Lets renungkan....
Mekah digegar gempa bumi
MEKAH 14 Sept. - Gempa bumi yang menggegar kawasan kejiranan Al-Otaibiyyah, dua kilometer dari Masjidilharam awal pagi kelmarin menimbulkan kegemparan dan panik kepada penduduk kota suci ini.
Gempa bumi yang dipantau di Madinah yang terletak 300 kilometer dari sini mencatatkan kekuatan 3.7 skala Richter.
Bagaimanapun tidak ada kemalangan jiwa atau kerosakan pada bangunan dilaporkan berlaku dalam bencana itu.
Penasihat teknikal geofizik Persatuan Geologi Arab Saudi, Dr. Ian Stewart berkata, skala gempa bumi di kota ini tidak membimbangkan.
Kali terakhir Arab Saudi dilanda gempa bumi ialah pada 1995 yang berlaku di wilayah Tabuk, pantai barat laut negara ini dengan kekuatan di bawah tiga pada skala Richter.
Gegaran susulan yang berlaku antara dua hingga sembilan jam itu turut menimbulkan suasana tegang di kota ini.
Siraj Muhammad Omar, 23, seorang penduduk di Al-Otaibiyyah berkata, dia bersyukur kerana tidak ada kerosakan dalam kejadian itu.
Katanya, dia merasakan bumi bergerak empat kali dengan gegaran pertama dan yang keempat dirasakan paling kuat.
Siraj dan tujuh ahli keluarga lain merasa amat takut selepas gegaran pertama dan bertindak melarikan diri ke atas bumbung rumah.
Warga Maghribi, Muhammad Baid, 22, pula memberitahu, dia keluar dari rumah selepas gegaran pertama dan kembali selepas keadaan kembali normal.
Gabenor Mekah, Putera Abdul Majeed berkata, sebuah jawatankuasa akan ditubuhkan bagi menyiasat kejadian dan maklumat terperinci mengenainya.
Kekuatan gempa bumi 3.7 pada skala Richter merupakan kategori kedua gempa bumi dalam skala berkenaan di mana gegarannya akan dirasai namun ia tidak menyebabkan sebarang kemusnahan.
Menurut skala yang diperkenalkan oleh ahli seismologi, Charles Francis Richter itu, kemusnahan dapat dilihat apabila kekuatan gempa bumi mencecah magnitud 6.0 ke atas. - Agensi
Edisi Nasional: Sangka kerja letup batu
Oleh Yusri Abdul Malek, Nazarali Saeril dan Mohd Nur Asnawi Daudam@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: “Mulanya saya sangka gegaran dirasai itu kesan kerja memecahkan batu berdekatan rumah dan tidak mengetahui sebenarnya gempa bumi,” kata seorang rakyat Malaysia yang menetap di Makkah. Peniaga, Zaki Mohamad, 45, berkata dia hanya menyedari kejadian itu selepas beberapa jam apabila dimaklumkan jiran yang turut merasai gegaran berkenaan.Dia berkata, biasanya aktiviti memecahkan batu dilakukan ketika siang saja dan dihentikan waktu malam.“Gegaran itu hanya beberapa saat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro dari Makkah, di sini, semalam.Menurut Zaki, dia bersyukur kerana tiada kejadian buruk berlaku dan semua ahli keluarganya selamat.Katanya, rumah tiga tingkat yang didiami keluarganya tidak mengalami sebarang kerosakan atau keretakan.Dia difahamkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi itu.“Kejadian itu yang pertama dialami sejak menetap di Makkah hampir 30 tahun lalu,” katanya.Dalam kejadian itu, gempa bumi berkenaan menggegarkan penempatan Utaybah yang terletak dua kilometer dari Masjidil Haram, kelmarin.Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan itu, tiada kecederaan atau kerosakan bangunan dilaporkan tetapi menurut penduduk, mereka terdengar anjing menyalak sebelum gegaran serta bunyi seperti letupan.Menurut Arab News, gegaran kecil berlaku antara satu hingga sembilan jam selepas gegaran utama, menyebabkan ketegangan di bandar raya berkenaan.Sementara itu, jurucakap Za Hafiz Travel yang membawa rombongan jemaah umrah dari Malaysia ke Makkah, Zainal Abidin Yusof, berkata wakilnya di Makkah tidak mengetahui kejadian gempa bumi itu.“Kami ada membawa jemaah ke sana sekarang tetapi tidak pula dimaklumkan berlaku gempa bumi,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.Sementara itu, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tajul A Mohammad, berkata gegaran berlaku jam 2 pagi.“Gegaran direkodkan ialah 3.7 pada Skala Richter,” katanya dalam satu kenyataan yang difakskan, malam tadi.Menurut laporan akhbar The Nation yang turut difakskan Tajul, hanya sebuah rumah di kawasan berbukit dilaporkan mengalami kerosakan kecil manakala tiada kecederaan di kalangan penduduk.Bagaimanapun, terdapat beberapa gegaran kecil sehingga jam 11.30 pagi semalam.Ada penduduk di kawasan berhampiran seperti Al-Azhary, Al-Hujoom dan Jarwal tidak langsung merasai gegaran berkenaan kerana terlalu kecil. Penduduk yang merasainya pula keluar dari kediaman masing-masing kerana beranggapan gegaran akibat daripada serangan bom pengganas.
Subhanallah Alhamdulillah
Lailahailallah Allahuakbar
0 Comments:
Post a Comment
<< Home