Tuesday, January 02, 2007

Berita Harian 2/1/2007





A very interesting article in today's Berita Harian. Just ponder upon what and who we are, and what are we suppose to be.

Malapetaka satu ujian Tuhan kepada manusia
Oleh Norakmah Mat Youb


AMAT jelas seperti yang sering diingatkan ulama bahawa setiap kejadian mempunyai hikmah dan pengajaran. Lazimnya, bencana alam sering dikaitkan dengan kesalahan manusia menguruskan alam sekitar, tetapi tidak ramai melihat dari sudut agama iaitu angkara manusia lalai terhadap perintah Allah SWT.

Bagaimanapun, hakikatnya, ancaman paling bahaya terhadap alam sekitar datangnya daripada tangan manusia sendiri, yang dipertanggungjawabkan sebagai pemegang amanah daripada Tuhan tetapi tidak melaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Manusia lupa bahawa mereka dianugerahkan amanah yang tidak sanggup dipikul makhluk Allah lain iaitu menjadi khalifah yang menjaga dan menguruskan bumi tetapi amanah itu mula dikhianati dan tanggungjawab menjaga serta menguruskan bumi dan isinya diganti dengan kebinasaan berterusan.

Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Pemulihan Akidah, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Mohd Kamil Mat Salleh berkata, fenomena alam seperti hujan ribut, panas terik, taufan, banjir kilat dan gempa bumi bukan sesuatu yang pelik kerana ia dijadikan Allah SWT dan semestinya mempunyai hikmah.

Namun, beliau berkata, apabila bencana itu berlaku secara tiba-tiba tanpa persediaan awal, ia menjadi igauan ngeri bagi mereka melaluinya. Ia juga sebagai ujian daripada Allah SWT terhadap hambanya untuk melihat keikhlasan mengharungi semua ujian.

“Pastinya, penyelidik, ahli kaji bumi dan kaji cuaca giat mencari punca serta penyelesaian kepada bencana itu dan sebagai seorang yang beriman dengan Allah SWT kita hendaklah percaya bahawa ia bukan hanya berpunca daripada perubahan cuaca, bumi atau faktor alam semata-mata malahan ia ketentuan Allah SWT.

“Allah SWT mampu menjadikan sesuatu walaupun di luar jangkauan fikiran manusia. Segala yang berlaku hendaklah dikaitkan dengan kekuasaan Allah SWT sebagai suatu ujian kepada hamba-Nya.

“Inilah yang dikatakan dengan ujian kehidupan manusia. Ujian kehidupan yang amat banyak sehingga manusia berasa sempit dadanya, tidak mampu ditanggung badannya dan akal fikiran. Hanya orang yang melaluinya dapat merasakan kepahitan dan kepayahan segala dugaan itu. Ini juga ketetapan Allah SWT yang mengkehendaki manusia kembali memikirkannya,” katanya.

Beliau berkata, al-Quran ada menceritakan bagaimana hujan, panas, ribut, taufan yang dihantar kepada manusia. Setiap kejadian itu adalah rahmat bagi seluruh alam untuk pelbagai kegunaan kehidupan harian.

“Ini dinyatakan Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 22 bermaksud: "Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya), dan diturunkan-Nya air hujan dari langit, lalu dikeluarkan-Nya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu, maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah sebarang sekutu padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa)".

“Seperti diketahui ujian yang dilalui kaum terdulu sesetengahnya lebih dahsyat seperti kaum Ad (nabi Hud), kaum Thamud (nabi Salih), kaum Luth. Jelas disebutkan oleh al-Quran kerana tidak mahu menerima ajaran yang dibawa Nabi,” katanya.

Beliau berkata, selagi bergelar manusia, mereka akan diuji dengan bermacam ujian, cuma berbeza hanyalah jenisnya. Jika dikenakan ujian haruslah bersyukur dan berusaha memperbaiki kelemahan diri sendiri.

“Sentiasalah bersabar dengan ujian yang melanda dan mengaitkan sesuatu yang berlaku dengan kekuasaan Allah SWT tidak hanya kerana faktor perubahan cuaca ataupun bumi saja tetapi kita mesti bertindak pantas menangani setiap musibah.

“Perlu diingatkan sekali lagi bahawa setiap yang berlaku itu untuk dijadikan pengajaran dan peringatan kepada manusia supaya tidak terleka mentadbir alam ini,” katanya.

©The New Straits Times Press (M) Berhad

Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com

2 Comments:

At Tue Jan 02, 12:28:00 PM 2007, Anonymous Anonymous said...

Ustaz Mohd Kamil Mohd Salleh, used to be my colleague last time.

kelas kan mak ada kawan dari jakim

 
At Fri Jan 05, 09:02:00 PM 2007, Blogger Unknown said...

Tu la pasal ramai warga di western world nih dah ramai yang jadi atheist atau agnostic at elast simply because they don't understand this concept. Diorang kata "If God exist, why is there so much shit in the world? Why bad things happen to good people?" Sapa nak jawab??? As for a muslim people like us, we know ittew semua adalah ketentuan Ilahi and like ur article said too, ada natijah nya jua. Wallahua'lam

 

Post a Comment

<< Home