Saturday, September 30, 2006

Dah Seminggu


Alhamdulillah, dah seminggu berlalu Ramadhan, ni dah masuk minggu kedua. Pantas sekali! Hati terasa sayu pula mengenangkannya. Entahlah mengapa dirasakan demikian. Semoga ALLAH menerima segala ibadatku sepanjang minggu lepas dan minggu-minggu yang insya ALLAH bakal ditempuhi.

Now dah mula rasa mim alif lam sim, especially dalam rangka masa jam 1925 ke atas. Semoga diaktifkan kembali segala aktiviti yang berkenaan selepas jam 1925 itu. Semoga segala hajat di hati tergapai oleh insan yang kerdil ini.

Sepanjang minggu lepas, seperti biasa dalam bulan Ramadhan ni, petang petang dari jam 1530 (ya, 1530 - 1700) akan saya ke PARAM. 1 Ramadhan saya telah ke Param di Kelana Jaya dan seterusnya sehingga Khamis lepas, saya ke PARAM di Stadium Shah Alam. Katanya nama PARAM itu BAZARENA RAMADHAN STADIUM SHAH ALAM. Aiyoh. PENGSAN! ala2 hadek hadek je yang kasi nama PARAM STADIUM tu.. ermm Pak Cik KW ada campur tangankah dalam pemilihan nama PARAM Stadium itiew? *lariii

Manakala ada la juga snappy snappy gambau kat PARAM KJ. Param KJ ni kira meriah la jugak pada 1 Ramadhan ari tu, tengah-tengah jalan, jumpe la si Azuan dgn Bear, junior kat Uni. Depa keje kat satu butik di Wisma GLOMAC, so dgn diorang le saya explore PARAM KJ tu. PAda 1 Ramadhan ari tu, yang majoriti penjual memperniagaan juadah berat , kuih muih Melayu agak sukar untuk dijumpai, namun tinjauan saya petang tadi dgn tuan rumah 301, semakin meriahhhhhhhhhh PARAM KJ. Variety mmg bermacam-macam. Dari Laksa Utara ke Laksa Selatan, dari Putu Beras ke Kek Batik, Dari ayam percik ke ikan bakar, lauk pauk, Subhanallah! bermacam-macam. Nasib baik fikiran masih waras, masih memikirkan lagi 21 hari Ramadhan yang akan ditempuh.



Keadaan PARAM KJ pada 1 Ramadhan 1427H. Seminggu lalu.



Artis also ado kat PARAM KJ. Contohnya ialah Dina Malaysian Idol 1... adakah selebriti merupakan salah satu tarikan ke PARAM jugek? hik.. Sian depa, manusia jugak, puasa jugak, nak jugak cari juadah, pas tu datang manusia macam aku ni ha, tanpa segan silu... memanggil dengan suara yang agak soprano kempot...muahahahah. Matike hem? hihihi... Anyway Dina, it's good 2 c u, lama x nampak kat Fac.. *oops maklumla.. i busy, u busy *mati kali kedua* DUMMM.... hehehe.

Hurm... PARAM Stadium @ BAZARENA pula, mula dijengah pada hari kedua Ramadhan. Majoriti peniaga adalah yang sama dari tahun lepas. PARAM Stadium Shah Alam (PSSA) ni juge offer pelbagai juadah yang membuat kita terkecur tatkala berjalan-jalan dalam panas terik petang-petang Ramadhan. Segala jenis air ado, Pecal ado, makanan Kelate ado, Sarawak ado, Johor ado, Melaka ado, pendek kata, semuanyo ADO. ALmost lah.

Anyways, I have my favourite stalls, yang utama is satu gerai *nantik esok lusa snappy gerai tu* yang menjual PUDDING.. yaa.. PUDING! 3 potong rm 1. Sedap dan unik. Lagi satu is gerai jual Nasi Lemak (I never bought the nasik) with AYAM GORENG REMPAH. Depa goreng ayam tu kat situ jugak, so bayangkan le... bau nye itiew.. kalau tak kuat iman, tatau la. Gerai- gerai lain also not bad, tapi pepandai la pilih. Puasa sebulan, takkan la dalam sehari nak buy from each and every gerai something kan?? (ado tau manusia mcm tu, tp tu org tu, I adalah I). Ngehngehngeh.

Sepanjang last week, mmg almost setiap hari ade je Pudding atas meja makan kat umah my mom ni.

Hurm..

On another note, dua malam lepas, pi Giant KJ. Katanya nak beli Page Flag, MATILAH ended up borong CD raya and VCD Shah Rukh Khan Greatest Hits. MOTIF sangat kan? Anyways, i bought the SRK VCD lepas tgk visualnye yang terpampang kat TV yang tergantung dalam Music Valley tu. Hurm. Penggunaan warna pada kostum yang sangat baik dan teliti dan mempunyai maksud maksud semiotik yang tersendiri. Lagu pun BEST *sambil terpasttense sat* ok. Tujuan beli VCD tu sebab nak study how the art director apply colourings to create the visual yang kuattt impactnya. Filem Bollywood kan famous for their dance sequences dalam movie kan? Macam mana SRK dan heroin dia tertonjol lebih dari extra yang berpuluh2 kat belakang depa tu? dah tu dengan segala gerak tari yang dinamiknya, Subhanallah! MARVELOUS! Faktor utama yang saya perhatikan adalah penggunaan warna dan tekstur yang terdapat padanya. MENARIK.

Mrasalah ia menjadi antara sumber rujukan saya untuk merealisasikan himpunan kostum untuk Pi Mai Pi Mai Tang Tu the Musical yang bakal dipentaskan tak lama lagi. ALLAHUAKBAR!! TAK LAMA LAGIIII....

Memperkenalkan pasukan tulang belakangnya, Hafsham berkata, selain Hafiz Askiak bertanggungjawab sebagai pengarah muzik, Meor Hashim Manap juga dibawa sebagai Penolong Pengarah, Hamzah Tahir (koreografer), Nur Afifi Mohd. Taib (pereka kostum) dan Zulkifli Ab. Rashid (pereka tata cahaya).


hishhh.. skrip pun tak sempat sempat lagi nak dibaca. ISks. Saya telah diberi amanat dari penulis skrinya, Prof Dr Hatta Azad Khan yang mahu melihat Color Scheme untuk kostum-kostum dan juga lakaran-lakaran kostum itu sekembalinya beliau dari menunaikan Umrah ke MAKKAH. Rezki sangat dapat jemputan ke Tanah Haram. Didoakan semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Mrasalah nak start baca skrip dan membuat visual research untuk mencari ilham mereka kostum untuk PMPMTT the Musical.

Ya ALLAH. semoga pancaindera yang diKAU kurniakan kepadaku digunakan dengan baik dan hanya dengan kehendak dan izinMU segalanya yang dirancang akan terhasil. Insya ALLAH.


Anyway, untuk renungan bersama, kalau ada komen, sudi sudikanlah....

Saya ni manusia, Saya ada komitmen, komitmen kepada Pencipta dan komitmen sesama manusia. Sedangkan komitmen saya pada Pencipta saya pun saya tidak tahu dimana tahapnya, perluke saya nak komit dengan manusia lain. Pencipta saya bersifat Ghaib namun wujud , dan manusia bersifat fizikal, boleh dilihat dan dirasa. DILEMMA - realiti atau saja ngada ngada? semoga ALLAH menunjukkan ia kepada diri ini. Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan ALLAH.

Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com

Sunday, September 24, 2006

Ramadhan greetings from Famous Ex Student and Friend


Woke up for sahur around 4.45 am, tu pun my mom called my mobile. So, antara nak membangkitkan diri dari katil, I checked la my phone for messages. Ada 4 sms katanya.
And one of them is from an ex student merangkap kawan sepenarian... Siapa??


Iqram katanya!

this is what he sms-ed

A'kum, para p'syarahku..
1. Ampunkan sgala dosa iq
2. Halalkan makan minum (kalu ada)
3. Niat dgn ikhlas menjlni ibadah

4. Lets enjoy da Ramadhan ;
THANK U -IQRAM DINZLY-

Subhanallah. Ingat dia kat I? hik hik. Last I met him was at the Shell station @ NKVE before the D'sara Exit few weeks before he was involved with the accident baru-baru ni. Iqram ni, so far lah, dia tak lupa siapa diri dia, kalau terserempak, sure dia akan tegur. Keep it up Iq! Semoga u ol akan menjadi seorang artis yang berdisiplin dan terpelajar. Jgn hang nak buat tah apo apo nahhh.. Hang tu celebrity, role model, well, u know what I mean kennn???? hehe..

I mula-mula kenal Iqram when he entered UiTM back in 2001 or was it 2002? I rasa 2002. Masa tu I was still a tutor at the faculty. When I came back from UK, tak sangka la kan, he was STILL AROUND. ngehngehngeh.... So, mrasa la I jadi lecturer dia masa dia punye diploma showcase, walaupun I tak jadi supervisor dia, dia selalu datang borak-borak and ask for ideas.

Apa-apapun, hope u have a speedy recovery and percayalah, what ever happen to us, ada hikmah disebaliknya. Banyakkan bersyukur kepadaNYA dan ingatlah DIA selalu.

I am very touched with his sms. Selamat menjalani hari pertama Ramadhan.


Jazakallahu Khair
May ALLAH bless thou with kindness

Image hosted by Photobucket.com

*picture taken from Time.Net - Cleo 50 most eligible bachelor

Friday, September 22, 2006

Marhaban Ramadhan




Lama sungguh saya tak buat entry. untuk pengetahuan khalayak, saya baru selesai dengan Diploma Showcase, dengan membuat rekaan serta menjahit kostum untuk 4 produksi pelajar2 tahun akhir Diploma Produksi Teater dan Lakon. PEngalaman yang amat MENGEMPOTKAN dan penuh dengan dugaan dan KESENGALAN. Lumrah.

Malam ini pula, produksi Alang Rentak Seribu yang dipentaskan semula di Dewan Sri Budiman selama 2 malam akan melabuhkan tirainya juga. Respon penonton malam tadi AMAT MEMBERANGSANGKAN! Syukurr Alhamdulillah! Malam ni mrasalah melaram dengan baju raya, kenapa? Sebab KP saya nak buat photo shoot menggunakan set ARS, nak buat Kad Raya Jabatan... katanya. GEMBIRA.

Ramadhan Menjenguk Kembali


Syukur Alhamdulillah. Segala Puji kepadaNYA. Syukur. Syukur. Syukur. insya ALLAH esok atau lusa bermulalah umat Islam sedunia menjalankan ibadah Puasa Ramadhan.

Hayatilah seruan ALLAH yang dipetik dari surah Al Baqarah.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 2. 183.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, Chapter : Al Baqarah

أَيَّاماً مَّعْدُودَاتٍ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْراً فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ وَأَن تَصُومُواْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ 2. 184.
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. . Chapter : Al Baqarah

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضاً أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ 2. 185.
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur. Chapter : Al Baqarah

أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ فَالآنَ بَاشِرُوهُنَّ وَابْتَغُواْ مَا كَتَبَ اللّهُ لَكُمْ وَكُلُواْ وَاشْرَبُواْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَكُمُ الْخَيْطُ الأَبْيَضُ مِنَ الْخَيْطِ الأَسْوَدِ مِنَ الْفَجْرِ ثُمَّ أَتِمُّواْ الصِّيَامَ إِلَى الَّليْلِ وَلاَ تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ تِلْكَ حُدُودُ اللّهِ فَلاَ تَقْرَبُوهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللّهُ آيَاتِهِ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَّقُونَ 2. 187.
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf [115] dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa. [115] "I'tikaf" ialah berada dalam mesjid dengan niat mendekatkan diri kepada Allah. Chapter : Al Baqarah

***********

YA ALLAH, syukur kepadaMU aku dapat bertemu dengan bulan mulia ini sekali lagi Ya ALLAH. Tingkatkanlah imanku, peliharalah aku dari segala nafsu yang membelenggu. Ya ALLAH, tetapkan hati aku dalam segala apa keputusanku dan tenangkan hati ku dengan segala apa yang bakal ku tempuh.Ya ALLAH, dekatkan aku kepadaMU ya ALLAH. Amin.

******


Maka, akan bermulalah PARAM dan kemeriahan Eid Ul Fitr yang insyaALLAH akan dikecapi pada pengakhiran Ramadhan ini kelak. Er, kenapa kita tak sambut Ramadhan kan? ni belum berlapar dahaga dan mengawal nafsu... dah naikkk dah bunting, Cheng Pow (sampul hijau, ketupat DLL. Ishk. Harap2 tak la berlebih-lebih, moderate2 dah la.

Untuk kengkawan serta khalayak yang membaca blog saya ni, selamat menempuhi Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Lets la grab apa yang patut Ramadhan ini insya ALLAH. Lets lah be moderate and lets la dekatkan diri kita dengan pencipta kita. Sedarke idak, yang DIA sayangkan kita semua? segala nikmatnya kita kecapi sehari-hari, berjam-jam, berminit-minit dan bersaat-saat? Lets la give our time kepadaNYA. Saya ni taklah baik, saya manusia. Namun, harapan diri saya untuk Ramadhan tahun ni ialah supaya saya dapat kecapi suatu kebahagiaan yang hanya DIA tahu.

Marhaban Ramadhan u olss!!

Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com

Tuesday, September 05, 2006

Sya'ban is HERE!!




Found this article on the web. Ramadhan dah dekat. Sempat ke melalui Ramadhan tahun ni? hanya DIA yang Maha Mengetahui. So, lets lah sama2 menghayatinya.
What have I been doing lately? Macam2. Busy nye mmg busy. Semua nak rush sebelum Ramadhan and for me dah masuk tahap MELAMPAU. Tsk. Takmo komplen but Alhamdulillah for it. Sepanjang July-Ogos macam2 activity saye, dari show2 hingga ke perkahwinan. Ada masa akan diupdate, insya ALLAH.


Adab
Ibadah di Bulan Sya‘ban, Menyambut Kedatangan Ramadhan
Oleh: Haslinda Lukman


Sekarang kita berada di bulan Sya‘ban . 1 Sya’ban jatuh pada 25 Ogos 2006 dan ia berlangsung hingga 23 September 2006. Bulan Sya‘ban mempunyai keistimewaan tersendiri di dalam Islam, samalah juga dengan bulan-bulan yang lain yang juga mempunyai kelebihan, sehingga menyebabkan kehadirannya sentiasa ditunggu-tunggu oleh mereka yang suka beribadat sebagai salah satu jalan untuk mencari dan mendapat keredaan Allah SWT.

Bulan Sya‘ban adalah antara bulan yang paling dicintai oleh Rasulullah SAW. Baginda SAW akan lebih banyak berpuasa di bulan ini. Baginda paling banyak berpuasa sunat pada bulan Sya‘ban

Perkara yang dilakukan oleh Rasulullah SAW patut dicontohi kerana selain memperbanyakkan amal kebajikan di bulan ini , ia juga merupakan latihan rohani ke arah mempersiapkan diri menyambut kedatangan bulan Ramadhan

Amalan-Amalan Sunat Pada Bulan Sya‘ban
Keistimewaan bulan ini ialah seluruh amalan manusia diangkat untuk dihadapkan kepada Allah SWT, sewajarnyalah sepanjang bulan ini diisikan dengan amal ibadah dan kebajikan. Antara amalan yang digalakkan pada bulan Sya‘ban adalah:

1. Memperbanyak puasa sunat.

Nabi SAW lebih gemar berpuasa sunat dalam bulan Sya‘ban berbanding dengan bulan-bulan yang lain.

2. Bertaubat dan Beristiqhfar

Bertaubat dan beristigfar boleh mensucikan jiwa dari dosa, kerana sebagai manusia kita sudah pasti tidak akan terlepas dari melakukan dosa. Walau bagaimanapun sebenar-benar taubat itu ialah taubat nasuha.

Taubat nasuha akan berjaya dilakukan apabila kita menepati syarat-syaratnya, contohnya jika dosa itu antara manusia dengan Tuhan:

1. Dia hendaklah meninggalkan dosa atau maksiat itu.

2. Dia hendaklah benar-benar menyesali dan merasa sedih dengan perbuatan maksiatnya itu.

3. Dia berjanji dan berazam untuk tidak akan mengulangi dan melakukannya.



Manakala jika dosa itu berkaitan dengan hak orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

3. Memperbanyak zikir dan berdoa

Zikir ialah ucapan yang dilakukan dengan lidah atau mengingati Allah dengan hati, dengan ucapan atau ingatan yang membesar dan mengagungkan Allah.

Ini bersesuaian dengan janji Allah SWT bahawa orang-orang yang beriman itu tenang hati mereka dengan zikrullah. Ini kerana berzikir (mengingati Allah) itu mententeramkan hati manusia.

Antara keistimewaan amalan zikir itu pula ialah:

i. Zikir boleh dilaksanakan bila-bila masa. Ia juga boleh dilaksanakan dalam keadaan duduk, berdiri dan baring.



ii. Boleh dilaksanakan walaupun dalam keadaan berhadas sama ada hadas kecil mahu pun hadas besar.

Begitu juga dengan ibadat doa. Doa boleh dilakukan tanpa mengira tempat dan masa. Doa ialah memohon sesuatu hajat atau perlindungan daripada Allah SWT dengan cara merendahkan diri kepada-Nya.



Selain daripada itu banyak lagi amal kebajikan yang boleh dilaksanakan di bulan Sya‘ban ini sebagai persiapan menyambut kedatangan Ramadhan seperti memperbanyakkan selawat atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, bersembahyang sunat terutama di waktu malam, banyak bersedekah dan sebagainya. Maka rebutlah peluang dan kelebihan yang ada di bulan Sya‘ban ini untuk mempertingkatkan keimanan dan ketaqwaan kita. Rasulullah SAW pernah ditanya, mengapa Baginda melebihkan berpuasa sunat di bulan Sya‘ban berbanding bulan-bulan yang lain? Baginda bersabda yang bermaksud:



“Bulan itu (Sya‘ban) yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan Seru Sekalian Alam, maka aku suka supaya amal ibadah ku di angkat ketika aku berpuasa”.(HR an-Nasaie)



Malam Nisfu Sya‘ban
Kelebihan Malam Nisfu Sya‘ban itu telah disebutkan di dalam hadis sahih daripada Mu‘az bin Jabal r.a Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :

“Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di Malam Nisfu Sya‘ban, maka diampunkan dosa sekalian makhlu-kNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.” (H.R Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Pada malam Nisfu Sya‘ban juga, adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa. Menyedut pendapat Imam asy-Syafi‘e dalam kitabnya al-Umm telah berkata: “Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya ‘Aidil fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nisfu Sya‘ban.”

Kita boleh Menghidupkan Malam Nisfu Sya‘ban dengan memperbanyakkan beribadat seperti sembahyang sunat dan berdoa, berzikir dan membaca al-Quran..

Penutup

Kesimpulannya amalan yang berterusan ini akan membuatkan kita lebih bersedia untuk beramal serta meyambut kedatangan Ramadhan dengan hati yang bersih dan jiwa suci, natijahnya mengundang ke arah kecemerlangan hidup.

Sabda Nabi SAW maksudnya: “ Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu. Sembahyang yang paling disukai oleh Nabi SAW iaitu yang dilakukan secara berterusan walaupun sedikit apabila baginda sembahyang. Apa jua sembahyang ia akan lakukan secara berterusan” (HR Bukhari)

Artikel ini dipetik dari http://www.islam.gov.my/e-rujukan/lihat.php?jakim=1866



Jazakallahu Khair

Image hosted by Photobucket.com