Tuesday, October 04, 2005

Subhanallah.....Thank You ALLAH.


ALLAH MAHA KAYA, ALLAH MAHA ADIL


Ya Allah, sesungguhnya dengan kehadhiran Ramadhan tahun ini Engkau telah menemukankan ku dengan seorang hambaMu, yang tersepit di dalam pelbagai persimpangan hidupnya, Alhamdulillah wahai Penciptaku, ia benar-benar menginsafkan diri ini Ya Allah. Betapa Engkau memberi daku pelbagai nikmat dalam kehidupan ku ini, hampir apa saja yang terdetik dalam hati ini dimakbulkanMU, bermacam lagi anugerahMU, bermacam kebahagiaan KAU memberi tanpa syarat kepada diri ini. Betapa hina diri ini kerana masih tidak tahu bersyukur dengan nikmatMU, Ya ALLAH, diri ini tidak tahu bagaimana lagi hendak menyampaikan rasa terima kasih, rasa syukur… lima waktu yang ditetapkan juga tidak tercapai Ya ALLAH!

Ya ALLAH, sesungguhnya hati ini milik MU ya ALLAH. Roh yang mendiami jasad ini milik MU ya ALLAH. Segala urusan ku di dunia ini telah kau susun ya ALLAH. Aku Redha. Redha. Redha. Ya ALLAH, segala apa yang KAU tunjukkan didepan mataku kini ya ALLAH, benar-benar membuat daku memikirkan, apakah yang telah diri ini lakukan untuk membahagiakan kedua ibu bapaku? Adakah aku ini anak yang membahagiakan kedua ibu bapaku? HambaMU yang diKAU temukan dengan diri ini ku anggap sebagai suatu Rahmat dan Hidayah… KAU memberikan ku kesenangan dan kebahagiaan , namun tidak semua insan merasa kesenangan dan kebahagiaan yang diKAU berikan itu. hambaMU ini akur dengan ketentuanMU. hambaMU ini sememangnya amat malu untuk meminta dariMU kerana apakah yang dapat hambaMU ini beri sebagai balasan? (hambaMU ini tahu, tetapi amat takut kerana tidak tahu berbaloi atau tidak dengan apa yang diKAU kurniakan) Ya ALLAH, Terima kasih kerana menemukan hambaMU ini dengan seorang hambaMU itu Ya ALLAH. Rahmatilah pertemuan kami, berikan kami petunjuk dan hidayahMU, tunjukkan kami jalanMU yang kamu kehendaki. Janganlah sesekali memesongkan kami dari menggapai sinar NurMU, dunia, akhirat. Ya ALLAH. Help me.
To that particular hamba ALLAH, i really adore your courage. May ALLAH bless you with many rewards in this life and after, insya ALLAH.

Subhanallah Alhamdulillah
Lailahailallah Allahuakbar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home