Thursday, October 19, 2006

Manja



Do check this out first sebelum go on reading entry I hari ni.

Puasa dah masuk minggu akhir. Minggu ni memang menguji diri saya. Pada saya, segala ujian ini sememangnya boleh digalas oleh bahu ini berdasarkan ayat 286 Surah Al Baqarah:

لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
286. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."

Allahu Akbar.

Semalam bermula satu ujian bagi saya. Berbuka di rumah keluarga berseorangan diri. Saya hanya ditemani abang sulung saya hanya selepas Azan maghrib. Untuk pengetahuan semua, kedua ayah bonda saya, abang ipar, mak mertua kakak saya dan seorang anak buah saya sudah pun selamat sampai ke Brussels untuk bersama-sama kakak saya menyambut Eid.

Saya ni anak bongsu, orang kata anak manja dan memang saya akui, pernyataan itu ada kebenarannya, dalam 90 %. Selalunya, dirumah keluarga saya ini, jika sudah dekat masa berbuka, pasti meja sudah siap tersusun dengan pinggan dan keadaan agak 'kelam kabut' dengan ibu saya keluar masuk dapur, juga pembantu rumah kakak dan ibu saya turut bertungkus lumus menghidang etc untuk Iftar. Menjelang maghrib semalam, hanya diri saya dan beberapa bungkus makanan yang dibeli di PARAM Stadium diletakkan di atas meja. Hanya ALLAH mengetahui bagaimana perasaan saya. Seronok ada, sedih ada.

Mengingatkan kembali masa di UK dulu, perasaannya sama, tapi tidak serupa.

Walaubagaimanapun, rasa syukur kerana dapat menyelesaikan puasa pada hari semalam (dengan drama di lebuh raya, dengan kelas tari untuk anak jepun, itu ini begitu begini) Alhamdulillah.

Samada kita berseorangan atau berkawan ketika Iftar, saya percaya, rasa kesyukuruan itu dapat mengaburi segala perasaan lain. Rasa dan sedar akan ke EsaanNYA serta mengakui akan kebesaranNYA dengan izinNYA akan menguatkan lagi hati dan perasaan hati kita. Ternyata saya sebenarnya agak teruja untuk menempuhi Iftar semalam, kerana, pada masa akan datang, diizinkanNYA, pasti akan berulang senario semalam. At least I know the feeling and know what to do, insya ALLAH.

Eid makin terasa kedatangannya dan Ramadan juga terasa akan pemergiannya. I am being selfish if I say, Im alone and miserable, sebab apa? Ramai lagi yang senasib. Rakan-rakan terdekat juga ramai yang mengharungi Ramadan berseorangan. Alhamdulillah dan syukur kehadratNYA dapat juga saya merasa iftar bersama yang tersayang selama 3 minggu pertama tahun ini. Semoga hari-hari Ramadan terakhir ini membuka kepelbagaian lagi hikmah buat diri ini. Insya ALLAH.

JAZAKALLAHU KHAIRAN
Image hosted by Photobucket.com

1 Comments:

At Thu Oct 19, 09:12:00 PM 2006, Blogger Red Mummy said...

fifi

akak dah byk kali letak msg kat cbox ko, x leh lah..napa ek? dia dok kuor cookies deactivated manjang...napa ek?

btw..sabar2 lah sayang...jangan sedih2 di pagi syawal ye wpun mak abah jauh, nanti dema pulang jugak ye...

insyallah

salam syawal dr kak red...

 

Post a Comment

<< Home