Monday, June 06, 2005

"Melangkah Dengan Kalimah, Berlindung Dalam NurNYA, Berdiri Dengan Alif, Tenggelam Dalam Titik dan Lenyap Entah Kemana" - RUBIAH

Segala puji bagiNYA yang menciptakan alam semesta, dan memberi ilham kepada manusia supaya menjadi hamba yang patuh dan mengagungkanNYA setiap masa.

Maha Suci ALLAH.

Tadi, telah ditentukan olehNYA untuk saya menyaksikan sendiri teater RUBIAH arahan Ahmad Tarmimi Siregar di Istana Budaya. PEmentasan yang telah berlangsung sejak 27 Mei lalu itu telah ditunjangi dua pelakon/penyanyi handalan, iaitu Maizurah Hamzah dan Syafinaz Selamat. Persembahan terakhir teater muzikal RUBIAH malam ini telah dijayakan oleh Syafinaz Selamat yang membawakan watak RUBIAH dengan gemilang sekali. Kisah ini berdasarkan legenda KERAMAT ANAK DARA di Kuala Selangor.

Sebaik sahaja tabir pentas dinaikkan,overture medley lagu-lagu dari muzikal itu dimainkan dan babak pertama bermula dengan mengimbau kisah silam Pak Tuan (Yalal Chin) dengan anak tunggal kesayangannya, Rubiah. Dalam babak itu, kelihatan korus-korus bergerak secara rawak dengan membawa lilin mencari Rubiah yang ghaib. Mutu lakonan yang diberikan oleh pelakon kanak-kanak Nur Syaqilah amat menyerlah dan saya sebagai audien, begitu meghayati setiap butir tutur katanya. Erm, let me ala-ala flashback sket yer. Rubiah ni seorang anak yang istimewa, bukan sahaja telah dianugerahkan olehNYA rupa paras yang menawan hati, tetapi Rubiah juga mempunyai sifat-sifat seorang Muslimah dan anak yang soleh. Kelahiran Rubiah ke dunia juga agak istimewa, kerana ibunya telah mengandungkan Rubiah selama 10 bulan dan ketika dia dilahirkan, ia terus keluar dari rahim ibunya, dengan air ketubun yang melimpah dan papan rumah Pak Tuan patah menyambut kelahiran Rubiah ke dunia. Di perihalkan juga bahawa Rubiah tatkala dilahirkan, ia telah terjatuh ke atas tanah (note: lantai rumah patah) dan terbenam sedepa kedalam bumi dan tiada seorangpun yang mampu mengangkat Rubiah keluar. Dengan kehendak ALLAH Ta'Ala, seorang musafir lalu dirumah Pak Tuan ketika itu dan dengan izin ALLAH, telah mengangkat Rubiah keluar dari lubang sedepa dalam itu. Rubiah juga seolah-olah 'dijaga' kerana pada sekian umurnya (tak ingat puler saye) seorang mursyid telah datang, seolah-olah dibawa angin untuk mengajar Rubiah ilmu agama serta hukum hakam, juga diperi oleh Pak Tuan dalam salah satu monolognya bahawa Rubiah sudah mengenal huruf arab dan lancar bacaan Al Qurannya pada usia yang amat muda, dan ketika umurnya menjangkau 19, beliau telah memahami isi kandungan Kitabullah dan menjadi guru Muqaddam di kampungnya.

aiyoh...nak intro, tapi terus textual analysis character Rubiah! anyway, as i said earlier, Rubiah ni cantik menawan, of courselah ada peminat....dalam teks cerita nih, bukan setakat manusia aje minat, tapi sampai ke makhluk2 ALLAH yang lain. Syafinaz of course, delivered that charm and piousness... Rubiah ni ada child hood sweetheart, ALANG ( played by Ady Putra, Amandus Paul (Ex-FSP UiTM) and Ahmad Idham), tapi relationship itu tidak begitu digarap dengan baik dalam pementasan kali ini berbanding dengan pementasan pada tahun 1999 (pada mata saya la kan...) Memandangkan perhubungan yang akrab antara Rubiah dan Alang sejak kecil, agak natural jika bibit rasa mula bercambah antara mereka, apatah lagi ibu Alang, Andeh (Rahimah Rahim) yang begitu kepinginkan Rubiah menjadi menantunya. Apakan daya, kedudukan Pak Tuan sebagai Demang kawasan itu menidakkan Andeh untuk berbesan dengannya. Atas desakan harta lah Alang meninggalkan kampung halamannya untuk mencari rezeki supaya dapat menyunting bunga yang dipujanya itu. Dalam dari itu, walaupun Rubiah anak dara yang dipingit oleh ibu bapanya, tetap bebas keluar bersama rakan-rakannya untuk beriadhah dan menikmati alam ciptaan ALLAH. Sedang mereka bergembira, tiba-tiba kedengaran suatu suara yang menegur mereka, lalu segerombolan anak gadis itu itu terkejut, dan menanyakan empunya siapa suara itu. Tidak semena-mena, yang disangkan mereka batu itu, tiba-tiba menjelma diri menjadi seorang jejaka misteri. Gerombolan anak-anak gadis yang teguh pegangan mereka pada adat setempat mereka itu cuba menghalau jejaka jelmaan itu, namun, Rubiah dengan menggunakan gaya diplomasinya, meleraikan tegangan yang berlaku. Di sini terbitlah pula perasaan Rubiah kepada Jejaka Misteri itu (Saufi Yahya, dan dalam keadaan itu, dengan tak semena-mena selendang yang dipakai Rubiah ghaib entah kemana. Setelah Jejaka itu mengghaibkan diri, sedang Rubiah dan kawan-kawannya hendak pulang, mereka telah diserbu pula oleh Daeng (Aqasya) dan konco-konconya dan diusik dengan kasar. Ini menimbulkan kemarahan Rubiah dan rakan-rakannya. Daeng telah tertarik dengan keayuan Rubiah dan telah membuatnya mahu memiliki Rubiah sebagai isteri. Pada pandang pertama. Atas keinginan itu, Daeng telah menghantar wakil untuk merisik Rubiah.

Risikan itu diterima sebulat hati oleh ibunya, Mak Tuan (Zulhaila Siregar). Mak Tuan sememangnya mahu yang terbaik untuk Rubiah sehingga sanggup menerima risikan dari pihak Daeng (Aziah, ex SeniLakon FSP dan Noor Nikman Dadameah)dan menetapkan sepekan lagi majlis bertunangnya, semua ini berlaku tanpa persetujuan penuh dari Pak Tuan dan Rubiah (kaedahnya, Rubiah tidak tahu menahu langsung) Sepulangnya wakil Daeng, Mak Tuan dengan bangganya memberitahu Andeh yang Rubiah telah dirisik oleh kerabat dari seberang. Ini telah menyebabkan ibu Alang bersedih hati dan mengenangkan apakah nasib Alang kelak.

SEPEKAN KEMUDIAN..............(intermission gamaknye)

Alang(Amandus Paul) pulang tepat pada waktunya. Maka, Andeh dan Alang membawa 44 perkara ikut adat Selangor untuk merisik dan meminang Rubiah. Apakan daya, adat harus dikelek dan dijunjung, kata-kata tak boleh diundur, dan dengan kata pemutus dari Rubiah sendiri, risikan Alang ditolak, atas dasar tidak mahu melanggar adat dan menjaga hati ibu bapanya. Rubiah hanya berserah pada ALLAH agar memberinya taufik dan hidayah dalam penyelesaian masalah ini. Dipendekkan cerita, Alang juga turut mengalah dalam hal ini dan mereka berdamai. Dalam keadaan perasaan bergelora dan berkecamuk itu, Rubiah seolah-olah telah berpisah dari jasadnya dan telah berjumpa kembali dengan Jejaka Misteri (Saufi Yahya) dalam alam yang hanya ALLAH mengetahuinya dan disitu, Rubiah meninggalkan 'roh'nya bersama jejaka di dalam sebuah taman yang putih bersih, jauh dari alam maya yang fana. Dia akhirnya telah tahu hala tuju dirinya dan berserah segala padaNYA. Scene ini merupakan scene yang paling indah dalam keseluruhan persembahan. Sinografi yang amat teliti dan garapan imajan sesuatu alam di luar jangkaan manusia itu (dan pada yang sama, saya teringat kan perumpaan-perumpaan di dalam Al Quran tentang syurga)berjaya menimbulkan mood yang diinginkan, apatah lagi dengan kanak-kanak yang mengisi ruang pentas ketika itu. Kanak-kanak berpakain serba putih yang berlari dari wagon belakang ke depan dengan menarik sehelai kain putih (dari jenis Satin) dan menutupi ruang pentas dan nmenukarkan rupa pentas itu amat bijak dan efektif. Begitu juga ketika 'roh' Rubiah mengikut Jejaka ke alam yang hanya ALLAH mengetahuinya itu, kain putih yang mengalas lantai itu turut mengikuti pelakon pendua Rubiah (Sabrina HAssan) dan Jejaka turun melalui stage lift satu di bahagian depan pentas. Imajan yang sangat indah bersulam lagu ciptaan Pak Ngah dengan lirik yang sangat mendalam dan tersusun indah kata-katanya.

Maka, tibalah hari yang amat-amat dinantikan oleh Mak Tuan, hari yang akan meninggalkan seribu kenangan dan bermulanya satu legenda. Rubiah ketika itu seperti sudah berpisah dari rohnya. Pinta Rubiah, majlis pertunangan hanya dilakukan selepas Isya' dan dia hanya mengaji serta berwirid sepanjang periode menunggu masa Isya'. Setiba rombongan Daeng, mereka dijamu dan selesai solat Isya berjemaah, Mak Tuan dan wakil Daeng pergi ke bilik Rubiah untuk disarungkan cincin, keadaan cuaca seakan berubah dan angin mula bertiup dengan kuat. Saat cincin disarung ke jari Rubiah......... keadaan menjadi haru biru... tiada cahaya yang menerangi ruang, yang tinggal, hanyalah selendang pemberian Mak Tuan dan cincin tanda pertunangan Daeng. Klimaks penceritaan ini menjadi agak hambar, kerana kisah nya dileretkan lagi, tidak seperti pada produksi Rubiah pada tahun 1999 dahulu. Babak memaparkan wakil Daeng dan Mak Tuan melaporkan kehilangan Rubiah kepada Daeng, Pak Tuan dan hadhirin majlis itu terlalu panjang dan keadaan semua pelakon yang berada di dalam ruang itu tampak tidak kemas. Pada pendapat saya, jika pengarah mengekalkan seperti mana dalam produksi pertama dahulu, garapannya adalah lebih sempurna. Ada tapi di sini, saya berpendapat bahawa babak Rubiah Kecil di atas stage lift 2 berlari -lari dan Pak Tuan memegang bakul bunga dan dengan hibanya membau dan menaburkan bunga (Konti dari babak permulaan sekali)sambil diperdengarkan kepada audien playback dialog antara Pak Tuan dan Rubiah kecil, amat berkesan pada diri saya. Tergambar kerinduan seorang bapa kepada satu-satunya anak yang ada, yang ghaib entah kemana. Soalan Rubiah ketika kecil itu terngiang-ngiang ditelinga ayahnya "Ayah, di manaka syurga? kalau syurga itu ada, boleh ke kita pergi ke syurga? walau sekejap?"........................ begitulah kisahnya Rubiah.

Pada saya, teater muzikal ini tidaklah sesempurna teater segenre dengannya di luar negara, namun pada piawaian peribadi saya, inilah dia teater muzikal yang benar-benar muzikal yang pernah saya tonton dengan mata kepala saya sendiri di tanah tumpah darah saya sendiri. Saya tidak mahu memberikomen tentang lakonan, kerana itu bukanlah bidang saya, namun, apa yang cuba disampaikan oleh pelakon adalah ikhlas, dan hati saya disentuh oleh pembawaan watak-watak mereka. Alhamdulillah. Maha Suci ALLAH. Teater ini juga banyak mengagungkan keesaan ALLAH dan banyak mengingatkan penulis terhadap kekuasaanNYA. Walaupun perkara Ghaib itu adalah urusan ALLAH semata, tetapi ada hikmahNYA kenapa legenda tentang anak dara ini sampai kepada umum. Terlalu banyak yang tidak kita ketahui dan hanya ALLAH mengetahuinya. Sekalung tahniah untuk Sdr Ahmad Tarmimi Siregar sedagai pengarah teater muzikal yang unsur dakwahnya, agak kuat. Alhamdulillah.

akhir kata

Subhanallah Awni Wahasbi Lailahaillahu

2 Comments:

At Mon Jun 20, 12:48:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

hi.. x tau kenapa saya tulis plak, well sbb citer ni saya tgh surf komen2, kutuk2, dan aper2 yg berkaitan dgn teater nie...
well - rase nyesal plak x beli poster, eh ada beli poster lebih x?

 
At Thu Jan 15, 04:30:00 PM 2009, Anonymous Anonymous said...

salam..

mmg menarik..
cuba lawati http://merahsilu.blogspot.com/2009/01/kisah-keramat-anak-dara.html

 

Post a Comment

<< Home