Wednesday, November 09, 2005

BALASUNGKAWA




Image hosted by Photobucket.com

Dalam Kenangan
Munir Sheikh Mahmud
1957 - 2005
Semoga rohnya ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Insya ALLAH.
Amin.

KANGAR 8 Nov. -
Pelakon dan pelawak sitcom Jangan Ketawa, Munir Sheikh Mahmud atau lebih dikenali sebagai Moon meninggal dunia setelah diserang angin ahmar di rumah ibunya di Kampung Pokok Sawa, Mata Ayer, dekat sini hari ini.

Moon, 48, menghembuskan nafas terakhir ketika sedang tidur selepas menonton televisyen di ruang tamu rumahnya kira-kira pukul 11.30 pagi ini. Allahyarham yang tidak berkahwin meninggalkan seorang anak angkat, Fatin Nadia Abdullah, 12, yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Jenazah Moon
dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Oran, Mata Ayer selepas sembahyang Maghrib.

Turut menziarahi jenazah Allahyarham ialah isteri Menteri Besar Perlis, Datin Seri Shamsiah Mohd. Yassin, anggota Exco Kerajaan negeri, Khairi Hassan yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Mata Ayer serta rakan-rakan artis termasuk Zainol Macwilson dan Dee.

Moon merupakan anak kedua bekas Mufti Perlis, Allahyarham Sheikh Mahmud Mohamad Saman yang berkhidmat sekitar tahun 1970-an. Moon yang sering berpasangan dengan Dee merupakan antara watak utama dalam sitcom Jangan Ketawa yang popular sekitar 1990an.
Bapa saudaranya, Mahzan Mahmud, 25, berkata, sebelum meninggal dunia, Moon sempat menjamah pulut ayam sebelum menonton televisyen hingga tertidur di atas sebuah kerusi di ruang tamu rumah tersebut. Menurutnya, arwah kemudian terjaga akibat diserang angin ahmar sebelum ahli keluarganya menelefon ambulans.

``Apabila ambulans sampai di rumah, Moon disahkan telah
meninggal dunia,'' katanya ketika ditemui di rumahnya dikampung itu. Mahzan memberitahu, anak saudaranya itu tidak menunjukkan sebarang perlakuan aneh ketika pulang ke kampung beraya pada 31 Oktober lalu.

Bagaimanapun, jelasnya, Moon pernah menyuarakan hasratnya untuk menetap terus di Perlis dan enggan pulang ke Kuala Lumpur selepas Hari Raya ini. Dengan hasratnya itu, katanya, Moon merancang untuk mendaftarkan Fatin Nadia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed
Sirajudin di sini dan membina sebuah rumah di kampung berkenaan.

``Saya tidak menyangka kata-katanya itu mempunyai pengertian yang amat mendalam apabila dia pergi bersemadi selama-lamanya di kampung ini,'' katanya.



Image hosted by Photobucket.com

0 Comments:

Post a Comment

<< Home