Wednesday, June 28, 2006

many happy returnss LL!!


Happy 27th Birthday
Nurlea Laurielle Abdullah
Many Happy Returns !!!
Wishing u all the best gurl. Mrasalah its just numbers! *mati la CB(H)2 ekekekekkeke... anyway, yang penting young at heart and lantak pi apa orang nak kata..ya daaak???


mrasa.


Jazakallahu Khair





*pls click on pic to go to her blog

Image hosted by Photobucket.com

Thursday, June 22, 2006

Apa yang ingin kulihat konsert AF4



Berangan ke saya? hehe? Well, suggestions of wardrobe for the stduents according to song.

What factors do I look at upon suggesting the costumes

  1. Song
  2. Choreography
  3. Silhouette of performer
  4. Backup dancer's costume

    Tema Besar: IRAMA MALAYSIA exception to Zila, Farhan Haziq and Faizal

Farhan

  • Farhan would do with a simple black number, with minimal embelishment at the neck opening. Her accesories also minimal. A diamond stud for her ears is enough. Black smokey eye detail for her make up and her hair up. This sort of image wopuld not only enhance her vocal prowess but would put her upfront as a confident contestant. She would just have to project her persona through her voice rather than her image. Personally for me, she has the package and I could see her being the next YUSNI HAMID.


Zila

  • ni baru sesuai buat image ala2 Coyote Girl. High boots, tight jeans, white tank top cover dgn red blouse/shirt, tied in front. why red? - it is because of the content of the song. The song theme is literaly about a guy who fancies you (singer), yet he tells you all of his 'escapades' with other women, thus the singer is gearing herself up so that she would not get hurt emotionally. As for me, i see the BOOTS as a metaphor of saying that the singer is not a girl to be fooling around with as she too, can play at the game. The REDness of the blouse should connote that she to could be dangerous as well as dominant in the courtship. Dressing Zila up in something red and with knee-length boots uoghta do the trick.

Velvet

  • one of those citrawarna style costumes. Not too colourful tho. I would go with a mandarin collar long sleeve top (organza) or a twinkle satin kebaya top, with a songket kemban. The sarong would be a batik or songket pareo, below the knee length. This silhouette is suggested as Dikir Barat is from the Kelantan, and the costume represents the folkness of the song, depsite the the word PUTERI. The PUTERI would be represented by the choice of fabric or accesories. It would be allright is Velvet is given a simple bun, but bedecked creatively with traditional inspired accesories. Not too much tho. The backup dancers, if any, should just wear a baju kedah tucked in a batik sarung with a piece of pareo or plain coloured fabric worn around the waist. The color I would go for velvet is more to Golds and lime green. The gold would connote the PUTERINES and the green is more related to nature as well as fresh.

Salima

  • She would be presenting the Academy's Principal song. Ramli Sarip for me writes his songs poetically and has hints of sufism in his songs. After going through the lyrics, the first thing that came across my mind is ANGELIC. I could actually see Salima in a what westerners say Islamic Garment. Islamic Garment by our standards is Busana Muslim, an outfit that compliments the Syariat (teachings) of Islam. Yet, one could take a further step, I see her in a flowy white chiffon robe, with a light blue crepe or saree Salwar Khameez beneath it. Instead of a tudung, why not opt for a turban or African head wrap thingy (just like Rahimah Rahim) - This idea was actually being discussed by a frew friends here and there. ERTE would be a great inspiration for Salima's image this week.

Diddy

  • A simple ethnic style tunic with ethnic print to represent the Nusantara. Simple see thru top with simple wrap around pants. That would just do the trick for Diddy this week. As the lyrics are very simple, he should be presented simple as well. I think majority of the audience would want to see his physique, that is why I suggest a light-weight linen or indian gauze top with motifs to represent the Nusantara element. Earth colors such as beige or light brown would be best as the songs touches about the roots of the Nusantara people. The simplicity of the image suggested would contribute to the choreography as seen in the AF Diaries, especially with the Joget sequence.

Lotter

  • This lad would be belting out Ramli Sarip's Bertemasya Desa Gemalai . The song is basically about reminiscing the good old times back in a rural village. The nature of the song is very earthen as well as it raises the question of one's roots. As lotter is very small framed lad, I suggest that he should wear a simple tunic cut top with string-tied pants. I am aware that this silhouette seems dull, but the top could be textured with hand-stitched embroidery just to create something different on the surface.

Haziq

  • I've never heard this song before. The first part of the lyrics is very human-human relationship but towards the foutrh verse onwards, it seems to be very Sufi for me. It really sounds like a relation between man and God. Haziq would be well presented in a dark pin stripe single breasted jacket, white or grey shirt with straight cut jeans. The image he would portray is much more relevant to the fourth verse onwards, where, one gives him self up to the infinity (black space). In fact, simplicity is the best and safest solution. Erm, MAYBE, a little BLING would do the trick, probably by giving him a chunky ring? hehe

Faizal

  • WO! aiyoh... i really pity this Ganu Lad. Well, It's time to show MORE skin Faizal!! I see him in a sleeveless t shirt with a capital F on the back. Combination of Black and Red and a dash of white. Accesorise with BLING belt chains as well as a baseball cap with FAIZAL written over it, worn backwards. I bet the girls would be OOGLING and DROOLING over him... HEHEHE kannnn Volksss kannnn???

Amirul

  • KHATULISTIWA = EQUATOR. Another song with NUSANTARA as the theme. As Amirul skintone is very fair, it would be allright to dress him up in a funky hand drawn batik outfit. Something SHEQAL probably? No, That is over the top. Amirul should probably be dressed up in a 70's inspired shirt, but using contemporary batik designs as the focal point. Amirul really needs to be dressed up and a total make over seems necessary for him. He needs to be portrayed as a more matured person and has to look energetic and perky. As of last week's concert, it was a good attempt to dress him with the multi-coloured shirt as it gave him a different personality alltogether and it really helped his performance.

    Over all. I really hope this week's concert's wardrobe would make an impact to the audience and to the artistes themselves. Clothes maketh a man.

Jazakallahu Khair





Image hosted by Photobucket.com

Monday, June 19, 2006

at last



Segala PUJI bagiNYA. Segala PUJI dan TERIMA KASIH kepadaNYA. I'm just lost for words. I'm letting the cat out of the bag now as I have been keeping this to myself for sometime now. Some ppl knew about it anyway. Ya ALLAH, THANK YOU. THANK YOU and THANK YOU. and in this case, barulah betul kegunaan slanga adik-adik ini... tak gitu Prof Imah???

SUJUUUDDDDDDDDDDDDD !!!





Ya Tuhanku, terima kasih atas segala kesabaran yang KAU berikan padaku. Terima kasih kerana mengatur hidupku sedemikian rupa. KAU temukan aku dengan insan-insan yang sealiran, yang sepemikiran, yang sama-sama membantu serta memberi ilham kepadaku untuk terus menunaikan apa yang perlu ditunaikan serta diamanahkan. Sesungguh ENGKAU Maha Mengetahui segala sesuatu, ENGKAU yang memberi rezki dan dariMU datang segala apa yang telah ku lalui dan rasai. Segala ilmu yang ku perolehi MILIK MU, seluruh hidupku, nafasku untuk MU. Ya ALLAH. THANK YOU!
Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com

Sunday, June 18, 2006

AF week 3.. kan?




Sudah dua minggu saya terlepas untuk menonton konsert AF kerana kesibukan peribadi, namun, pada minggu ini, Alhamdulillah, dapat saya menonton sebahagian besar konsert ketiga yang menyaksikan penyingkiran Rich.

Seacara kesuluruhannya, pakaian/kostum yang digayakan peserta pada minggu ini adalah seperti minggu-minggu yang lepas. Ada yang sesuai, ada yang tidak dengan lagu dan gaya persembahan.

Pelajar lelaki diberi pilihan pakaian yang agak selamat berbanding pelajar wanita. Contoh yang baik adalah pada pakaian Lotter dan Faizal, di mana mereka diberi padanan kemeja, jaket dan seluar denim. Padanan ini sesuai dengan genre lagu yang disampaikan. Jaket Faizal yang mempunyai motif organik tampak begitu sesuai dengan lagu Ganu Kite yang dipopularkan dahulu oleh kumpulan IKLIM. Motif organik yang turut disulam dengan jemeki itu tampak seperti motif batik teknik capan yang amat popular di negeri pantai timur itu.

Namun, dalam keadaan berpakaian selamat itu, pakaian yang digayakan Diddy dan Haziq jelas tidak mencerminkan sifat lagu yang disampaikan. Diddy kelihatan seperti didalam wad sakit jiwa dengan dua helai kemeja yang dipakai sekali gus. Adalah lebih sesuai jika kemeja yang dipakai didalam berwarna kontras dari kemeja diluar. Lengan baju luar seeloknya dilipat ke paras siku dan lengan baju di bahagian dalam dilipat sedikit sahaja pada bagaian cuff nya. Gaya nusantara yang diberikan pada Haziq agak keterlaluan, terutama pada detilan seluar yang diikat-ikat. Ia tampak seperti balutan bandage atau simen pada kaki yang patah. Adalah lebih sesuai jika Haziq diberi seluar berpotongan seperti Rich. Warna kemeja ala nusantara juga agak menarik energy persembahan Haziq. Saya amat bersetuju dengan komentar yang diberikan oleh juri profesional yang menyatakan pakaian Haziq yang tidak masuk dengan pakaian penari latar. Di dalam sebuah pementasan, apa yang berada di dalam sebuah ruang itu hendaklah harmoni antara satu sama lain, ini adalah untuk menimbulkan kesatuan pada sesuatu persembahan itu jesteru memberikan impak visual yang berkesan kepada penonton, dalam kes Haziq ini, baik penonton di rumah mahupun di Dewan Sivik MPPJ.


Pelajar wanita pula tampil agak ringkas minggu ini. Gaya ala cowboy oleh Salima agak mengejutkan saya kerana dari jauh, saya tidak dapat mengecam langsung Salima. Ketrampilannya benar-benar lain dan sesuai dengan genre lagu yang disampaikannya. Beliau tampak selesa dan bertenaga sekali.

Farhan. Elegan dengan pakaian ringkas serba hitam berkilauan. Jelas, tiada elemen lain yang perlu ditonjolkan dengan pakaian oleh Farhan kerana beliau mempunyai kekuatan tersendiri dalam menyampaiakan lagu Gary Moore, Still Got The Blues. Keringkasan penampilan Farhan pada tanggapan saya tidak langsung mengganggu proses undian SMS kerana yang tertonjol adalah kekuatan bakatnya. Warnah hitam turut menggambarkan rasa lagu yang disampaikan oleh beliau iaitu kekecewaan dan kenangan terhadap bekas kekasih.

Padanan seluar caprice denim, tiub oren dan blaus dari jenis renda tidak berapa sesuai dengan penampilan Velvet. Ia menampakkan kedempakkan susuk tubuh Velvet dan ada kala beliau kelihatan seakan-akan lemas dalam pakaian beliau itu. Namun warna jingga tiub itu menyumbang kepada keceriaan dan tenaga lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Ratu itu. Menyentuh persembahan Velvet, saya berpendapat beliau tersilap pitching pada awalan lagu, kerana beliau nampak seperti cuba mengubahsuai nada nyanyian beliau.

Kesimpulannya, konsert AF minggu ini sekali lagi menampakkan peserta menyampaikan tugasan mereka dengan penuh dedikasi dan dengan daya usaha yang tinggi. Ini sudah pasti dibantu oleh pakaian yang diapakai oleh mereka kerana saya yakin, jika mereka selesa dengan apa yang dipakai, mereka akan tampil lebih hebat dan penuh keyakinan di hadapan khalayak mereka. Saya amat mengharapkan lebih ramai pereka fesyen Malaysia tampil kehadapan untuk menaja pakaian para pelajar AF4 ini dengan rekaan yang berkualiti dan mampu meresapi genre lagu yang akan disampaikan. Tidak salah jika pihak ASTRO mendekati Jabatan Senireka Fesyen UiTM atau sekolah-sekolah rekaan fesyen yang lain untuk mendapatkan koleksi yang jauh lebih menarik dan gah, disamping membantu para siswa dan siswi dalam bidang ini mengembangkan bakat mereka.
***

Taking this opportunity to wish all fathers, a happy Father's Day.

***

Jazakallahu Khair


Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 13, 2006

Doa Abu Nawas

Mari renungkan bersama. I found and copied this from a blog kept by Thoriq, a medicine student at Edinburgh University. Mule2 dia sampai sana dulu dia pernah jadi one of the models for the Malaysian Costume Presentation yang I buat for the Malaysian Food Fair.

Doa Abu Nawas

Ilahi lastu lilfirdausi ahla, walaa aqwa 'alannaaril jahiimi
Fahabli taubatan waghfir dzunubi, fainnaka ghafirudz- dzanbil 'adzimi....

Oh Tuhanku... aku tidak layak masuk syurga-Mu
tetapi aku tidak pula sanggup menghadapi seksa neraka-Mu
Maka kumohon taubat dan ampun atas dosaku
sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dosa-dosa besar ....

Dzunubi mitslu a'daadir- rimaali, fahabli taubatan ya Dzal Jalaali,
Wa 'umri naaqishun fi kulli yaumi, wa dzanbi zaaidun kaifa -htimali

Dosa-dosaku seperti butiran pasir di pantai,
maka anugerahilah diriku taubat, wahai Yang Memiliki Keagungan
Dan umurku berkurang setiap hari,
sementara dosa-dosaku sentiasa bertambah, apalah dayaku


Ilahi 'abdukal 'aashi ataaka, muqirran bi dzunubi wa qad da'aaka
fain taghfir fa anta lidzaka ahlun, wain tadrud faman narju siwaaka


Oh Tuhanku... hamba-Mu penuh maksiat, datang kepada-Mu bersimpuh memohon ampunan,
Jika Engkau mengampuniku sememangnya Engkau adalah Pemilik Ampunan,
Tetapi jika Engkau tolak maka kepada siapa lagi aku berharap ?
Ini la ringtone saya :P. Hope siapa yang baca ni dapat berfikir sejenak dan mendapat sesuatu dari ungkapan2 di atas. Begitu kerdilnya kita ini.
Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, June 06, 2006

Tempoyak and What Not


Ahad lepas ada kenduri doa selamat kat umah parents I. So, since takde tenaga nak masak2 lauk pauk, my mom decided to cater sajorlah untuk kenduri itiew. Dalam planning menu, I habaq kat my mom, nak gulai tempoyak style Nogoghi. Dan takmo membebankan caterer (MOTIF?!!) so mrasala I volunteer untuk masak gulai itu. Dalam kesibukan nak settlekan show org kawin pada malam Sabtu (entry lepaih ni) sompek la eden ni ha, keluar pegi Jalan Raja Alang di malam hari Jumaat tu untuk beli segala dedaunan dan bahan2 yang perlu. Sangat VAST sekal choices dan harga sayuran kampung di tengah2 KL itiew. Ok, untuk buat Gulai Tempoyak ni, secara asasnya kita perlukan:
  • TEMPOYAK
  • Cili Api
  • Santan
  • Segala jenis PUCUK (Ubi, Pegaga, Paku dll) dan daun (Kaduk, Tenggek Burung, etc)
  • POTAI
  • Sorai
  • Terung Belanda
  • Bunga Kantan
  • DAN LAIN LAIN yang u ol rasa SESWAI

    Cara masak.. SONANG AJO...
  • Racik/hiris all the daun2, pucuk2 halus-halus
  • Blender atau tumbuk cili padi itiew ( I also added kunyit hidup)
  • Santan dimasukkan dalam periuk, sekali with the blended stuff, TEMPOYAK (this one lagi BANYAK lagi VAST) and all the other ingredients.
  • Let it cook slowly sampai kuah santan tu jadik kale ijau2 dari penurunan warna dedaunan itu. *Pucuk ubi yang diracik seeleoknya direbus dulu dan ditoskan sebelum u leburkan dalam santan concoction itiew, ini utk elakkan rasa PAHIT (thank u TINI 4 the tip)
  • Add garam to taste
  • masak sket lagi, sampai semua empuk

VOILA! SIAP!

Memandangkan BLOGSPOT ade hal ape ntah, I takleh nak hapload gambaq... SENTAPPPP!! so mrasalah menantikan hapload gambarannya SOON ok!

Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com