Tuesday, October 25, 2005

My Ramadhan so far....


Alhamdulillah, it has been a great 21 days for me so far... To date this Ramadhan is the best so far, I do not know why, It could be my last, or Insya ALLAH I would be able to see Ramadhan again next year. Only ALLAH has the answers. This Ramadhan so far had taken me up North to Alor Star, This Ramadhan had me meet my old friend Aireen and Jad, This Ramadhan too brought tears as Datin Serin Endon Mahmood passed away, This Ramadhan too showed me strength by witnessing how strong Pak Lah was at his beloved wife's funeral. This Ramadhan too showed me the meaning of longing and caring, accepting HIS Qadha and Qadhar as a friend would put it. This Ramadhan had also showed me the meaning of FAMILY. This Ramadhan is the best for me so far, but I would not know if I have given my best performance my best for HIM.
All I am hoping for the last remaining days of this Holy Month is that I would go through it gracefully and bring happiness to my Creator when i am to face HIM in the ever-after. I am also hoping that this would not be my last as well. I do not know.
As Eid is approaching, I too am feeling the heat. I just bought my self some fabric to make a suit of Baju Kurung Teluk Belanga and a Samping to match. I had also bought festive cookies to serve to guests visiting my parents house this Eid period. I hope I am not over spending. Insya ALLAH.
Another 9 days. Subhanallah. Alhamdulillah. La ila ha ilallah. Allahuakbar. It's good bye Ramadhan. Till we meet again, Insya ALLAH.
This article by Wak Khalid is interesting, just read it and reflect it on ourselves this Ramadhan. Are we really there yet?

Nafas Teaterikal: Ramadan bulan merebut 'keuntungan'
Oleh Khalid Salleh

“HAI orang-orang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa” - Al-Quran surah Al-Baqarah: 184.

Umumnya masyarakat Islam termasuk Melayu menerima al-Quran sebagai kitab suci. Dalam perkara tertentu, al-Quran diletakkan dan ditakwilkan (ditafsirkan) sebagai mewakili nama Allah. Misalnya sumpah saksi mengenai kebenaran sesuatu pengakuan, termasuk upacara mengangkat sumpah menjadi ketua negara atau selainnya.

Nilai al-Quran adalah ‘maha suci’ kitab yang mesti diterima pakai untuk panduan hidup mereka yang mengaku sebagai Islam. Diturunkan dalam bahasa Arab. Namun ada tafsir (terjemahan) ke bahasa Melayu /Indonesia juga Inggeris. Begitupun tafsir sebagaimana dimaksudkan sekadar makna dari segi ungkapan bahasa. Jelasnya, bukan pengertian sebenar sebagaimana yang tersirat di sebalik tersurat (tertulis).

Al-Quran tidak hanya makna sebagaimana diterjemahkan dari bahasa Arab ke Melayu /Indonesia atau Inggeris semata-mata. Ia mengandungi semiotik dan keajaibannya yang tersembunyi. Maka itu ia tidak boleh ditiru oleh makhluk apa sekali pun.

“Tidaklah mungkin al-Quran ini dibuat-buat oleh selain Allah; akan tetapi al-Quran membenarkan kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum yang telah ditetapkannya, tidak ada keraguan di dalamnya, dari Tuhan semesta alam.

“Atau patutkah mereka mengatakan Muhammad membuat-buatnya? Katakanlah (kalau benar yang kamu katakan itu) maka cubalah datangkan sebuah surat seumpamanya dan panggillah sesiapa yang dapat kamu panggil (untuk membuatnya) selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar.” - Surah Yunus ayat 37 dan 38.

Sebagaimana disebut dalam surah Al-Baqarah ayat 184, puasa adalah suatu ketetapan yang wajib dilakukan setiap manusia beriman. Nilai iman, Islam, manusia dan puasa itu sendiri mempunyai kaitan serta analisis ke arah pemahaman mengenai rahsia kenapa diwajibkan puasa. Selain itu ia juga adalah aset kedudukan (martabat) seseorang manusia yang melakukannya. Paling tidak memahami erti kejujuran, keikhlasan dan kebaikan sesudah atau ketika menunaikan ibadat puasa.

Tapi dari apa yang berlaku di persekitaran, pengertian puasa seolah-olah hanya tidak makan dan tidak minum semata-mata. Perkara seperti kerakusan, tamak haloba atau ‘lupa daratan’ masih terus berleluasa. Perlakuan seumpama disebutkan itu memberi gambaran ibadat puasa bagaikan tidak memberi makna dan pengajaran apa-apa. Walhal dalam banyak perkara, sunnah Rasul (Muhammad saw) selalu disebut sebagai rujukan atau panduan. Antaranya, diriwayatkan nabi berbuka puasa hanya dengan tiga biji kurma selain susu.

Ertinya nabi berbuka dengan kadar munasabah sebagai orang yang berpuasa. Dengan kata lain Muhammad tidak berbuka puasa untuk ‘membalas dendam’ kerana tidak makan dan minum sepanjang siang hari. Muhammad mengusulkan teori penjagaan kesihatan di sebalik amalan berbuka puasa. Bayangkanlah sesudah perut direhatkan sepanjang hari, tiba-tiba dipaksa kerja berat menghancurkan pelbagai jenis makanan?

Nilai puasa mengandung rahsia yang sangat akrab dengan perkara kerohanian. Maka itu dihukumkan sia-sialah pahala (kebaikan) puasa seseorang kerana mengumpat, mengeji, bersangka buruk atau menceritakan keburukan orang lain. Ertinya mereka yang melakukan perkara seperti disebutkan itu hanya mendapat lapar dan dahaga. Maka dituntut memperbanyak zikir/ingatan dan rasa terhadap Allah dengan ikhlas. Pahalanya (kebaikan) berganda-ganda. Teorinya; dengan melakukan zikir, terhindarlah kesempatan untuk mengumpat atau mencela perihal keburukan orang lain. Tunailah puasanya.

Bagaimanapun fenomena puasa setiap kali bulan Ramadan, tidak seperti yang dibayangkan itu. Ramadan seolah-olah musim pesta jualan dan makanan. Petak niaga menjadi rebutan. Di Kuala Lumpur, khususnya di Jalan Masjid India petak niaga bererti ‘lombong emas’. Kadar bayaran yang hanya sekitar RM 250 -RM280 sebagaimana dikenakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menjadi ribuan bahkan belasan ribu apabila bertukar tangan ke pihak ketiga.

Peluang untuk ‘menahan lukah di pergentingan’ tidak dipersia-siakan mereka yang mempunyai jaringan dengan orang tertentu. Nilai bulan puasa pada mereka ialah bulan merebut dan mengaut keuntungan, walaupun dengan cara tidak bermoral (rasuah). Kesempatan menggunakan pengaruh nama orang berkedudukan dalam jawatan kerajaan, politik dan sebagainya adalah tiket menghalalkan perbuatan yang berlawanan dengan prinsip agama mahu pun kemanusiaan.

Apa yang boleh diterima masyarakat umum sebagai kepercayaan, apabila mereka yang diyakini sebagai tonggak kekuasaan undang-undang membiarkan namanya digunakan kalangan ahli keluarganya untuk melakukan perkara tidak bermoral itu. Memperoleh tapak perniagaan melalui kalangan tertentu di DBKL, kemudian menjualkan semula dengan harga belasan ribu. Tidakkah itu perbuatan jijik dan di luar batas kemanusiaan?

Mereka tentunya bukan penjaja kaki lima atau peniaga kecil yang dahagakan petak perniagaan. Mereka barangkali boleh dilabelkan sebagai penyumbang ke arah jenayah terhormat. Apabila agaknya keadaan seumpama ini akan terus berlarutan? Selagi manusia masih berasa tidak malu melakukan rasuah, selagi itu perkara seumpama ini tidak akan pernah selesai. Namun mereka tentunya masih mengaku Islam sebagai pegangan agamanya. Mereka juga mungkin berpuasa. Bagaimana rupa puasa dan Islamnya? Itu urusan Tuhan. Tapi siapa sebenarnya mereka itu? Di mana dan apa kitabnya?... Subhanallah.

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Hiburan/20051025062739/Article/
Subhanallah Alhamdulillah Lailahaillalah Allahuakbar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home