not an Eid entry
Assalamualaikum.
Tadi dah pengumuman Hari Raya. Dah ditetapkan 24/10/2006 ini.
Selalunya, masa-masa begini dirumah keluarga saya, sedang agak sibuk dengan aktiviti memasak, mengemas etc untuk menyambut kedatangan Eid. Tidak tahun ini. Hanya saya yang bongsu bersama abang sulungsaya yang sedang mengadap ASTRO sejak dari masa iftar tadi.
Segala keperluan untuk hidangan Eid saya telah diselesaikan pagi tadi. Ke MAKRO dan TESCO Shah Alam dan membeli bahan-bahan untuk membuat hidangan Eid yang paling SEMPOI di rumah ini, iaitu ASAM PEDAS IKAN PARI. Buat syarat, takut ada yang bertandang nanti pada Eid ini. Abang Wazi pialangkan saya sekilo Rendang Tok Mak Nik dari Pasar Tani KJ semalam. Semua sudah dibungkus kecil-kecil dan di simpan dalam penyejuk beku *matilah DBP. Errr.. saya harap POLIS DBP tak la pulak menyerang blog-blog kerana ini adalah hasil nukilan kami dalam bahasa biasa dan bukan standard. Kalau POLIS BAHASA DBP terserempak dengan blog-blog yang telah mengkak namkan bahasa, MATILAH blog-blog itiew... hik.. adakah akan seperti kes blog Sherita di MASTIKA? owhhh lari tajuk katanya.. ekeke..
Rumah keluarga ini dari exteriornya boleh laaahhh dikatakan meriah dengan lampu lip lap yang telah dipasang sejak semalam. Radio dan TV dipasang dengan suaranya pada tahap terbesar yang boleh, sekadar memberi ilusi rumah in i masih berpenghuni. Kebiasaannya bila menjelang Eid, rumah ini akan berpelita, tahun ini seperti malas la pula. I cant be bothered and would I look stupid if i write in English? LALALALA.. ini blog saya, suke ati sayelah.. matilah.. ekekeke
Peti Pesanan Ringkas *matila DBP- AGAIN saya semakin penuh dengan ucapan Eid dari kenalan dan taulan. Nak padam, sayang. Kepada sesiapa yang menghantar saya SMS dan belum saya membalasnya, saya pohon maaf jika saya masih belum membalasnya. Saya benar-benar menghargai pesanan dan ingatan kalian terhadap diri ini.
Sebelum syaitan-syaitan dilepaskan....
inilah peluang-peluang terakhir dalam bulan Ramadan 1427 ini untuk kita cuba mendampingiNYA tanpa gangguan sipolan neh. Secara jujur, bermacam hikmah yang terselindung dibalik kegelapan terakhir Ramadan tahun ini. Entah tahun depan, dapat ketahap ini ataupun tidak. Trust me, bila makhluk ALLAH yang diikat itu dilepaskan, huhuhu. Wallahu alam apa akan terjadi sebaik azan Maghrib akan bergema esok. Bertakbirlah kita. Semoga kita akan terpelihara dari segala yang tak perlu setibanya Eid nanti.
Sayu. Pilu. tapi, ingatlah ada mereka yang lebih sayu dan pilu di masa-masa begini. Bersyukur dan be positive serta look forward apa yang boleh dilakukan untuk membuang rasa tak sedap hati itu. Salah satunya, berzikir. Subhanallah Walhamdulillah Lailahailallah Allahuakbar.
oh ya, tadi untuk Iftar saya ke Pizza Hut dan membeli pizza untuk saya dan abang saya berbuka *betui ka aku ni?* anyway, cashier di Pizza Hut seksyen 14 tu sangat peramah dan beliau memberi maksud akan nama saya yang sememangnya datang dari perkataan Arab. Afifi - Fifi - selain dari KELEMBUTAN membawa juga maksud PEMAAF. NO WONDER. Subhanallah! that really put a smile on my face. CAHAYA KELEMBUTAN YANG PEMAAF?? hehe.. Subhanallah. No wonder Rasulullah suruh menamakan anak-anak dengan nama yang indah-indah dan disini terbuktilah PengetahuanNYA yang menjangkaui pengetahuan manusia yang setitik tinta didalam tujuh lautan itu. Ya ALLAH. I am learning about myself more now. he he he.
Eid entry and baju raya entry esok kot. Wallahualam, Jika diizinkanNYA, adalah entry tu. So, to whom yang membaca blog ni, lets la malam ni, malam last Ramadan, lets la banyak-banyak doa dan buat apa yang patut.
Jazakallahu Khairan
0 Comments:
Post a Comment
<< Home