Saturday, September 30, 2006

Dah Seminggu


Alhamdulillah, dah seminggu berlalu Ramadhan, ni dah masuk minggu kedua. Pantas sekali! Hati terasa sayu pula mengenangkannya. Entahlah mengapa dirasakan demikian. Semoga ALLAH menerima segala ibadatku sepanjang minggu lepas dan minggu-minggu yang insya ALLAH bakal ditempuhi.

Now dah mula rasa mim alif lam sim, especially dalam rangka masa jam 1925 ke atas. Semoga diaktifkan kembali segala aktiviti yang berkenaan selepas jam 1925 itu. Semoga segala hajat di hati tergapai oleh insan yang kerdil ini.

Sepanjang minggu lepas, seperti biasa dalam bulan Ramadhan ni, petang petang dari jam 1530 (ya, 1530 - 1700) akan saya ke PARAM. 1 Ramadhan saya telah ke Param di Kelana Jaya dan seterusnya sehingga Khamis lepas, saya ke PARAM di Stadium Shah Alam. Katanya nama PARAM itu BAZARENA RAMADHAN STADIUM SHAH ALAM. Aiyoh. PENGSAN! ala2 hadek hadek je yang kasi nama PARAM STADIUM tu.. ermm Pak Cik KW ada campur tangankah dalam pemilihan nama PARAM Stadium itiew? *lariii

Manakala ada la juga snappy snappy gambau kat PARAM KJ. Param KJ ni kira meriah la jugak pada 1 Ramadhan ari tu, tengah-tengah jalan, jumpe la si Azuan dgn Bear, junior kat Uni. Depa keje kat satu butik di Wisma GLOMAC, so dgn diorang le saya explore PARAM KJ tu. PAda 1 Ramadhan ari tu, yang majoriti penjual memperniagaan juadah berat , kuih muih Melayu agak sukar untuk dijumpai, namun tinjauan saya petang tadi dgn tuan rumah 301, semakin meriahhhhhhhhhh PARAM KJ. Variety mmg bermacam-macam. Dari Laksa Utara ke Laksa Selatan, dari Putu Beras ke Kek Batik, Dari ayam percik ke ikan bakar, lauk pauk, Subhanallah! bermacam-macam. Nasib baik fikiran masih waras, masih memikirkan lagi 21 hari Ramadhan yang akan ditempuh.



Keadaan PARAM KJ pada 1 Ramadhan 1427H. Seminggu lalu.



Artis also ado kat PARAM KJ. Contohnya ialah Dina Malaysian Idol 1... adakah selebriti merupakan salah satu tarikan ke PARAM jugek? hik.. Sian depa, manusia jugak, puasa jugak, nak jugak cari juadah, pas tu datang manusia macam aku ni ha, tanpa segan silu... memanggil dengan suara yang agak soprano kempot...muahahahah. Matike hem? hihihi... Anyway Dina, it's good 2 c u, lama x nampak kat Fac.. *oops maklumla.. i busy, u busy *mati kali kedua* DUMMM.... hehehe.

Hurm... PARAM Stadium @ BAZARENA pula, mula dijengah pada hari kedua Ramadhan. Majoriti peniaga adalah yang sama dari tahun lepas. PARAM Stadium Shah Alam (PSSA) ni juge offer pelbagai juadah yang membuat kita terkecur tatkala berjalan-jalan dalam panas terik petang-petang Ramadhan. Segala jenis air ado, Pecal ado, makanan Kelate ado, Sarawak ado, Johor ado, Melaka ado, pendek kata, semuanyo ADO. ALmost lah.

Anyways, I have my favourite stalls, yang utama is satu gerai *nantik esok lusa snappy gerai tu* yang menjual PUDDING.. yaa.. PUDING! 3 potong rm 1. Sedap dan unik. Lagi satu is gerai jual Nasi Lemak (I never bought the nasik) with AYAM GORENG REMPAH. Depa goreng ayam tu kat situ jugak, so bayangkan le... bau nye itiew.. kalau tak kuat iman, tatau la. Gerai- gerai lain also not bad, tapi pepandai la pilih. Puasa sebulan, takkan la dalam sehari nak buy from each and every gerai something kan?? (ado tau manusia mcm tu, tp tu org tu, I adalah I). Ngehngehngeh.

Sepanjang last week, mmg almost setiap hari ade je Pudding atas meja makan kat umah my mom ni.

Hurm..

On another note, dua malam lepas, pi Giant KJ. Katanya nak beli Page Flag, MATILAH ended up borong CD raya and VCD Shah Rukh Khan Greatest Hits. MOTIF sangat kan? Anyways, i bought the SRK VCD lepas tgk visualnye yang terpampang kat TV yang tergantung dalam Music Valley tu. Hurm. Penggunaan warna pada kostum yang sangat baik dan teliti dan mempunyai maksud maksud semiotik yang tersendiri. Lagu pun BEST *sambil terpasttense sat* ok. Tujuan beli VCD tu sebab nak study how the art director apply colourings to create the visual yang kuattt impactnya. Filem Bollywood kan famous for their dance sequences dalam movie kan? Macam mana SRK dan heroin dia tertonjol lebih dari extra yang berpuluh2 kat belakang depa tu? dah tu dengan segala gerak tari yang dinamiknya, Subhanallah! MARVELOUS! Faktor utama yang saya perhatikan adalah penggunaan warna dan tekstur yang terdapat padanya. MENARIK.

Mrasalah ia menjadi antara sumber rujukan saya untuk merealisasikan himpunan kostum untuk Pi Mai Pi Mai Tang Tu the Musical yang bakal dipentaskan tak lama lagi. ALLAHUAKBAR!! TAK LAMA LAGIIII....

Memperkenalkan pasukan tulang belakangnya, Hafsham berkata, selain Hafiz Askiak bertanggungjawab sebagai pengarah muzik, Meor Hashim Manap juga dibawa sebagai Penolong Pengarah, Hamzah Tahir (koreografer), Nur Afifi Mohd. Taib (pereka kostum) dan Zulkifli Ab. Rashid (pereka tata cahaya).


hishhh.. skrip pun tak sempat sempat lagi nak dibaca. ISks. Saya telah diberi amanat dari penulis skrinya, Prof Dr Hatta Azad Khan yang mahu melihat Color Scheme untuk kostum-kostum dan juga lakaran-lakaran kostum itu sekembalinya beliau dari menunaikan Umrah ke MAKKAH. Rezki sangat dapat jemputan ke Tanah Haram. Didoakan semoga selamat pergi dan kembali ke tanah air.

Mrasalah nak start baca skrip dan membuat visual research untuk mencari ilham mereka kostum untuk PMPMTT the Musical.

Ya ALLAH. semoga pancaindera yang diKAU kurniakan kepadaku digunakan dengan baik dan hanya dengan kehendak dan izinMU segalanya yang dirancang akan terhasil. Insya ALLAH.


Anyway, untuk renungan bersama, kalau ada komen, sudi sudikanlah....

Saya ni manusia, Saya ada komitmen, komitmen kepada Pencipta dan komitmen sesama manusia. Sedangkan komitmen saya pada Pencipta saya pun saya tidak tahu dimana tahapnya, perluke saya nak komit dengan manusia lain. Pencipta saya bersifat Ghaib namun wujud , dan manusia bersifat fizikal, boleh dilihat dan dirasa. DILEMMA - realiti atau saja ngada ngada? semoga ALLAH menunjukkan ia kepada diri ini. Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan ALLAH.

Jazakallahu Khair



Image hosted by Photobucket.com

1 Comments:

At Mon Oct 09, 04:48:00 PM 2006, Anonymous Anonymous said...

BAZARENA RAMADHAN STADIUM SHAH ALAM. Aiyoh. PENGSAN! ala2 hadek hadek je yang kasi nama PARAM STADIUM tu.. ermm Pak Cik KW ada campur tangankah dalam pemilihan nama PARAM Stadium itiew? *lariii
>> hajs sangat ayat tersebut.. pak cik dinch camphor tangan occay.. campur kaki sajork.. **opssss

 

Post a Comment

<< Home