Tuesday, March 13, 2007

Oh! what a weekend - a posting w/out gambaq


Entry tanpa gambaq



Gigih. That is all I could say. I took the extra length to go to Alor Star to get costumes for the coming showcase. So my mission took off on Saturday night, on board a Transnasional *bukan Trans America ek* off to Loq Staq. Kebetulan, Taj also going balik kampung that weekend sebab KB dia masa kecik2 dia nak kawin. Nama kawan dia Rohaya. So, jam 530 pagi dosi kesampaian di Shahab PErdana, lalu Rohaya dan kak nya mai la jemput kami. Pagi tu, lepaih morniang kopi O KAU cicah dengan Kuih Bangkit (or the other way round?) Sebelum ke umah Tok si Taj tu, mrasalah menjejaki kedai BUNDLE kat Gunung Kriang itiew. Ternampak sahaja tembok BERBENDERA MALAYSIA itiew.. hati jadi GIRANG, lebih girang bila melihat LONGGOKAN BAJU BAJAN SELUARANS BAGAI kat bahagian tengah bundle itiew. Click here here and here kalau nak tengok gambaq BUNDLE! *ai pinjam gambaq dari blog MW 2006, hik hik.. boleh nahh?? *

Kirenya, pagi tu, sesampai di rumah pusaka Tok si Taj neh, I pun DASZ! sambung ZZZZ sat, sambil ditemani kicauan burung, unggas desa, angsa dan juga suara-suara kanak-kanak bermain-main. Aiyo, lama sangat laa tak berada dalam keadaan macam tu. Memang relaxing! Lepas tu dalam kul 9 lebih, Taj ajak breakfast - TU DIAH! kuih setalam, also ado nasik lemak. Masa tu jugak la dok beramah mesra dgn Tok si Taj, Mak Ngah dia also. Sangat2 friendly dan hospitality mereka, hanya ALLAH ajelah yang membalasnya. Bila fikir balik kan, teringat masa kecik2 dulu kat Bukit China. Syahdu lak sat. Apa yang I tau, they made sure I did not go hungry and thirsty! hehe. Thank youuu sangat!

Lepas borak borak *semestinya I felt kekok sebab depa cakap utagha pekat aih! dah tu plak, Tok taj dok ask me this n that *alamak, I lupe lak, die kem salam kat my parents* hik hik. I plak, never la sangat pernah mrasa attention from a nenek kan? *I ada nenek tiri kat Melaka, she is my only surviving nenek around :)* kirenye rasa kekok la, dok maintain jer..hehe.

Lepas mandi manda dalam bilik aiyaq konsep Desa ye *last time was at Dik Ja's wedding* teruss la ke Bundle itiew.. kira-kira jam 11 pagi. Mak aihhhh..... NAIK GILA sat tengok segala baju yang ado. pilih pi, pilih mai, dok la hangkut macam2 ni! sedar tak sedar 3 jam kat situ! perut pun dosi DONDANG SAYANG. So, sementara dok pi mai pi mai cari baju kat situ dok la SMS dgn Lea, so kami janji, *BUKAN JANJI KIE ye* jumpa kat town, dekat area Menara Loq Staq for lunchies, so Taj pun memacu kereta pengantin ke arah sana, dimana, pada masa yang sama, Lea laa pulok sms, katanya kedai makan itu sangat ramai, so mrasalah kami dok mengekoq keta Lea ke mana tatau?! untuk Lunchies.

Yang ada masa lunchies itiew ialah Lea, Chef Aduka dan juge Rang*gedey*, me and Taj. So had lunch consist of nasik *matila sentap tgk Moon la ni* and lauk pauk rasa utara. Kat ne noh Lea tempat itiew? Sedap u ols! I hambek lauk yang takde kene mengena dgn seafood *now im allergic to prawns, sotong* Sedap and arasa mcm home cooked food.

Me and Taj took different roads lepaih tu. I went on dgn Lea, CA n Rang manakala Taj kesana kesini menyettlekan hal kenduri si Rohaya *matila pelamin pasang MALAM*

JALAN JALAN SAMBIL MAKAN

So mission petang itu adalah untuk repair PDA Lea kat Sentosa AKA Low Yat Loq Staq. So kami ke Sentosa, dah tu tak dapat lak apa dia nak, kami ke City Plaza, semata2 nak cari housing utk telefon dia. Lepas dok pi mai pi mai City Plaza, singgahlah di Uno Cafe yang wajib disinggahi and I had Sushi. i had Memaki and ado menu baru mem*ki. Bley? hik hik *die la CARUT* lepaih tu plak, tetiba datang ilham dari sapa ntah, dok main ubah lirik lagu neh, maka berpestalah Rang dan 5thE mroyaninasz dengan lirik2 lagu seperti

Engkau Chantekkk
Engkau Chantekkk
Engkauuu...
Chantek Kerr?! *to the tune of U're Beautiful - yang vid clip lelaki brani mati terjun aiyaq batu tu*

This went on sampai ke PACIFIC. Kami ke Pacific semata-mata untuk MAKAN! *tu diahhh* so kami pun pi la makan Laksa Lemak. Aiyoh. VAST skali laksa reccomendation CA dan Rang itu. Memang SESUAI la dok MAKAN aje ari tu. hik hik. Selepas kekenyangan, maka, kami pun reronda la Pacific Mall itiew. Singgah ke Reject Shop, bertujuan untuk berjumpa seorang yang reject, namun, orang itu tidak ada. Tapi I ended up buying myself a shirt at RM 19. hik hik. GIRANG!

Lepas pi Pacific, mula la acara mencari hotel. Huhu, I knew it was cuti sekolah, but I sure didnt know it was UUM's convo as well, mrasalah ASRC penuh, MIRAMA penuh, Flora Inn penuh.. aiayayaiii... semua penuh sey! last2 pi la this cheapo hotel dekat SM called Casablanca. Ok la, sekadar tempat utk tido for teh night at rm50. Bilik ala kadar, tapi selesa. Tup2 kami dok lepak dalam bilik sambil Rang menggayakan baju2 bundle yang dibeli earlier. Dah tu plak, I was commisioned by Lea to visualise and illustrate her dresses *kayo pak cik*, tu u ols kene la tunggu Lea hupdate kat blog dia nah?! So setelah lelepak sehingga jam 9 lebih, perut kembali BERDONDANG SAYANGGG *matila ai* So, i plak gatai mau la cari itu teket bas pagi esok malam itu juga, so kami ke Shahab Perdana untuk usha teket bas. Aiyooo... Kan! teket untuk Isnin pagi KEHABISAN... Jelita, Durian Burung, Sri Maju.. all snapped up. Aiseh! mapos gue! last2 pi balik counter Transnasional.. the only available ticket - and the LAST ONE is seat 11c on the Midnight bus. TERUS SAMBAR! aiyo. Kempot la Isnin tu, tatau nak buat apa sebab tak plan nak stay another day. Masa tu kepala otak dok pikiaq ebdak nak show esoknye, dah tu, dok terpikir hal itu ini kat opis.. isk isk. Kempot!

Anyways, lepas Lea sent me back to the hotel, I ols mandi manda bagai. Kul 11 CA akan fetch I and go merempits *die la tak sker naik moto* ala-ala katanya nak pi lepak dengan geng2 Loq Staq kat mana.. tatau?! *la la la* So malam tu, setelah merempit dgn CA ke suatu lokasi yang I pun tatau mana *la la la* dapatla jumpe dengan Zack Zaly, Mail Tok Wan Rock dan lelain. Dok borak2 sampai kul 2. Paih tu kawan si Tengku Puteri Zackiyah Hagham Jadah tolong hantaqkan I pulang ke hotel. Sampai hotel, ape lagi.. ZZZ je lah.

Pagi esok tu, bangun fresh. Lama tak bangun rasa mcm tu, segau bugau. Not knowing what to do, solepak2 la tengok TV. Pas tu Taj sms, dia kata dia in town, hantaq pengantin siapkat kedai. Dia soh i packup segala and checkout, dia nak hangkut I pi kenduri. Makan free katanya.. dah tu dia habaq, siap tumbang Kerbau sekoq! fuyooo! this i cant wait! So, isnin pagi tu bekpas sat kat town, pi la jemput Rohaya, yang siap berbaju pengantin ni! siap mekap bagai dan bawak dia balik umah dia. Me yang dah ado nothing to do tu, pose pose je la kat umah Pengantin, tolong2 apa yang patut, sempatla jugak alter tudung and touch up make up. Pas tu, MAKAN! nasik yang dimasak secara pakatan sekampung, berlaukkan kerbau masak kicap, kerbau kari, ikan temenung masak cuka dan jelatah. SEDAP SANGAT! lepas makan, mule la mata tingtong, so balik la kami ke umah Tok Taj, sebelum sampai tu, Taj siap ni, ronda abes kampung dia tunjuk I itu ini. What i realised is, rumah melayu Kedah sangat unik ye style nye, sangat tinggi daya cipta dan pemikiran org Melayu sebenarnya. Baiklah dari sudut functionality, usage of space dan juga estetiknya, rumah Melayu Kedah ni juga berteraskan konsep syariat Islam whan it comes to space. Sayang banyak rumah-rumah tu ditinggalkan mereput ditelan zaman. Petang tu plak, lepas rehat2 sat, Taj bawak I pi the other side of Loq Staq, belah mak dia pulak. So pi la here n there, siap ke Bee Bee Park ye! klasss umah style 60'an. Lepaih pi visit umah Aunty dia, Lea telah SMS i soh pi opis dia, dan kat ana, dijamu dengan MURTABAK dan Mee Gorengs. Thank you Lea! Lepas lepak2 meroyankan diri kat opis Lea, terus balik ke Sg Baru, freshen up katanya sebelum ke umah pengantin semula to say bye bye. Oh yer, sepupu si Taj ni lak, dpt result SPM dia, 8A's and 1B. Tahniah pada beliau. Semoga ALLAH memenuhi kehendaknya yang mahu menjadi Doktor. Hope he get's a place at Uni.

So, lepas pi say bye bye kat Rohaya, Taj pun hantaq la I ke Shahab Perdana, just in time.

Kiranya, trip ke Loq Staq setelah setahun 3 bulan lalu sememangnya ad-hoc and unplanned, but I really had an enjoyable time, and best of all, getting to meet all these beautiful people, namely Mak Ngah, Rohaya, Tok, Taj's aunts n uncles. Thank you for the hospitality, sememangnya hanya ALLAH yang dapat balas budi u ols kat I sepanjang my short visit to Loq Staq. Ada rezeki, akan sampai lagi ke sana :).

Jazakallahu Khairan




Image hosted by Photobucket.com

Labels: , ,

2 Comments:

At Wed Mar 14, 10:33:00 AM 2007, Blogger bRed said...

kelassssss u... huhuhu bestnyer dengak! hang pi kenduri juga.. tue yg best tue.. tobat ah , nak gi aloq starrr skals..

 
At Fri Mar 16, 11:16:00 AM 2007, Anonymous Anonymous said...

salam, wah best makan daging kerbau tuhhh! bukan senang nak jumpa kenduri berkobau, ops! best baca entry neh, hiks!

 

Post a Comment

<< Home