Friday, June 10, 2005

Me...the Drama Queen...Genuinely....

Segala Puji bagi ALLAH, yang telah mencipta apa sahaj antara langit dan bumi.


Ya ALLAH, hari ni terasa gembira, bermacam-macam nikmat telah Kau berikan padaku hari ini Ya ALLAH. Tiada terucap terima kasih ku padaMU. Hanya KAU yang mengetahui apa isi hatiku. Tidak ku mengetahui kenapa hati ini terasa begini ya ALLAH, hanya Engaku sahaja yang mengetahui. Tidak layak rasanya bagi manusia mengetahui isi hati ini, akan timbul fitnah segala. aku tidak mahu itu berlaku Ya ALLAH, Yang Memiliki diri ini.

Ya ALLAH, terima kasih kerana mengujiku sedaya ketahanan ku, aku tahu KAU tidak akan menganiayakan aku, tetapi hanya aku sendiri yang menganiaya diri ku sendiri.

Ya ALLAH, aku redha dan bersyukur kerana menjadi DQ ya ALLAH, at least i still know i have emotions and feelings.

Ya ALLAH, ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, yang telah Engkau kurniakan kepada mereka zuriat dan rezeki, dan atas kehendakMU juga Ya ALLAH, ibu bapaku berjaya membersarkan aku dengan penuh nikmat dan kasih sayangMU Ya ALLAH.

Aku juga amat bersyukur Ya ALLAH, kerana telah Engkau takdirkan aku menghadiri kursus hari ini. sesungguhnya, ia telah membuka pelbagai lembaran bagi diri ini Ya ALLAH. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Menentukan .

Sekarang ni saya selalu memainkan pita alunan Zikrullah oleh Munif Ahmad kemana sahaja saya pergi memandu Isusu Trooper milik Ayah saya (Bak, I Love U Bak, susah anakanda hendak beritahu face-to-face, maafkan anakanda sebab anakanda tahu, anakanda tidak mencapai atau menjadi sepertimana yang ayahanda mahukan...it is beyond my control Bak, Mak, anakanda memohon ribuan ampun dan maaf atas segala kelakuan anakanda dari ketika anakanda pandai berkata-kata sehingga ketika ini Mak.) Zikrullah yang dialunkan cukup memenangkan hati saya yang ada kala tidak tahu apa hala tujunya. Aku hanya mampu mengingatiMU, Ya ALLAH, sebagai tanda kasih cinta ku kepadaMU. Ampunkan dosa keda ibubapa ku dan berilah kenikmatan, kurangkan kesakitan, berilah rahmat dan kurniaMU sebelum engkau menjemput mereka meninggalkan alam fana ini. Tempatkan mereka di salah satu taman-taman MU ya ALLAH, Ya ALLAH. Hanya kepada MU aku bermohon.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala yang diusahakannya dan mendapat siksa yang dikerjakannya. "Ya Rabb kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami bersalah. Ya Rabb kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Rabb kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". (QS. 2:286)


Maha Suci ALLAH, Penolongku, memadai bagi ku

0 Comments:

Post a Comment

<< Home