahi and I had Sushi. i had Memaki and ado menu baru mem*ki. Bley? hik hik *die la CARUT* lepaih tu plak, tetiba datang ilham dari sapa ntah, dok main ubah lirik lagu neh, maka berpestalah Rang dan 5thE mroyaninasz dengan lirik2 lagu seperti

Engkau Chantekkk
Engkau Chantekkk
Engkauuu...
Chantek Kerr?! *to the tune of U're Beautiful - yang vid clip lelaki brani mati terjun aiyaq batu tu*

This went on sampai ke PACIFIC. Kami ke Pacific semata-mata untuk MAKAN! *tu diahhh* so kami pun pi la makan Laksa Lemak. Aiyoh. VAST skali laksa reccomendation CA dan Rang itu. Memang SESUAI la dok MAKAN aje ari tu. hik hik. Selepas kekenyangan, maka, kami pun reronda la Pacific Mall itiew. Singgah ke Reject Shop, bertujuan untuk berjumpa seorang yang reject, namun, orang itu tidak ada. Tapi I ended up buying myself a shirt at RM 19. hik hik. GIRANG!

Lepas pi Pacific, mula la acara mencari hotel. Huhu, I knew it was cuti sekolah, but I sure didnt know it was UUM's convo as well, mrasalah ASRC penuh, MIRAMA penuh, Flora Inn penuh.. aiayayaiii... semua penuh sey! last2 pi la this cheapo hotel dekat SM called Casablanca. Ok la, sekadar tempat utk tido for teh night at rm50. Bilik ala kadar, tapi selesa. Tup2 kami dok lepak dalam bilik sambil Rang menggayakan baju2 bundle yang dibeli earlier. Dah tu plak, I was commisioned by Lea to visualise and illustrate her dresses *kayo pak cik*, tu u ols kene la tunggu Lea hupdate kat blog dia nah?! So setelah lelepak sehingga jam 9 lebih, perut kembali BERDONDANG SAYANGGG *matila ai* So, i plak gatai mau la cari itu teket bas pagi esok malam itu juga, so kami ke Shahab Perdana untuk usha teket bas. Aiyooo... Kan! teket untuk Isnin pagi KEHABISAN... Jelita, Durian Burung, Sri Maju.. all snapped up. Aiseh! mapos gue! last2 pi balik counter Transnasional.. the only available ticket - and the LAST ONE is seat 11c on the Midnight bus. TERUS SAMBAR! aiyo. Kempot la Isnin tu, tatau nak buat apa sebab tak plan nak stay another day. Masa tu kepala otak dok pikiaq ebdak nak show esoknye, dah tu, dok terpikir hal itu ini kat opis.. isk isk. Kempot!

Anyways, lepas Lea sent me back to the hotel, I ols mandi manda bagai. Kul 11 CA akan fetch I and go merempits *die la tak sker naik moto* ala-ala katanya nak pi lepak dengan geng2 Loq Staq kat mana.. tatau?! *la la la* So malam tu, setelah merempit dgn CA ke suatu lokasi yang I pun tatau mana *la la la* dapatla jumpe dengan Zack Zaly, Mail Tok Wan Rock dan lelain. Dok borak2 sampai kul 2. Paih tu kawan si Tengku Puteri Zackiyah Hagham Jadah tolong hantaqkan I pulang ke hotel. Sampai hotel, ape lagi.. ZZZ je lah.

Pagi esok tu, bangun fresh. Lama tak bangun rasa mcm tu, segau bugau. Not knowing what to do, solepak2 la tengok TV. Pas tu Taj sms, dia kata dia in town, hantaq pengantin siapkat kedai. Dia soh i packup segala and checkout, dia nak hangkut I pi kenduri. Makan free katanya.. dah tu dia habaq, siap tumbang Kerbau sekoq! fuyooo! this i cant wait! So, isnin pagi tu bekpas sat kat town, pi la jemput Rohaya, yang siap berbaju pengantin ni! siap mekap bagai dan bawak dia balik umah dia. Me yang dah ado nothing to do tu, pose pose je la kat umah Pengantin, tolong2 apa yang patut, sempatla jugak alter tudung and touch up make up. Pas tu, MAKAN! nasik yang dimasak secara pakatan sekampung, berlaukkan kerbau masak kicap, kerbau kari, ikan temenung masak cuka dan jelatah. SEDAP SANGAT! lepas makan, mule la mata tingtong, so balik la kami ke umah Tok Taj, sebelum sampai tu, Taj siap ni, ronda abes kampung dia tunjuk I itu ini. What i realised is, rumah melayu Kedah sangat unik ye style nye, sangat tinggi daya cipta dan pemikiran org Melayu sebenarnya. Baiklah dari sudut functionality, usage of space dan juga estetiknya, rumah Melayu Kedah ni juga berteraskan konsep syariat Islam whan it comes to space. Sayang banyak rumah-rumah tu ditinggalkan mereput ditelan zaman. Petang tu plak, lepas rehat2 sat, Taj bawak I pi the other side of Loq Staq, belah mak dia pulak. So pi la here n there, siap ke Bee Bee Park ye! klasss umah style 60'an. Lepaih pi visit umah Aunty dia, Lea telah SMS i soh pi opis dia, dan kat ana, dijamu dengan MURTABAK dan Mee Gorengs. Thank you Lea! Lepas lepak2 meroyankan diri kat opis Lea, terus balik ke Sg Baru, freshen up katanya sebelum ke umah pengantin semula to say bye bye. Oh yer, sepupu si Taj ni lak, dpt result SPM dia, 8A's and 1B. Tahniah pada beliau. Semoga ALLAH memenuhi kehendaknya yang mahu menjadi Doktor. Hope he get's a place at Uni.

So, lepas pi say bye bye kat Rohaya, Taj pun hantaq la I ke Shahab Perdana, just in time.

Kiranya, trip ke Loq Staq setelah setahun 3 bulan lalu sememangnya ad-hoc and unplanned, but I really had an enjoyable time, and best of all, getting to meet all these beautiful people, namely Mak Ngah, Rohaya, Tok, Taj's aunts n uncles. Thank you for the hospitality, sememangnya hanya ALLAH yang dapat balas budi u ols kat I sepanjang my short visit to Loq Staq. Ada rezeki, akan sampai lagi ke sana :).

Jazakallahu Khairan




Image hosted by Photobucket.com

Labels: , ,

Thursday, March 08, 2007

Gempa, break in and a stressful yet fun week - aduiii




First of all. Gempa di Sumatera Barat. Subhanallah. Speechless, walhal baru beberapa malam sebelum tu br tgk show STSI di Padang Kelab Sultan Suleiman, Kg Bharu KL. So, I sms la one of the dancers yang Tini kenalkan I. Bertanyakan khabar. Ini jawabnya:

Adong: Alhamdulillah, keadaanku ngak begitu parah. Pusat gempa di padangpanjang, kota tempat kami sekolah, keadaan kota morat marit.

Tak terbayang the calamity. Terkenang pula gempa Jogja tahun lepas. Subhanallah. Bersabar ajelah dan ingat ajela kat DIA. Tak terkata dan terbayang if it happen to me. Baca headline Harian Metro ari ni (7/3/07) pun dah cukup memilukan. I tak bley la baca berita2 macam tu *siapa nak tau, google la HArian Metro 7 Mac 2007* I tak sanggup nak tulis headline tu, it's quite painful. Didoakan semoga mereka yang diuji itu bersabar.

Dah tu pulak, my mom called me petang tadi, masa tengah kelas mekap. Ingatkan saje2 kol tanye balik makan ke idok, ghupenye, ado citer lain jugak. Ada orang tried to break in, hamba ALLAH tu dah tebuk our front glass sliding door. My mom had it replaced ASAP, paih tu report polis, polis kata diorg mmg buat rondaan kat area ni, tapi sebab hamba ALLAH tu tak jejak dalam rumah, no point buat report *helo?! at least take note la kan* Subhanallah. Terlintas lak kisah si Fiebie kene cik Romps kat umah kawan dia, which was frightening jugak. Mmg akhir zaman kot, sebab manusia takut pada manusia, dan tak takut pada ALLAH. That goes for me too. Ouch!

I just realised today, I like to say the word 'ADOI' or OUCH. gosh, that sounds no good! It's like whining or complaining, and I know I should never la komplen about anything. I should take it slowly in it's stride. What ever it is. I counted myself saying ADOI 5-6 times lepas meeting kat main campus tadik. Adoi. HOI! *ouch*

InsyaALLAH, akan sampai ke Loq Staq Sunday pagi, semata2 nak source costume for RAM. Hope i'm gonna have a great weekend, Insya ALLAH.

Oh ye, tadi pegi Corp Com UiTM hantaq barang, tup tup pi la tanya pasai Harris Foto, budak my batch kat AD dulu, pernah la couple dgn Armi. Punye la terkejut when En Zaki, staff kat situ habaq, Harris meninggal few months back. I tergamam, nak nangis pun ade. I was in total SHOCK. Al Fatihah untuk Arwah yang now hanya tunggu masa utk diadili. Subhanallah. Arwah meninggal of Colon Cancer. Ya ALLAH, rahmatilah semua kawan2 dan kenalan2 ku. Pimpinlah kami je jalan MU dan temukanlah kami denganMU di salah satu taman-tamanMU. Amin.


Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com

Labels: , , ,