Wednesday, September 28, 2005

MARAH..marah ke?


Jeng jejejengg!!

Curtains up, general lights on…(sambil lagu pembukaan pentas bangsawan dimainkan)



Syair Penglipurlara

Kisah bermula
Di tanjung muaraaaaa
Kisah berkisar
Puteri Gerhanaaaaaa

Cantiknya manisssss
Lembut suaraaa
Tapi sayangnyaa
Amarahh sentiasaaa

Jeng jeng jeng

Babak satu:
Di tepi tasek yang keluar dalam Mastika *mati la Mastika
Puteri Gerhana dan Putera Cahaya Bulan dalam keadaan sentap menyentap


Puteri Gerhana
KEKANDA! Apakah gerangan kekanda keluar bersama Cinderlolo *pengsan kah LL? malam semalam kekanda?!!! Chantek ke dia??? *mati la Adam (dalam nada yang sangat MARAH)

Putera C.Bulan
Dinda, kenapa marah-marah ni?? Kanda tak buat apa-apa pun dengan Cinderlolo malam tadi, Cuma kami terlanjur jerh…ooops! (Puteri Gerhana dengan AMARAH yang sangat terus menampar Putera C.Bulan)

PRAP!!!!!

Putera C.Bulan
Aduh Adinda!! Mengapa telah membabap kekanda?? Haruslah kekanda tidak dapat duduk dengan betul akibat babap adinda itu! Adinda! (dengan nada memujuk) Mahukah adinda kekanda masukkan ke kelas Anger Management 101 for Dummies?

Puteri Gerhana
(Dengan AMARAH TAHAP DEWA CIPAN terus memelangkung kepala Putera Cahaya Bulan dengan high heel @ platform 5” – gesture: cekak pinggang mak dara) MAK SENTAP! !@$#%^&&*(*(^*(!!!!! $^%&^&*(&(*(*&^!!!!!

TIRAI BERLABUH
LAGU PENUTUP BANGSAWAN dimainkan

* Caption gambar: Saat bahagia Puteri Gurhana dan Putera Cahaya Bulan, while it lasted sebelum Putera C.B kuaq dating dgn Cinderlolo kat Tasek Mastika **sekadar gambar hiasan *** TQ to
http://www.sriwarisan.com/

Marah.. well, itu my short introduction to MARAH, Mrasalah. Well, MARAH for me ade macam2 jenis, degree and levelnyer.. ala2 marah dengan diri sendiri , marah dengan student, marah dengan colleague, marah tahap manja, marah tahap cipan, marah tahap dewa-dewi remaja, marah tahap dewa dewi sentap gaban dan marah tahap tak-tahu-nak-kata-apa-sampai-terduduk-dan-diam-membisu. Yeszza…

Punca marah: macam2 ye u ols… selalunye yang tak kene dengan diri dan tahap psikologi kita pada sesuatu masa dan apa-apa stetment yang tak kene waktu dan tempat yang amat mudah membakar ulu hati kita, lalu darah yang berjalan dalam badan kita ni terus ala2 mendidih..ala2 macam memasukkan air dalam cerek dan dijerangkan yer….

Erm..kesan dari marah: boleh mati u ols… kene reti control marah ni..marah ni pun can bunuh diri, can makan diri as well..so kene pandai control..ala2 bak kata pepatah:

Terlajak perahu can reverse, terlajak kata…Die La Bonda u ols!!! Aiyoh DIE!

Haaaaa kan? Ala2 ni scenario yang pernah I dengar… seorang cik puks ala2 sindirlola sorang DIVA ni, manakala, mendidih blood go upstairs la DIVA ni.. aiyoh..terus la kene sangsang dan kes ‘pull the tudung and pijak the tudung in public’ huhuhu DRAMA! I like!! (this really happened in CM tahun 1995) dan manakala cik puks itu pun terkesima dan mrasalah dengan tamparan serta tarikan tudung yang lalu telah di HARGH TUIHHH!! *mati la Leo di dalam public…huhuhuhu…cik puks itiew..mana mau letak muka???

Pernah jugak my anak didik setori mori dekat I ala2 sentap dengan Pak Guard dan Mak Guard yang selalu nak saman menyaman sesuke hati they ols.. aiyoo… semata-mata sebab pakai kemeja atas paras punggung… ermmm..ade jual kemeja pompuan masa kini trend terkini yang bawah paras punggung u ols?? *mati la FAB Lea menjawab! Aiyoo…. Sasah baju Mak Guard pun ATAS PARAS PUNGGUNG…how?!! So disebabkan terasa SENTAP ya amatz..anak didik hems pun habaq la fakta uniform Mak Guard atas paras punggung itu juga, manakala Mak Guard it uterus MARAH dan telah menyaman anak sisik hems itiew…aiyohhh… Marah ni ala2 disebabkan EGO ke? Erm pls jawab!

Marah paling seram seriau ibarat video Idrus plak bile orang simpan anger dia… ayoo..dia kepamkan dan benamkan marah dia..tup tup tup..tetibe…MELETOP! yesza! Harus u ols…ni tahap marah paling tinggi yang I sentiasa avoid..hhuhuhuhu! Manakala bila emosi meninggi, so pelbagai lagi kemarahan yang akan ditonjolkan…. Manakala…terlahirlah blog TRULYSIASAT *mati la lalang

Lea… please SHADDAP kan mak… erm...Marah ke?

Ok.. so, how do I usually deal dgn MARAH ni yer… hmmm…

1. Take a deep breath…
2. Istighfar sekali atau berkali2
3. Sebut ALLAH over and over and over
4. Compose balik diri sendiri, jangan melatah…dan analyse semula kenapa atau punca AMARAH itiew
5. Istighfar lagi
6. baru la tackle punca AMARAH itiew…

adalah sangat sangat tidak perlu untuk MELENTING bak Kak Julie Dahlan di YM yer… *mati la Boy Renoma


Jengg jenggg jengggg….

Manusia: Mak cik! Mak Cik nih awat siap ngan rolling pin ni?? Mak Cik dok marah kat sapa nah?? huhuhu Mok Cik oiii... kalau ye pun nak marah-marah..pi marah kat blog orang lain ah.. Oooo.. Mok Cik dok marah kat LALAT2 dan LALANG2 yang dok menyemak kat blog orang ehhh?? aiyoh...Mok Cik.. FYI... blog ni lom ade Lalat atau Lalang... erm..Mok Cik tgh buat kuih raya ke Mok Cik? nak order la kuih tart....

Mok Cik: Dok aihhhh!! ni ha Mok Cik tgh marah kat PENGEBOM BERANI MAMPOSSS kat YM tu haa.... apo namo dio? Ann_Pilus?? *mati la pengebom itiew...... Eh... kuih tart nak berapa balang???

**SILA HABISKAN DIALOG DI ATAS... tq.

Tuesday, September 27, 2005

Bukan Lalang Ditiup Angin

In The Name of ALLAH, Alhamdulillah, the diploma showcase for this semester finally closed on Sunday night. Praise ALLAH again the playwright REALLY ADORED our interpretation of his playwright that was written 35 years ago. So here are a few photos I took during the show.





Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar

Wednesday, September 21, 2005

Me and some friends...


Bismillahirrahmanirrahim

It's been a hectice week for me as BLDA would be up this weekend, and the costumes are almost done, but last Monday, I managed to squeeze time for PESKA, my cultrual dance troupe at varsity for the closing of the Convocation Fayre. My juniors (and some of them my students) also danced for the occasion.. well people here are some of the pics....














Isis came as well. Thanks Isis for helping us out...next time, datang la lagi... :) jangan serik ok! heheh, we had FUN updating each other regarding Gossips from our YM friends...






And here are some random pics from the show.... Would update later on BLDA... gosh.. there's a major tech glitch at the auditorium..I have no feelings towards it, just feeling empty, I don't know whats wrong with me tho... hmmm...


Me and the dancers whom I helped prepare for the show.. hmm...Missed performing!

The make up for the show.. Yellow-Green and glitter.. shown here is Baby, she did the make up herself

I guess that i'm really vain, I LOVE this pic of myself... huhuh...flawless!! *mati la keperasanan

Bile la aku nak ade digital camera yang VASTT yang membolehkan I mengambil pics show yang lagi gedebas dari ni? hmm...

And lastly..this pic was taken last Friday (yes..that explains the Ketayap and White Nehru) huhuh.. ok ke u ols?


Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar

Thursday, September 15, 2005

Lets renungkan....

Mekah digegar gempa bumi

MEKAH 14 Sept. - Gempa bumi yang menggegar kawasan kejiranan Al-Otaibiyyah, dua kilometer dari Masjidilharam awal pagi kelmarin menimbulkan kegemparan dan panik kepada penduduk kota suci ini.

Gempa bumi yang dipantau di Madinah yang terletak 300 kilometer dari sini mencatatkan kekuatan 3.7 skala Richter.

Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa atau kerosakan pada bangunan dilaporkan berlaku dalam bencana itu.

Penasihat teknikal geofizik Persatuan Geologi Arab Saudi, Dr. Ian Stewart berkata, skala gempa bumi di kota ini tidak membimbangkan.

Kali terakhir Arab Saudi dilanda gempa bumi ialah pada 1995 yang berlaku di wilayah Tabuk, pantai barat laut negara ini dengan kekuatan di bawah tiga pada skala Richter.

Gegaran susulan yang berlaku antara dua hingga sembilan jam itu turut menimbulkan suasana tegang di kota ini.

Siraj Muhammad Omar, 23, seorang penduduk di Al-Otaibiyyah berkata, dia bersyukur kerana tidak ada kerosakan dalam kejadian itu.

Katanya, dia merasakan bumi bergerak empat kali dengan gegaran pertama dan yang keempat dirasakan paling kuat.

Siraj dan tujuh ahli keluarga lain merasa amat takut selepas gegaran pertama dan bertindak melarikan diri ke atas bumbung rumah.

Warga Maghribi, Muhammad Baid, 22, pula memberitahu, dia keluar dari rumah selepas gegaran pertama dan kembali selepas keadaan kembali normal.

Gabenor Mekah, Putera Abdul Majeed berkata, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian dan maklumat terperinci mengenainya.

Kekuatan gempa bumi 3.7 pada skala Richter merupakan kategori kedua gempa bumi dalam skala berkenaan di mana gegarannya akan dirasai namun ia tidak menyebabkan sebarang kemusnahan.

Menurut skala yang diperkenalkan oleh ahli seismologi, Charles Francis Richter itu, kemusnahan dapat dilihat apabila kekuatan gempa bumi mencecah magnitud 6.0 ke atas. - Agensi


Edisi Nasional: Sangka kerja letup batu
Oleh Yusri Abdul Malek, Nazarali Saeril dan Mohd Nur Asnawi Daudam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Mulanya saya sangka gegaran dirasai itu kesan kerja memecahkan batu berdekatan rumah dan tidak mengetahui sebenarnya gempa bumi,” kata seorang rakyat Malaysia yang menetap di Makkah. Peniaga, Zaki Mohamad, 45, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa jam apabila dimaklumkan jiran yang turut merasai gegaran berkenaan.Dia berkata, biasanya aktiviti memecahkan batu dilakukan ketika siang saja dan dihentikan waktu malam.“Gegaran itu hanya beberapa saat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro dari Makkah, di sini, semalam.Menurut Zaki, dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan semua ahli keluarganya selamat.Katanya, rumah tiga tingkat yang didiami keluarganya tidak mengalami sebarang kerosakan atau keretakan.Dia difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi itu.“Kejadian itu yang pertama dialami sejak menetap di Makkah hampir 30 tahun lalu,” katanya.Dalam kejadian itu, gempa bumi berkenaan menggegarkan penempatan Utaybah yang terletak dua kilometer dari Masjidil Haram, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan itu, tiada kecederaan atau kerosakan bangunan dilaporkan tetapi menurut penduduk, mereka terdengar anjing menyalak sebelum gegaran serta bunyi seperti letupan.Menurut Arab News, gegaran kecil berlaku antara satu hingga sembilan jam selepas gegaran utama, menyebabkan ketegangan di bandar raya berkenaan.Sementara itu, jurucakap Za Hafiz Travel yang membawa rombongan jemaah umrah dari Malaysia ke Makkah, Zainal Abidin Yusof, berkata wakilnya di Makkah tidak mengetahui kejadian gempa bumi itu.“Kami ada membawa jemaah ke sana sekarang tetapi tidak pula dimaklumkan berlaku gempa bumi,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tajul A Mohammad, berkata gegaran berlaku jam 2 pagi.“Gegaran direkodkan ialah 3.7 pada Skala Richter,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, malam tadi.Menurut laporan akhbar The Nation yang turut difakskan Tajul, hanya sebuah rumah di kawasan berbukit dilaporkan mengalami kerosakan kecil manakala tiada kecederaan di kalangan penduduk.Bagaimanapun, terdapat beberapa gegaran kecil sehingga jam 11.30 pagi semalam.Ada penduduk di kawasan berhampiran seperti Al-Azhary, Al-Hujoom dan Jarwal tidak langsung merasai gegaran berkenaan kerana terlalu kecil. Penduduk yang merasainya pula keluar dari kediaman masing-masing kerana beranggapan gegaran akibat daripada serangan bom pengganas.

Subhanallah Alhamdulillah

Lailahailallah Allahuakbar

Wednesday, September 14, 2005

Press Conference for Bukan Lalang Ditiup Angin

Thank You ALLAH. The press conference for Bukan Lalang Ditiup Angin was succesful this morning. Lots of Press came for the PC and it would be featured in MELODI TV3 this Sunday...Good Luck to all !!! for show information, please click on the photo below. Thanks!

Its drawing near..... just 1 week till the curtain goes up. It's my latest costume design so far... Dead nervous! Well, I've been 'consigned' to design for this production... whats the 'consignment' ah?? hehehe... *mati la Mgt students!!


Laga Ayam


BORIA!!!


Chulan (in black) with Kintan ...


Hadi Oh Hadi


Kintan: Oh Hadi... di manakah Hadi...?....


Kintan and Hadi


I like this scene...


Scene: Dosa Ayah


Mak Andak....


Bunyi Berdentum Memanglah Hujan, Bukannya Lalang Ditiup Angin......


Some of the Actresses, Emcee, Actors (Isis...specially for you) and Oda de la Reporteur mengasking questions.....


The Final Year Students (Managementand Acting) at the Press Conference today.... Aww..Look at their BORED and SLEEPY faces..hehehe * die la bonda!

Tuesday, September 13, 2005

Al Fatihah



Inalillah Wa Inalillahirajiun
Dari ALLAH kita datang, kepada ALLAH kita kembali
From ALLAH we come, to ALLAH we return.

A Friend passed away today. I do not know what my true feeling is at the moment. I cant cry, I cant laugh.. Im just dazed by the news.

May ALLAH bless his soul ever after. Al Fatihah untuk Idan KJ.

Amin

Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar

Saturday, September 10, 2005

HUHUHU!!!! I made it to the SSBM listing!!!

Bismillahirrahmanirrahim




Hehehehe!!! After sahur baru sat ni, I pun getek la nak masuk blog Lea...mane la tahu ade update...huhuhuhuhuiiii!!! ada FIESTA SSBM (Sesungguhnya Statement Berani Mampos) aiyohhh... manakala when I scrolled down... MRASALAH u ols!! Huhuhuh! pesta Kak Nam kat tag board Lea (yang jarang-jarang I nak lepak situ *die la bonda) yang at that time I was there...telah DIANGKAT DENGAN RASMINYA sebagai SSBM...termasuk dalam FIESTA ENTRY lak tuh...aiyoh.....(nak jadi DQ japs) huks! huks! Sobbb! (sambil menghembuskan hidung ke sapu tangan sutera bersulam biku) hehehehhe..... terasa bangga sebab jadik contributor kepada koleksi keSSBMan kat blog Lea yang berprestij dan penuh gaya keunggulan itiew... hehehe...hmmm... adakah blog I akan dipanahi dengan cahaya laser dari Otai-Otai Bloggers seperti CD dll yang bersekutu dalam hal ini? lets wait and C...huhuhuiii *mati la aku!

ok u ols... tu aje entry kali nih...


Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar

Wednesday, September 07, 2005

Yooo Lahh!!

Bismilahhirrahmanirrahim


Maka Yooo Lahh! Ambo Tubuh Begelar Puteri Bota antaro kesore nak menuka diri jadi sekuntum bunga de ambo nak tabo penyekak atah kapal jung suluk kapa ulano ni...Saaaa!!!

he he he... well, i've been eliminated from Bloggers Idol and it is not the end of the world... Well, I guess it would be for some people in the USA... well.. It's all God's work, so, be strong on hold on to what you people believe.

Well, this entry is going to be different somehow... I do not know how different it would be, but its gonna be... aiyoh..how?

Hile ghoyat berito timbo....berito timbo gakkk.... I dedicate this entry to a make up job I just did last weekend. Ambo buak make up untuk Mok Yung Raja Tangka Hati di MTC Jale Ampang..Watie Elite jadi Pok Yung Muda... Ambo tuke buak Eye Shadow dia...hehehe. One thing I have to mention here, personally, I really salute Watie for taking the challenge to become a Pak Yung Mudo, She has the ANGIN ( spirit) Mak Yong in her, that was why her performance was great. Alhamdulillah. Well, I have to congratulate Mala, the director herself as she helped to shape Wati to be what she was...aiyohhh...mek suke suke suke.... Mala is actually the grand daughter to the late Khatijah Awang, recipient of the National Arts Award some years back... Mala..GREAT JOB!

Panah rasa dale hati! kerana mu loh Raja Tangka Hati tok sir kat aku! Celaka Mu nih! Kalu diri mu nok raso, rasolah pada hari ini ambo nak godang mu lintang empat puluh bujur empat puluh! Berfikir kami dale hati gamok dale dada gak.. Ayolaaahh !!! GEDEBUK! GEDEBAK! hehehehe...ini lah line Mus.. I just got to know him in this production, such a great guy, he teaches yoga around town, and dia ni ex Seni Kreatif USM and ASK... I like his sempoiness and he was the best for this Puteri Bota character....hehehe... u readers should have seen him...hillarious...and very good acting.. Making him up was not difficult at all, eventhough I really emphasize on this particular character. Hmmm...suke sangat la aku drag kan orang kan....ekekekek *mati la aku....

Hehehehe... So that is about my new found friend, Mus...I've actually heard of him dari dulu lagi, tapi ni la baru 1st timeI keje dengan dia... Hmmm..This production also I dapat keje dgn kawan-kawan yang I dah biasa kerja with... Most of them ASK graduates..Kma, Intan just to mention a few.. oh yeah... Yuni and Mardiana..whom I've worked with them during MYRTH di IB 2 years ago.....Sape lagi...YEah... Hadi Tahir... DEWA BETARA GURU...he is my student's Beau...heheh..erm... and of course ramai jugak yang I keje with for the first time...... Pic sebelah kiri tu la Hadi.

Maka Yoo lah tubuh ambo begelar Mak Ikan Jerung antara kesekor nak kirat ke pintu koto puloknyo.... Saaa!!! heheh.. this is K'ma's line...Kma jadi Mak Ikan Jerung and Raja Besar Mengkuang, Raja Tangkai Hati's father inlaw. Kma played this role of a Shark in the MYRTH production at Istana Budaya 2 years ago... I first met K'ma when I was freelancing with Centre Stage around 1999 where he was a mad hatter...giving out balloons to the public when Mid VAlley Mega Mall opened its doors to public...

And, this is the Director herself, Mala, the grand daughter of Allahyarhamah Khatijah Awang, the Mak Yong Primadona and recipient of the National Arts Awards a few years ago. Well, I am proud of her as she is keeping the Traditional Arts alive. She is the new generation of Mak Yong practitioner and what she had done to Watie Elite.. I really must congratulate her... She is the third generation of (if not mistaken) Sri Temenggong Mak Yong Troupe to keep the dying Mak Yong arts alive. Syabas Mala!
Well, this is the longest entry i've worked on... 3 days im a row as my IE Browser keeps playing up. So that was my weekend last weekend..huh? Really past tense huh? he he he *die la bonda!
sat lagi update lagi....hehehehe
Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar

Friday, September 02, 2005


Our host...... so this was where the production team, artistes put up for rehearsals for the Ambang Merdeka celebrations for the Johor State Level National Day celebrations.


first group outing at Bandar Segamat.... it was obvious taht we were visitors..hehehe


First rehearsal on stage at Dataran Segamat


Prop making, fitting costumes and of course, moi....heheh


Rehearsals, more prop making and people behind the scenes


hehehe... FRU trucks...Meal at the dining hall and on the way to the bus for Tech


L is the word.... L for L A T A H...heheheh, shots taken before going for the TECH rehearsal which somewhat did not turn out to be a Tech at all.. lots of Tech problems.. but we made it fine.


It was also my Head of Dept's Birthday... so Prof Najib bought a cake for the occasion and all of us celebrated H.T's birthday... HAPPY BIRTHDAY CHE HAMZAH!


Full Dress 29/8/05. 1-4 Make Up time 5. Example of theatrical-mime style make up for large audience 6-8 Making their faces up 9-16 shots taken of the casts in costume before the Full Dress- which only our group turned up for...


Shots of Puteri Gunung Ledang in costume. The concentration was on the headgear made specially for the production


1-6 Me in make up and costume 7.Adi doing make up for one of the choruses 8-12 My 04 students doing their mid-term make up exam for the show 13-16 Segamat Chorus and warm up prior to show


1. PGL 2. PGL 3. Nenek Kebayan 4. My Audio Man and Prop Crew 4&5 Me after the show 6-10 Post Show Supper at Restoran Arshad Posted by Picasa


The final day in Segamat...some shots taken of the guest house I stayed in...and of course pics of Gunung Ledang taken from the car on the way back to KL Posted by Picasa

Thursday, September 01, 2005

MY DREAM VACATION - 3rd week assignment - VOTE 4 THIS BLOG (Click here to take u to the polls)





Bismillahirahmanirrahim.....

Wahhh.. dream vacation..... Do I have one?...erks... hehehe... Anyways, before I start this entry of mine I just want to thank those who voted for my blog last week. As from the 25th-31st of August, I was busy in SEGAMAT preparing for a pantomime for National Day Celebrations for the Johor State Level celebrations... busy busy busy... dalam busy busy itiew, tak le pulakkk terpikir nak take a break ke ape..sebab = I enjoyed what I was doing, Alhamdulillah......

Okeh... I think in general sumer orang sure ade dream vacation kan... to get away from work, stress etc.. so macam-macam la destination yang difikirkan sesuai.. as for me... I had been around the globe myself, Alhamdulillah I've seen most parts of the world, mostly western countries and neighbouring ones... Alhamdulillah again....

So..apakah kaedahnya dan motifnya destinasi impian Q??? Well..... here goes... I DONT HAVE ONE!!! eh wait... I do.. I do!!! heheh .... the destination tu tak tau la pulak kat mane kan... so I guess I have to make it up... do I? no I don not have to....:P *die laahhh like this...cannot decide...

Aiyo...die la intro panjang, sure kene komen *Die la bonda!

My dream vacation kan ade banyak factors yang perlu ade..to make it a dream come true...

Factor 1: I could relax - harus la kan vacation ni ala2 untuk merehatkan diri....
Factor 2: BUDGET - ini actually top most priority...tapi memandangkan I rasa I ni selalu stress (stress ke??!!!) so i have to say, to relax is my main priority for my dream vacation
Factor 3: DESTINATION...hah this factor would have to fit my top two priorities..sebab duit and relaxation tuh penting
Factor 4: SHOPPING and getting ideas, inspirations, educational - I need this to generate my right brain...bab shopping tu mmg trademark... pi Segamat pun...bleh shopping bagai!! :P *Idop Syarikat Rejinah!!!

Looks like I DO HAVE a dream vacation at all... and I do dream to go to Jogjakarta, Indonesia.
KEnapa Jogja? well...

1. Very educational destination, rich in history and textures, the arts movement in Indonesia is centred here as well...
2. RUPIAH U OLSSS... bahagia-bahagia-bahagia...shopping heaven ok.. seswaiz dgn Q yang suke kumpul Busana Tradisional....
3. Sebab ade kawan kat Jogja..sedang belajar di sana dong!! hehe...so ade la tourist guide kan... haaa....tak vgue the vassszt gitewww???

Jogja ade banyak attractions yer.... one of them is the ever famous PRAMBANAN TEMPLES...relics from the Hindu civilisation ages ago... there are even ancient KERATONs (Palaces) in Jogja..where most classical Javanese Dances are born... Well, I rasa it wont be a relaxed jalan-jalan vacation, sebab kene hike here and there, jalan here and there...



Well, sesungguhnya Jogja has lots of secrets to be discovered... I want to explore not only the touristic stuffs but to explore the streets and markets... in the hot and humid and clammy climate... hehehe... adventure jugak... dah tu, dapat pulak tengok the cultural performances which has a strong rooting from the ancient times. Listening to the sounds of gamelan and different dialects of the tongue....hehehe...that's what I dream of... hmmm... very the lah karangan budak from 1!! *die la bonda! tapi kannnnnnnn.... satu je yang I nak discover lagi pasal Jogja... the night life and.....the ...heheheh...malu laaa.... tak seswaiiii nanti ade org bace kat sini...but here goess... the Avang2 Jogja...hehehe.... adakah sesuatu seperti kisah2 Leez di BALI??? so I guess I have to Jogja and discover it myself..ok..now... when am I goin?... anybody nak tag along??

... Aiyooo very plain lohhh this entry... very very very.... HUARGHH!!!! tensi tensi!!! Bloody hell i dont even know what im blabbering aboot! *die la bonda again....PrAAp!

er...u ols yang baca ni lets la share ur DREAM VACATION dgn I.....

apa KIE kata:

" mak busy u ols.... tgh nak cari lagu Penasaran KD nak wat show... takde masa nak pi vacation-vacation nihhh..!!!"

apa LEO kata:

" hah u ols! (sambil ketuk meja) apa vacation-vacation??? jangan nak membatakkan diri yer! u ol ni sekolah ke tidak ahh???"

so apa kata anda??? silalah komen yer....

ehem.......